Like a Soldier Part 2 – Muslim Belal

New video for Muslim Belal’s “Like a Soldier Part 2″ taken from the album “The Transition”

If you guys have the lyrics, please let me know, will ya? :)

Video by http://www.youtube.com/user/lifeofthisworld

And this is the Part 1;

Like a Soldier by Muslim Belal & Abdullah Rolle ft Masikah & Spitz [Strictly Halal]
Brought and produced by Halal Dawa Records, provisions for the seekers.

Insiden Ceramah ABU: Video Samseng umno Yang Memalukan Bangsa & Agama (Updates)

Updates:

paspb2.blogspot/Mari-tengok-muka-besar-baharom-samseng

Berita dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Penyokong Umno serang hadirin ceramah ABU

SHAH ALAM, 22 Jan: Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, semalam.Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar)apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.Berkata kepada Harakahdaily, Penyelaras Kebangsaan Hindraf, W.Sambulingam memberitahu penyokong Umno mula memasuki dewan menggunakan motosikal pada jam 915 malam selepas lima minit program itu bermula.”Hanya selepas lima minit ceramah itu bermula lebih kurang lima belas orang penyokong Umno memasuki dewan dan membuat kacau selain beberapa buah motosikal juga turut memasuki dewan tersebut.

“Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat yang berbentuk perkauman serta mengarahkan orang Melayu yang berada di dalam dewan keluar dengan menyifatkan ini antara Umno dengan orang India sahaja,” jelasnya.

Beliau juga memberitahu, Umno mengeluarkan kata-kata menghina kaum India seperti “India keling”,”kumpulan pendatang”,”tak malukan Melayu bergabung dengan India” serta “India hanya buat kacau sahaja di sini”.

Tambahnya lagi, penyokong Umno mensasarkan orang India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan orang Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.

“Sasaran mereka adalah orang India apabila salah seorang dari mereka mengatakan ingin mengajar orang India.

“Keadaan mula menjadi semakin kecoh apabila mereka bertindak menyerang menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan,” sambungnya lagi.

Tambah beliau lagi, tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap perkauman Umno yang mana mereka sebenarnya merupakan sebuah parti yang rasis bukannya seperti yang dilaungkan oleh mereka selama ini 1 Malaysia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud melalui twitternya menyifatkan konsep 1Malaysia gagal diterap kepada penyokong Umno.

“Orang India tidak selamat di kawasan Umno dan menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyiapkan keranda untuk 1 Malaysia.

“Pemimpin Umno Kota Raja dan Jalan Kebun perlu bertanggungjawab dalam kejadian tersebut,” katanya melalui twitter.

Dalam pada itu Chegu Bard juga melalui twitternya memberitahu mereka (Umno) cuba bakar sentimen perkauman tetapi dalam masa yang sama mereka turut memusnahkan gerai milik orang Melayu yang datang untuk mencari rezeki.

“ABU bukan untuk satu tetapi milik semua rakyat, apa yang dilakukan oleh Umno jelas bersifat perkauman dengan mencaci kaum India.

“Pemuda Umno harus bertanggungjawab dalam kejadian tersebut,” kata beliau melalui twitter.

Sebelum itu, turut hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga beberapa pemimpin parti yang lain.

Buat masa ini laporan polis belum dilakukan kerana menunggu khidmat nasihat dari peguam.

Video updates;

Belajar Dari Wardina, Belajar Dari Sebuah Rompakan

Bismillahirahmanirahim. Saya tidak ingin mengulas tentang isu keselamatan, atau tentang betapa perlunya pihak berwajib menggunakan pihak polis untuk menjaga keselamatan rakyat, bukan menjaga keselamatan & keaiban penguasa semata, atau tentang betapa perlunya kita kembali kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Pencipta kita, sebab itu pernah diulas sebelum ini.

Saya cuma memaparkan tulisan Wardina Safiyyah berkenaan rompakan di rumahnya sebelum ini untuk kita sama-sama berfikir tentang apa yang kita boleh pelajari daripadanya, terutamanya yang saya telah boldkan dalam warna hijau, dari sudut hubungan kekeluargaan, hubungan kita sesama manusia, & yang utamanya, hubungan kita dengan Allah. Moga beroleh sesuatu. Wallahualam. Dan Allah jualah Yang Maha Mengetahui.

Dipetik dari http://www.wardinasafiyyah.com/

Trauma!

Mereka merompak “perasaan selamat” saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya.“Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin“Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya. “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka ilik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya.“Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusun rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia Cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

“ Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk” Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk” “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan” “Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya” (Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya ,Amna dan Azra membacanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua ” Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka “ doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa ketawhidan Illahi yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak Jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. ”Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,

WARDINA

Untuk Mereka Yang Masih Tidak Mahu Bertudung, Malulah Pada Gadis Ini!

