Bismillahirahmani rahim.

Firman Allah dalam Surah al-A’raaf ayat 80 & 81;

Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas

_______

Sebelum ini saya pernah terjumpa awek transformer dalam bas. Kali ini lain pula ceritanya. Waktu itu saya dalam perjalanan dari Dungun ke Penang menaiki bas ekspres pada malam 21 Jun. Mungkin kerana banyak yang difikirkan, maka tak dapat tidur.

normal_CIMG0109

Kerusi di depan saya sebelah kanan (saya duduk di sebelah kiri) rosak. Ia tak dapat ditegakkan, oleh itu, saya dapat melihat agak jelas (dari belakang) lelaki yang duduk di depan saya. Waktu itu lampu dalam bas sudah ditutup & pemuda itu sedang sibuk ber-sms. Mungkin kerana cahaya dari skrin handphonenya yang terang, secara tidak sengaja, saya dapat melihat apa yang ditaip oleh  lelaki tersebut. Tak perlulah saya catatkan apa yang ditaipnya dalam smsnya. Cukuplah saya katakan, apa yang ditaipkannya itu menjelaskan bahawa lelaki itu seorang gay atau homoseksual. Saya memang cukup jijik  dengan budaya gay ni jadi saya hanya akan menggunakan perkataan jantan sahaja untuk merujuk kepada lelaki tersebut. Barangkali kerana terlalu asyik dalam dunianya, dia tak sedar sms-nya jelas kelihatan pada saya ditambah lagi skrin handphonenya memang besar.

Bas itu kemudiannya berhenti di Terminal Bas Kuala Terengganu untuk transit & mengambil penumpang lain. Jantan itu turun di situ. Saya mengambil ksesempatan itu untuk ke tandas awam di terminal. Tutup pintu tandas, terlihat pula contengan mengiklankan gay di pintunya. MasyaAllah, gay di mana-mana ya?

DSC01705(edited)

DSC01706(edited)

Ada 2 kemungkinan tentang vandalisma contengan di dinding tu.

1- Ditulis saja-saja untuk mengenakan tuan punya nombor telefon tersebut walaupun tiada kena mengena dengan gay.

2-Memang ditulis dengan sengaja untuk mengiklankan diri sendiri, kerana terdesak & tiada medium untuk manusia-manusia tandas mencari pasangan.

Yang pasti, contengan seperti itu adalah perkara biasa di tandas awam di negara One Malaysia ni. Masalah gay/ homoseksual/lesbian bukan perkara baru. Yang pasti, tiada tindakan yang konkrit untuk menanganinya. Masalah ini seolah-olah tidak diambil berat, padahal Allah sangat melaknat golongan ini & pernah ditimpa bala yang paling dasyat kerana kemurkaanNya kepada kaum luar tabii ini.

Baru-baru ini pula dalam Yahoo news,  walaupun ditentang oleh ramai rakyat Amerika sendiri, Barack Obama diberitakan akan memberi bayaran insentif yang sama kepada pasangan homoseksual yang berkahwin sekiranya pasangannya mati, sama seperti yang diterima oleh pasangan normal.

Di Malaysia pula, mereka yang terang-terangan gay seperti penyanyi barat Elton John & George Michael boleh didengar lagu mereka di radio Malaysia & ditonton di tv. Elton John sebagai contoh telahpun berkahwin dengan pasangan jantannya, manakala George Michael pernah ditangkap beberapa kali kerana melakukan hubungan jijik itu di tandas awam. Dan lagu-lagu mereka masih kedengaran di radio.

Dan selagi Malaysia diperintah oleh pemerintah sekular yang tidak peduli soal akhirat, & fikir mereka akan memegang kuasa selama-lamanya, itu bukan menjadi masalah. Video & lagu si gay kotor Adam Lambert dengan selamba disiarkan di TV walaupun telah dibantah & didedahkan tentang kegiatan hinanya. Bahkan, ada di kalangan VIP negara sendiri yang menggalakkan lagi budaya songsang yang dilaknat Allah dengan jelas di dalam al-Quran ini. Boleh rujuk di sini.

Bagaimana hinanya mereka ini? Sanggup ke bayangkan bagaimana mereka melakukan hubungan hina tersebut? Boleh termuntah!!! Tapi setakat ini masih tiada sekatan. Movie atau cerita yang melibatkan watak gay masih lagi perkara biasa samada di wayang atau tv. Tiada tindakan langsung dari kerajaan One Malaysiauntuk menyekat budaya songsang ini dari menular.

Waktu di  KK, saya biasa melihat beberapa pengkid menunggu & berjumpa pasangan-pasangan mereka di luar pagar sebuah sekolah menengah perempuan, & saya mendapat banyak maklumat dalaman tentang budaya lesbian yang biasa berlaku di situ.

