
*Dalam satu hadis riwayat Aisyah r.a katanya:
Pada suatu hari, beberapa Arab desa datang kepada Rasulullah s.a.w.
Mereka bertanya kepada para sahabat: Apakah kamu pernah memeluk anak-anak kecil kamu?
Para sahabat menjawab: Ya.
Orang-orang kampung itu berkata: Akan tetapi, demi Allah, kami belum pernah memeluknya.
Rasulullah s.a.w lalu bersabda: Aku tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Allah mencabut rahmat dari kamu.
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [dalam Bahasa Arab sahaja]: 4281
Pada Jumaat 19 Jun 2009M yang lalu, baru seminggu saya tiba di Penang, saya mengambil kesempatan untuk pulang ke Dungun untuk menemui putera yang sangat dirindu, Muhammad Wafiy, disamping untuk menguruskan beberapa perkara.
Perjalanan bas jam 9.30 malam itu membawa saya tiba di Dungun keesokan awal paginya. Sangat gembira & teruja sekali kerana yang datang menjemput saya dengan bersama ayah di perhentian bas pagi itu ialah Wafiy. Rindunya saya pada putera comel saya ini. Comel sekali Wafiy dengan rambut pendek terbarunya.
Alhamdulillah, Wafiy sekarang semakin pandai. Sudah mula menunjukkan kepetahannya. Gembiranya hati bila Wafiy turut sama mengikut ketika kami solat berjemaah pada sebelah malamnya. Walaupun sedikit lucu & sangat comel, Wafiy kelihatan cuba untuk mengikut kami & dia melakukannya dengan baik. Saya mendoakan Wafiy akan menjadi orang yang mencintai solat & tekun mengerjakannya. Yang juga menyayangi Wafiy tak kira siapa saudara atau saudari, doakanlah juga ya =) Amin.
Ini adalah antara kenangannya pada 2 hari tersebut;

Waktu ni Wafiy masih ngantuk...


Asyik 'menulis' di atas 'learning board' yang baru menjadi miliknya =)
* sumber untuk hadis:
http://www.al-islam.com/mal/

Slurp...

Main apa tu?

Syoknya main gelungsur...

Naik basikal dengan bergaya...

Main dengan nombor pula.

Dah penat, minum Yakult!

Penat pun sempat lagi Wafiy main lori barunya

Walaupun comot, Wafiy tetap comel =)

Sedang menunjukkan skill menulisnya kepada Aki
__________________________________________________________________________________________
Pada Ahad 21 Jun, saya terpaksa pulang ke Penang di atas tuntutan kerja. Pun begitu, saya bersyukur kerana dapat bersama Wafiy walaupun sekejap cuma.
Semasa saya ingin menaiki bas, Wafiy menangis membuatkan hati saya terasa berat yang amat. Ketika di dalam bas, tak sedar air mata saya mula bergenang. Kerinduan pada putera kesayangan saya ini mula menyelubungi. InsyaAllah, kita akan bersama kembali, Wafiy.
Saya pasti, ada seorang insan yang penting buat Wafiy juga sangat merinduinya. Moga Allah memberi kami pengakhiran yang baik. Moga Allah akan sentiasa memelihara Wafiy. Amin.
I love you, & I miss you so much, my son.

Wafiy ketika menghantar saya ke bas, bersama adik & ummi saya.


29/06/2009 at 11:46 pm
Salam..waduh..makin lama makin cm artis..ada iras2 dusun a de nih..tak dpt anak dusun dpt yg muka cm die pn ok a
30/06/2009 at 9:44 am
w’salam. hoho..dalam maknanya tu…=)
30/06/2009 at 12:15 pm
Comelnyer Wafiy, rase mcm nk cubit2 pipi dier, nasib baik abinyer x comel, klu tak, nak cubit pipi abinyer skali… teringin nak ada anak sendiri….:)
30/06/2009 at 2:50 pm
Comel laa makcik wafi,
nak cubit tak leh, bukan mahram,
boleh laa adjust2 jadi pakcik wafi ni….
30/06/2009 at 6:18 pm
gataiii… =p
01/07/2009 at 4:35 pm
Salam ….
Cute nya Wafiy
!!! Semoga jadi anak yang Soleh …. insyaAllah … Amin …..
01/07/2009 at 5:00 pm
Amin =)
02/07/2009 at 1:08 am
Uhhhh..Nama anak mu seiras nama anak ku bah.. Wissam Wafiy
03/07/2009 at 9:36 pm
assalamualikum Sir,sir aper khabar sihat ke? dah besar plak anak sir pas tu tinggi lagi tu, ensem boy wafi sekarang macam sir,
04/07/2009 at 1:25 am
W’salam. I’m good. Alhamdulillah =)
21/07/2009 at 9:32 pm
mkin tinggi dia kn..
& mkin comel…
i mz him so much..
tcare…
plz kiss him from me…
& tell him i luv him whtevr happen..
still my heart its 4 him…
tolg mms gmbr2 wafiy yg trbru d hp..
22/07/2009 at 2:34 am
Alhamdulillah.
We miss u too.
Kalau dear rindu & sayangkan Wafiy, doakanlah dia sentiasa selepas solat & setiap masa.
You are always in our heart.
InsyaAllah i’ll give u his pics.
Take care.
Assalamualaikum.