Bismillahirahmani rahim. Harap saudara-saudari yang dihormati dapat meluangkan masa menonton video ini.

Thailand. Dia dinafikan haknya sebagai pelajar semata-mata kerana dia bertudung. Dilayan seperti musuh oleh guru-gurunya & pihak sekolah. Dia menangis mengenangkan ketidakadilan & layanan buruk yang diterimanya, tapi adakah itu menghentikan dirinya untuk menunaikan perintah Allah? Tidak sama sekali.

Ini mungkin bukan video yang terkini tapi saya mohon agar disebarkan video ini, bantulah saudara-saudari kita di Thailand ini untuk terus memperjuangkan Islam.

Dalam satu kuliah lama dahulu, saya masih ingat seorang ustaz menceritakan bagaimana muslimah-muslimah bertudung di Turki lama dahulu menghadapi dugaan yang hebat bila pemerintahnya Mustafa Kamal Attartuk laknatullah mengharamkan pemakaian tudung di universiti. Lalu muslimah-muslimah yang tega demi menjaga perintah Allah ada yang sanggup memasuki universiti seawal subuh demi untuk mengelakkan dari ditangkap sang pengawal. Ada juga yang terpaksa mengkreatifkan diri mengubah style tudung untuk kelihatan seperti topi dll. hanya semata-mata untuk memastikan aurat mereka tetap terjaga.

Sampai sekarangpun, penindasan & diskriminasi terhadap mereka yang bertudung tidak pernah berhenti, samada di negara-negara bukan Islam, bahkan di negara-negara umat Islam sekalipun, perkara ini terus berlaku.

Tetapi, yang lebih malang dari itu ialah, mereka yang hidup dalam keadaan yang mereka tidak bermasalah untuk bertudung, & mereka mengetahui kenapa mereka mesti menutup aurat, akan tetapi tetap juga engkar dengan perintah Allah & RasulNya. Mereka lebih rela rambut mereka ditonjolkan  demi memenuhi ego & hawa nafsu mereka untuk kelihatan cantik & up to date.

Menutup aurat & tidak menutup aurat, 2 keadaan yang berbeza, yang membawa kepada 2 balasan yang berbeza & pastinya nilai yang berbeza di sisi Allah.

Sekiranya saudari tidak memakai tudung/ menutup aurat, mulakanlah perubahan itu dari sekarang. Sesungguhnya taubat adalah kembali kepada Allah, manjauhkan diri dari yang haram, & mendekatkan diri kepada yang halal. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Malulah dengan gadis ini, malulah kepada Tuan punya diri diri saudari, Tuan yang mencipta saudari.

Wallahualam.

Entry berkaitan;

13-jawapan-untuk-wanita-wanita-degil-tak-mau-tutup-aurat

Entry berkaitan aurat;

http://inksensei.wordpress.com/category/aurat/

Another girl from another region;

Kuda-Kuda Perjuangan…

Sumber:http://bm.harakahdaily.net/ & http://www.youtube.com/user/mediarakyat

PAS, DAP, PKR adalah ‘kuda perjuangan’

Aziz Muda, 14 Jan 2012

ALOR SETAR, 14 Jan: PAS, DAP dan PKR tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain, sebaliknya ketiga-tiga parti itu adalah ‘kuda-kuda perjuangan’ untuk merubah landskap politik tanah air.

Hanya dengan kuda-kuda perjuangan itu yang yang akan membolehkan politik kotor yang diamalkan oleh Umno BN di negara ini dibersihkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu dakwaan Umno yang mengatakan PAS diperalatkan atau diperkudakan oleh DAP ternyata tidak berasas.

“Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan oleh sesiapa, insya Allah,” katanya ketika berucap pada sesi Penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu”adzam Shah, di sini, hari ini.

Berucap pada sesi yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah itu, beliau berkata, kerjasama erat antara PAS, DAP dan PKR ternyata amat mencemaskan Umno sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat dakwaan seperti itu.

Bagaiamanapun, katanya, rakyat tahu realiti yang sebenarnya dan tidak lagi boleh diperbodohkan oleh Umno BN, sebaliknya ingin bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU Ke-13 nanti.

“Sejak berada di bawah pemerintahan BN, rakyat juga sudah tahu betapa tidak bertanggungjawabnya Umno BN dalam pelbagai perkara termasuk Bahasa Melayu sendiri sebagai bahasa rasmi negara yang dikerdilkan,” katanya.

Mereka juga, tambahnya, turut memainkan isu perkauman, pada hal kedudukan Malaysia sebagai negara yang didiami pelbagai kaum dan mempunyai pelbagai budaya boleh mendatangkan kekuatan kepada negara jika ditangani dengan betul.

“Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza yang boleh dimuafakati.

“Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan bertasamud,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Politik, tegas beliau lagi, adalah amanah Allah yang mesti dijaga dengan baik kerana ia adalah perkara yang baik dan bersih.

“Inilah yang dipraktikkan oleh PAS sejak dulu seperti yang dikehendaki oleh Islam, tetapi Umno BN tidak pernah mempedulikan perkara itu sehingga menyebabkan politik menjadi amat kotor di tangan mereka,” ujar beliau.

 

Jom ke Sambutan Jubli Emas Pemuda PAS Terengganu

Dipetik dari http://pemudadungun.com/index.php

KUALA TERENGGANU, 16 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan mengadakan Sambutan Jubli Emas pada 19, 20 dan 21 Januari ini bertempat di Batu 5, Alor Tempoyak, Dungun.

Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, pelbagai program telah disusun bagi memastikan sambutan 50 tahun itu meriah dan bermakna.

Katanya, majlis itu akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan Tantawi.

“Sambutan ini dijangka akan dihadiri kira-kira 30 ribu pengunjung sepanjang program ini berlangsung.

“Sepanjang 50 tahun penubuhannya, DPPNT telah dipimpin oleh 16 orang Ketua Pemuda, antara mereka termasuklah Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS negeri sekarang,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, pada malam 19 Januari diadakan ceramah yang melibatkan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR), Ustaz Saiful Bahari Mamat (Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan  Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri).

Pada 20 Januari pula, katanya majlis dimulakan dengan Kuliah Dhuha akan disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, diikuti perbarisan Unit Amal dan Waja, ucapan oleh Mohd Nor Hamzah, Mohd Abdul Wahid Endut, perasmian oleh Nasruddin Hasan Tantawi serta penyampaian “Anugerah Khas Jubli Emas”.

Selain itu, ujarnya Karnival OMGK – “Orang Mude Geng Kite” diadakan bermula jam 2.30 hingga 6.30 petang, diikuti slot Bersama Imam Muda, Fakhrurazi Husein.

Konsert Hiburan Alternatif pula diadakan bermulan jam 9.00 malam yang melibatkan Bob Lokman, Iwan Syahman dan Kumpulan Ar Rasy.

Pada 21 Januari, Larian Jubli Emas DPPNT bermula jam 8.00 pagi dan majlis berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari dengan amanat Presiden PAS.

Katanya, acara lain yang turut diadakan ialah Konvoi Motor – ARC, Konvoi Basikal dan Pelancaran Alternative Cycling Club (ACC), Pameran dan Aktiviti (Karnival Orang Mude Geng Kite), Jamuan Rakyat, Pameran 50 tahun penubuhan DPPNT, Kaunter Khidmat Nasihat Guaman dan Undang-Undang, Rawatan Islam Darul Syifa’ dan Derma Darah.

Bila Adam Adli & Safwan Anang Bicara di Dungun…

Video dari http://www.youtube.com/user/buletinonline

Saya cuma salah seorang dari ribuan yang hadir di perkarangan pentas di Surau Tuan Guru Zainal Abidin pada malam 14 Januari itu. Saya kira, malam itu menyaksikan antara hadirin yang teramai untuk ceramah di tempat yang sama, berdasarkan pengalaman sebelum ini. Penceramah atau pemidato-pemidato utama pula adalah beberapa orang aktivis pelajar – ya, pelajar atau lebih tepat lagi mahasiswa. Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan pelajar-pelajar universiti di Malaysia memperjuangkan kebebasan akademik, juga menyuarakan hak & pendirian mereka terhadap ketidakadilan, korupsi, & penyelewengan pemerintah, khususnya melalui peraturan-peraturan yang lebih bersifat melindungi sang penguasa & menganiayai golongan marhaen, termasuklah golongan mereka; mahasiswa. Saya menghormati anak-anak muda yang berani ini, mereka bukanlah remaja tipikal yang menghabiskan masa dengan memikirkan sesuatu perkara yang mementingkan diri mereka semata-mata, tapi mereka berfikir untuk masa depan & negara.

Menceritakan detik-detik bilamana Adam Adli menurunkan banner (bukan benderapun sebenarnya) Najib, tujuan utama ia dilakukan Adam adalah untuk menaikkan bendera kebebasan mahasiswa, juga untuk menghantar signal kepada pemerintah supaya mengambil perhatian kepada tuntutan mereka ke atas hak-hak mereka sebagai mahasiswa yang selama ini tidak pernah didengari walaupun beberapa memorandum telahpun diserahkan sebelum itu. Natijahnya, beliau telah dihukum gantung pengajian 3 semester/ setahun setengah. Satu hukuman yang saya kira cukup zalim & menganiayai masa depan beliau.

Berkenaan kebebasan akademik, Adam menyoroti bagaimana kepincangan berlaku bila Prof. Aziz Bari dikenakan tindakan oleh pihak universiti walaupun beliau menyatakan sesuatu yang benar berdasarkan ilmunya, sedangkan apabila Prof Zainal Kling menyatakan sesuatu yang bercanggah dengan fakta sejarah, tiada tindakan dikenakan kerana kenyataannya bias kepada pemerintah.

Lalu Adam berpesan kepada anak-anak muda, terutamanya yang bakal memasuki universiti, supaya tidak menjadi orang yang hanya memikirkan diri sendiri semata-mata, jadilah orang yang berjasa kepada rakyat & tidak takut untuk menyatakan kebenaran.

Lebam & bengkak di wajah Safwan masih jelas kelihatan malam itu

Seterusnya, Safwan Anang, anak Terengganu yang juga pengerusi BEBAS mengimbas tentang apa yang sebenarnya berlaku pada malam tahun baru di UPSI, yang menyaksikan kezaliman & sang penguasa melalui tindakan polis dll sedang mereka cuma berkumpul untuk menyambut tahun baru mengikut cara mereka sebagai pelajar & pencinta kebebasan akedemik, melalui bacan puisi, nyanyian dsb. Pastinya itu jauh lebih baik dari mereka yang merempit, berzina, berpeleseran, pada masa yang sama.

Walaubagaimanapun, tanpa sebarang amaran oleh pihak polis terlebih dahulu, mereka masing-masing telah ditarik, 3 orang polis menarik setiap pelajar. Seakan mereka sedang melakukan kesalahan jenayah. Safwan sendiri selain ditarik, telah ditumbuk, & ditendang. Dalam kenyatan Ketua Polis Perak, beliau menyatakan  bahawa Safwan telah mencederakan diri sendiri, satu kenyataan yang memalukan pihak polis sendiri. Juga diceritakan bagaimana polis telah mengambil gambarnya tanpa izin termasuklahpembohongan dalam borang yang menyatakan Safwan jatuh semasa himpunan tersebut.

Budak-budak pun pasti takkan termakan kenyataan tentang jatuh itu, terutama bila melihat sendiri wajah Safwan & gambar-gambar di internet.

Malam itu usai ceramah, hadirin terutamanya anak-anak muda terus berpusu ke depan untuk bersalaman & bergambar dengan para pejuang-pejuang mahasiswa. Mereka dilihat sebagai selebriti & sememangnya mereka adalah selebiti yang wajar dihormati. Hari ini kita melihat ramai anak muda yang hanya tahu menyanyi & berseronok, malah mungkin juga bermasalah dengan akademik mereka diangkat sebegitu tinggi, sedangkan mereka tidak menyumbang apa-apa yang konkrit untuk kebaikan & masa depan negara.

Adam Adli, Safwan Anang telah mengajar kita bahawa bukanlah hiburan semata-mata yang mengujakan anak-anak muda, tetapi juga keberanian & kebenaran. Selagi kezaliman & penindasan samada dari segi akademik, pemerintahan, dll. wujud, selagi itulah individu-individu seperti mereka & para pejuang rakyat akan terus dilahirkan. Para penindas & penzalim tidak akan dibiarkan bernafas lega biarpun mereka dikelilingi ribuan pengawal, disokong jutaan ringgit. Teruskan perjuangan untuk semua. Moga Allah bersama-sama kalian. Allahuakbar.

Para pejuang muda bersama ketua anak-anak muda Dungun; Ketua Pemuda PAS Dungun; Ustaz Syeikh Hanafi

Entry berkaitan;

inksensei.wordpress.com/2012/01/11/Bila-mahasiswa-diperbodohkan-bersedialah-untuk-lebih-ramai-Adam-Adli & Safwan Anang

Kau Nie…

Demo di UPSI? Mahasiswa, Islam, & politik? Jika anda seorang mahasiswa & mahasiswi muslim Malaysia, silakan tonton ni bro & sis. Enjoy :)

Video dari http://www.youtube.com/user/mohdnawwar

901, DS Anwar Ibrahim,The Family, The Friends, &The People: A Series of Unforgetable Events

Bismillahirahmanirahim. As I browsed & read & watched the net on the development of DS Anwar Ibrahim case & trials, I’ve discovered that this real life drama has a lot for us Malaysians who care about justice & the future of our children to ponder & act upon. It turns out that justice does win, & thou it is not going to be an easy road, like what DS Anwar & his family have gone thru, yet we should never give up, & their struggle is in fact our struggle too, for we have being treated with the same injustice in one way or another by the same corrupt government. I’ll let the videos tell the story, & may we all benefit from this series of events, may we become better Malaysians, & of course, better servant to the One & only Creator. InsyaAllah.

Before

901

Dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

Anwar bebas, mahkamah ragu kesahihan bukti

09 Januari 201

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan.

Hakim Mohd Diah Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel telah dikompromikan.

Oleh itu, mahkamah tidak dapat bergantung kepada keterangan dari saksi sahaja.

Beliau hanya membaca dua minit sahaja keputusan itu.

(Anwar memberikan ucapan kepada para penyokongnya)

(Bacaan doa dari anjung medan Selera Duta oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang diaminkan dengan penuh kesyukuran dan keriangan oleh orang ramai di atas kemenangan rakyat.)

Pengumuman ini disambut dengan penuh linangan air mata kegembiraan oleh para penyokongnya.

Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Anwar dipeluk oleh anaknya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.

Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema.

Anwar Ibrahim selepas dibebaskan telah memberikan ucapan kepada puluhan ribu penyokongnya di perkarangan mahkamah.

Anwar antara lain beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk kepada kepimpinan PAS yang hadir sepenuhnya termasuk presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan,” kata Anwar.

Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR serta semua yang hadir.

“Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah,” kata Anwar.

Beliau juga berkata, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, tetapi perjuangan mesti diteruskan.

“Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula,” kata Anwar disambut terikan reformasi oleh semua yang hadir.

After

Dipetik dari http://anwaribrahimblog.com/

10.1.2012

Catatan Dari Mumbai

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media UMNO, Hakim Dato’ Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta —  bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP;  para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk  melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
ANWAR IBRAHIM

Jom Bersama Adam Adli | 14.01.2012

Dipetik dari http://pemudadungun.com/index.php

Jelajah Orang Mude bersama Adam Adli (JOM bersama Adam Adli), mahasiswa UPSI yang berani menurunkan bendera PM di Ibu pejabat umno, akan berceramah di Dungun jam 9.30 mlm, 14/1/12 nanti.
Bersama beliau juga Sdra Safwan Anang yang teruk dibelasah polis dalam trajedi berdarah UPSI minggu lalu.

—– Jom Semua Turun !

Mahu tahu lebih lanjut? Klik entry di bawah;

2012/01/11/Bila-mahasiswa-diperbodohkan-bersedialah-untuk-lebih-ramai-Adam-Adli

Itqan al-Muluk biTa’dil as-Suluk: Meneguhkan Kerajaan dengan Membetulkan Perjalanan Pemerintahan Itu

Petikan di bawah dipetik & disesuaikan dari sumber asalnya di http://www.niknasri.com/

Jumaat dan Sabtu (6 dan 7 Jan 2012) telah mencatatkan satu lagi sejarah perjuangan PAS khususnya di Terengganu Darul Iman apabila sambutan Itqan al-Muluk biTa’dil as-Suluk dibuat. Apa makna perkataan Arab ini? Ramai yang tidak faham maknanya termasuk pendokong PAS sendiri. Kalau boleh diringkaskan secara literalnya dan harfiahnya, Itqan=meneguhkan, al-Muluk=kerajaan/pemerintahan, bi=dengan/untuk, Ta’dil=membetulkan, as-Suluk=perjalanan. Maka apabila diterjemahkan sepenuhnya, ia menjadi ‘Meneguhkan pemerintahan/kerajaan dengan membetulkan perjalanan (pemerintahan itu)’. Islam yang didaulatkan ini berlaku di zaman Sultan Zainal Abidin III. Justeru  PAS yang menyambung perjuangan Islam  termasuk dalam pemerintahan telah mengadakan sambutan ini.

___________________

Moga Allah mengembalikan Terengganu kepada zaman kegemilangan pemerintahan Islamnya kembali. Allahuakbar.

___________________

100 Tahun Martabatkan Islam di Terengganu

Sultan Zainal Abidin IIISempena Sambutan Itqan al-Muluk bi Ta-dil as-Suluk di Kuala Berang pada 6 dan 7 Jan 2012, saya sertakan petikan rencana di bawah: Negeri Terengganu ialah di antara negeri yang terawal menerima dan melaksanakannya undang-undang Islam berdasarkan Batu bersurat telah dijumpai pada tahun di Hulu Terengganu.

Batu Bersurat ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Namun, teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu “Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua” Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303

Undang-undang Islam Batu Bersurat

Ianya sebagai satu bukti undang-undang Islam telah dilaksanakan di Terengganu. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Pada batu bersurat tersebut jelas menyatakan antaranya hukuman zina, seratus rotan bagi bujang dan rejam bagi yang dah berkahwin (22 Februari 1303)

 

Batu Bersurat

Batu tersebut menggariskan beberapa hukum-hukum syariat yang diguna pakai. Tiga butiran undang-undang telah hilang bersama bahagian Batu yang tidak dapat dikesan. Peraturan yang keempat ialah berkaitan hutang-piutang. Peraturan kelima dan keenam tidak dapat dipastikan kerana sebahagian hurufnya telah hilang.  Cuma ia dapat dipastikan masih berkaitan muamalat.
Peraturan yang jelas terpelihara dan dapat dibaca dengan baik ialah berkaitan zina, seperti berikut[16]:

“Orang berbuat bala cara laki laki perempuan setitah Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu Seratus ratun jika merdeka beristeri Atawa perempuan bersuami ditanam hingga ka Pinggang di hambalang dengan batu dimatikan.

Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama tarikh yang terpahat pada batu bersurat tersebut iaitu 1303M. Tarikh ini adalah mendahului pengislaman Sultan Melaka iaitu sekitar 1404M selama seratus tahun. Ini bermakna dalam konteks sejarah tanah Melayu, sistem pemerintahan Islam telah lama berdiri di Kuala Berang jauh sebelum berdirinya sebuah kerajaan beragama Islam di Melaka. Tarikh ini sebenarnya tidak begitu menonjol kerana pada waktu yang sama berdiri sebuah Kerajaan beragama Islam di Samudera Pasai dengan Islamnya raja Meurah Silu. Ia juga membuktikan undang-undang Islam telah diistiharkan sebagai Undang-undang negeri.

Perintah raja dan rakyat supaya berpegang dengan ajaran Islam dinyatakan dengan jelas seperti terjemahan Batu Bersurat yang diusahakan oleh Dato’ Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (MISBAHA)[17].

”Rasulullah berserta dengan sahabat-sahabat atau Rasulullah dengan ruh-ruh yang suci.
Percaya keesaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, Tuhan yang Maha suci lagi Maha Tinggi menyuruh sekelian rakyat berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Agama Islam.
Berserta dengan penuh hormat pada undang-undang, memerintah hamba-hamba Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.
Di negeri ini, mereka yang menerangkan ajaran-ajaran Rasulullah salla Llahu alaihi wa sallam di muka bumi ini ialah sekelian raja Mandalika.
Penerangan atau pemasyuran itu adalah kewajipan yang mesti dijalankan oleh raja Mandalika yang berugama Islam.
Mengikut perintah Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi dengan mengambil pandangan atau penentuan yang sebenar.
Di atas pengajaran-pengajaran itu di negeri ini bagaimana yang dibentang atau diterangkan di dalam pemasyhuran itu dan bila Seri Paduka.
Mula memerintah supaya membuat tulisan ini di Negeri Terengganu maka masa itu ialah pada Hari Jumaat yang pertama di dalam bulan Rejab tahun saratan di zaman Rasulullah telah berlalu tujuh ratus dua tahun”


Undang-undang Islam Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk

Sebagai seorang sultan yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang luas dan diakui kealimannya, Sultan Zainal Abidin jelas mempraktikkan amalan syura untuk membuat sebarang keputusan berkait dengan pemerintahan negeri.

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan prinsip syura yang dituntut oleh Islam, bukannya kerana terpaksa tunduk dengan penasihatpenasihatnya seperti yang didakwa oleh pegawai-pegawai British yang tidak memahami prinsip asas pemerintahan Islam.

Peruntukan bahawa amalan syura yang dilaksanakan dalam pemerintahan negeri seperti yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu membuktikan bahawa Sultan Zainal Abidin III mengutamakan amalan syura dalam pemerintahan baginda.(Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1973:5)

Semasa Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin III (1881-1918), pelaksanaan undang-undang Islam di Terengganu terserlah. Undang-undang Islam dijadikan sebagai undang-undang negeri dimana Baginda telah menyusun pentadbiran mahkamah, menggubal Undang-undang Mahkamah dan Perlembagaan Negeri.

Undang-undang mahkamah telah digubal dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri semasa negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin III. Undang-undang ini digubal mengikut al-Qawa ‘ed al-Syar’iah atau al-Qawa’ed al-Fiqhiyyah, mengandungi tiga belas (13) bab, meliputi tugas-tugas pegawai-pegawai dan kakitangan mahkamah, hukuman dan perbelanjaan mahkamah.

Pada keseluruhannya undang-undang mahkamah ini mengikut sistem kehakiman Islam. Bolehlah dikatakan pada masa itu bahawa undang-undang ini ternyata begitu kemas dan tersusun rapi dan ianya menyelaras pentadbiran dan perjalan mahkamah di seluruh Terengganu diatas dasar dan perinsip kehakiman Islam.

Dalam masa pemerintahan, Baginda juga telah membuat Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dinamai akan dia Itqaanul Muluk bit Ta’dilis Suluk pada 1329H bersamaan 1911M. Fasal yang kelima puluh satu (51) undang-undang berkenaan memperuntukkan mengenai agama negeri dan agama lain dengan menyebut:

Sesungguhnya telah disifatkan dan disebut dan ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiah Melayuwiah ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadikan atau disebut agama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan agama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu.

Walaupun terpaksa menerima kehadiran pihak British, Sultan Zainal Abidin III bertegas dengan prinsip dan keputusannya sehingga Sir John Anderson, bersetuju dengan draf perjanjian yang secara keseluruhan dirangka semula oleh baginda.

Dalam perjanjian tersebut secara jelas diperakukan bahawa negeri Terengganu merupakan negeri Malayuwiyyah Islamiyyah yang memerintah sendiri. Sikap ini sebenarnya menunjukkan bahawa Sultan Zainal Abidin III tetap tidak mahu tunduk dan menyerahkan kemerdekaan Terengganu kepada Kerajaan British, sebuah kerajaan bukan Islam atau kafir.

Ketegasan Sultan Zainal Abidin III juga menjadikan negeri Terengganu satu-satunya negeri Melayu yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh pihak British.

 

Bila Mahasiswa Diperbodohkan, Bersedialah Untuk Lebih Ramai Adam Adli & Safwan Anang!

Bismillahirahmanirahim. As above. Honestly, I salute this brave young man. Dalam keadaan universiti-universiti semakin dipengaruh dikongkong kuasa eksekutif, sebenarnya ada terlalu ramai anak-anak muda yang bijak untuk tidak terus menjadi alat atau pak turut kepada sebuah kerajaan drakonian. Moga Allah memberi mereka kekuatan untuk terus berjuang menjadi para ilmuan yang tidak sekadar berada di bawah tempurung kongkongan pemerintah yang zalim.

Tulisan dipetik dari http://bm.harakahdaily.net/

‘Punching Bag’ 2012

http://nawrif.blogspot.com,

Tanggal 1 Januari 2012 merupakan permulaan sejarah baru kebangkitan mahasiswa di Malaysia yang selama ini dilaung-laungkan hampir 40 tahun dikatakan lesu. Peristiwa yang melibatkan seorang mahasiswa Universiti Malaya yang juga merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dipukul sehingga koma oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) adalah acara pemotongan reben 2012 oleh gerakan mahasiswa secara rasmi!

Adakah nyawa rakyat Malaysia sekarang ini yang juga merupakan mahasiswa terlalu murah? Kadar inflasi negara meningkat tetapi nyawa rakyat susut nilai? Adakah ini wajah ‘Malaysia Baru’ yang dicanangkan oleh Perdana Menteri? Inikah alasan PSP untuk menggunakan seksyen 8 Akta Perhimpunan Aman? Terlalu banyak persolan yang timbul mutakhir ini yang wajib dijawab oleh pihak berkuasa.

Ya, sememangnya pihak berkuasa tidak bersetuju dengan Himpunan 1112: Solidariti untuk Adam Adli, tetapi adakah ini penyelesaian terbaik? Mereka  seharusnya ingat, sekali mereka melakukan sedemikian, berjuta kali mahasiswa akan terus berhimpun. PSP mungkin mengambil ‘iktibar’ kesopanan mereka sehingga tercetusnya isu Adam Adli, penutup kontroversi mahasiswa 2011.

Mungkin Adam Adli dianggap sebagai mahasiswa tidak bermoral tetapi bermoralkah mahasiswa yang terlibat dengan ‘aktiviti malam’ yang lain? Saya tertarik pada komen mahasiswa Malaysia yang menuntut di Mesir. Sepatutnya perlu ada pimpinan tertinggi kerajaan yang tampil mengambil hati mahasiswa dengan mengadakan sidang media dan cukup dengan mengatakan ‘Perkara tersebut perkara kecil sahaja  (menurunkan banting). Tidak perlu diperbesar-besarkan. Bebaskan beliau daripada sebarang hukuman.’ Pada hemat saya, rasanya PM sendiri boleh menarik kembali hati mahasiswa walaupun dengan hanya ‘Tweet’ menerusi telefon beliau.

Saya akui bukan semua aktiviti aktivis mahasiswa sebelum ini  saya setujui, terdapat juga sebahagiannya jauh di di lubuk hati saya merasakan ia tidak seharusnya dilakukan dek kerana kurang adab dan sopan di dalam tindakan tersebut namun  tidak bagi kes ini, tidak. Dahulunya saya juga berfikiran, ‘Kenapa tidak hantar sahaja seorang atau berdua untuk menyerahkan sebarang memorandum? Kenapa tidak kutip sahaja referendum dan terus diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab? Kenapa dan kenapa perlunya berhimpun beramai-ramai?’. Akhirnya persoalan demi persoalan tersebut terjawab, sebenarnya, itulah motif yang utama; berhimpun. Bukan kerana makin ramai yang berhimpun, semakin meriah perhimpunan tersebut tetapi bilangan yang ramai tersebut hadir kerana ingin membuktikan sokongan rakyat dan mahasiswa terhadap  sesuatu isu. Beza bukan jika yang berkumpul 10 orang dengan 10 ribu orang? Apatah lagi jika jumlah perhimpunan tersebut mencecah 100 ribu orang.

Sudah pasti kita masih lagi ingat akan peristiwa adik Amirul Rashid yang ditembak polis pada April 2010 yang mana mahkamah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap pegawai polis terlibat. Kejadian tersebut benar-benar telah memberi satu tamparan hebat bagi anggota polis di Malaysia. Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan membenci mereka bahkan tiga orang saudara terdekat saya juga merupakan anggota polis. Mereka juga manusia biasa dan yang lebih utama, mereka menerima arahan pihak atasan. Saranan saya, kembalikan imej polis, transformasikan seruan ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’.

Mahasiswa bukan medium ‘Punching Bag’ anggota penguatkuasa. Acara ‘perasmian’ semalam benar-benar menandakan kemarahan mahasiswa ibarat luka yang ditaburkan garam. Awas mereka-mereka yang terlibat, jangan terkejut akan natijah PRU-13 nanti, hadiah daripada mahasiswa ‘1Malaysia’.

Kepada aktivis mahasiswa;

Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.

MUHAMMAD FIRWAN NORLIZA

MANTAN PRESIDEN

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2009/2010

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Tindakan UPSI rendahkan maruahnya

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan jawatankuasa disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebenarnya telah merendahkan maruah dan nama baiknya apabila menggantung Adam Adli Abdul Halim (gambar) selama 18 bulan.

Sehubungan itu, Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, jika benarpun pelajar itu membuat salah, tindakan seharusnya mendidik bukannya menakutkan pelajar.

Beliau yang juga naib presiden PKR mengulas tindakan UPSI yang menggantung Adam Adli semalam ekoran tindakan pelajar itu menurunkan bendera gambar Presiden Umno yang dinaikkan di depan bangunan UMNO, PWTC itu.

“Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda,” kata beliau dalam kenyataannya.

Bagi beliau, UPSI mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan.

Oleh itu bagi beliau, tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka.

Bagi beliau, sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.

“Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti? Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalam lah yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bangkit dan pertahankan hak mahasiswa, kerana mahasiswa lah yang menjadi penyambung perjuangan demi Malaysia yang lebih baik.

Gantung kerana kebebasan akademik mulia dari rasuah

KUALA LUMPUR, 10 Jan: “Setahun setengah kena gantung sebab pejuang Academic Freedom lebih mulia dari setahun dipenjara makan rasuah,” kata Adam Adli Abdul Halim.

Inilah penyataan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), itu selepas beliau dijatuhkan hukuman gantung pelajaran selama 18 bulan.

Penyataan ini dibuat beliau melalui Twitternya semalam sebaik sahaja jawatankuasa itu memutuskan beliau bersalah.

Adam digantung oleh jawatankuasa tatatertib UPSI selepas didapati bersalah kerana menurunkan bendera Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di depan bangunannya selama lima minit.

Tindakan itu dibuat Adam ketika menyertai rombongan untuk menyerahkan memo kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah bagi memansuhkan AUKU.

Beliau juga didakwa terlibat dalam demo di depan kampusnya atas tujuan untuk memperjuangkan kebebasan akademik di negara ini dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dalam Twitternya juga Adam berkata, jawatankuasa tatatertib yang membicarakan beliau mendakwa,  242,000 jumlah carian Adam Adli dalam Google membuktikan anda mencemar nama baik universiti.

“Aku gelak besar dalam court!” tulis Adam lagi.

Bagi peguam yang juga Naib Presiden PKR, N Surendran, tekanan dari Umno yang menyebabkan pelajar ini digantung pelajarannya.

Penyataan Adam juga didokong oleh rakan-rakannya dalam Twitter.

Rakannya, Benazirjb berkata, “digantung 3 sem sebab turunkan bendera. Okay lah tu. Lagi mulia dari kena gantung sebab buat video seks.”

Dalam Twitternya juga, Adam menerima komen dari seorang yang bergelar Ustaz bisik yang berkata: “Imam 4 mazhab dulu pun kena penjara dan sebagainya sebab pertahankan kemurnian ilmu.”

Adam Adli menjawab, “He he..Saya bukan imam.”

Video dari;

http://www.youtube.com/user/mediarakyat

http://www.youtube.com/user/DPPMalaysia

dll.

Bacaan berkaitan;

Bapa-Adam-Adli-tolak-tawaran-mohon-maaf-pada-pm

PAS-bangga-dengan-kecekalan-keluarga-Adam-Adli

Adam Adli: Ini-umno-bukan-parti-politik-ini-parti samseng

Adam-Adli-tak-akan-merayu-koyak-surat penggantungan

Another young hero; Safwan Anang…I have to say, I respect his family too.

Baca lagi;

Keadaan-Safwan-Anang-mahasiswa-dipijak-fru