Waktu saya di UiTM Shah Alam dulu, saya biasa berulang-alik ke KL menaiki komuter, & kalau balik lewat malam pada hari-hari tertentu, saya boleh lihat golongan ini berkumpul di satu sudut berdekatan Central Market. Malahan, seorang coursemate saya juga terang-terangan mengaku pada seorang kawan yang dia adalah gay. Pernah satu masa ketika baru balik ke rumah sewa di Shah Alam selepas bercuti semester, saya kemudiannya diberitahu yang jantan gay tu rupanya ada menumpang di rumah sewa kami di waktu cuti. Dan saya menjumpai sekeping vcd lucah gay yang tertinggal. Melihat covernya pun sudah cukup membuatkan saya nak muntah. Tuhan saja yang tau apa yang dibuatnya di rumah tu waktu cuti tu.

Itu lebih kurang sepuluh tahun dulu. Saya tak tahu keadaannya sekarang, tapi saya pasti, budaya gay & homoseksual ini pasti dah makin teruk. Dengan budaya hedonisme & hiburan melampau yang mendapat restu kerajaan, saya lebih hairan kalau ia tak jadi semakin teruk, bukan sebaliknya. Jangan kita sembunyikan saja masalah ni seolah-olah ia tak berlaku. Ia memang berlaku setiap hari & yang mungkar itu mesti dicegah & dihentikan.

Dan kepada mereka yang terlibat dalam budaya songsang ni, bertaubatlah. Tak kemana pun semua tu. Renunglah kisah kaum Nabi Lut di dalam Al-Quran. Memang Allah Maha Pengampun, tapi kematian itu juga tiada siapa yang tahu waktunya. Berhentilah jadi manusia jijik, jadilah muslim yang baik.

Maka tatkala datang adzab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,

-Maksud Surah Huud-82 & 83

Dan datanglah penduduk kota itu (ke rumah Lut) dengan gembira (karena) kedatangan tamu-tamu itu.

Lut berkata: “Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku),

dan bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu membuat aku terhina”.

Mereka berkata: “Dan bukankah kami telah melarangmu dari (melindungi) manusia?”

Lut berkata: “Inilah putri-putri (negeri) ku (kawinlah dengan mereka), jika kamu hendak berbuat (secara yang halal)”.

(Allah berfirman): “Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan (kesesatan)”.

Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit.

Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.

-Maksud Surah Al-Hijr-67-74

api_fire

Wallahu’alam.

Boleh baca lagi di sini;

ustaznaim.blogspot.com/lesbian-dan-gay dosanya-sama-dengan-zina

idhamlim.blogspot.com/lesbian-gay-nak-duduk-khemah-mana-di Arafah

Video tambahan di bawah; Sedangkan yahudi orthodok pun mengutuk kehidupan gay, so kalau anda gay & masih lagi mengaku Islam, what that makes you?

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

13 responses »

  1. ira^cairo says:

    Salam …

    Na’uzubillah hi min zaalik …… Kepada yang terlibat, bertaubat lah sebelum terlambat … InsyaAllah ….

    • inksensei says:

      W’salam.
      Yg terlibat harap bertaubat.
      Yg hanya melihat harap nahi mungkar
      Yg memegang kuasa harap gunakannya untuk menyelesaikan.
      Yg membaca…
      harap jangan hanya mengharap.

  2. Rayen says:

    Jijik sgt kan..bila mereka yg str8 bckp pesal gay, tp dpan mata bohsia ajak main,time 2 dh x ingat hukum..

    geli2 lg, bkn gay tp str8,tp suka main pondan..lg menarik str8 nie,suka ‘kena’ ngan pondan..menarik tertarik..da’bomb.

    • inksensei says:

      Tak mahu mendengar nasihat & menghindar larangan Allah tu satu hal, lepas tu bercakap lagi perkara yg sia-sia & menuduh orang lain.

      Sudahla tu saudara…bertaubatla.

      Melainkan saudara merasa yg saudara tak akan mati, & ayat-ayat Allah itu tidak benar, tapi jika saudara akan mati & ayat-ayat Allah itu benar, kembalilah ke pangkal jalan, sementara nyawa masih dipinjamkan Allah.

      You never know when your time will be…

  3. ezral says:

    jgn hanya bijak menghina tapi x cuba untuk mengubah…ingatlah,kami bukan diminta untuk dlahirkan begini..kalau saudara hebat,ubah akidah anak2 songsang dluar sana..jgn fikir keturunan saudar tiada yang gay..

    • inksensei says:

      Sebab saya nak mengubah la saya tulis artikel ni…bukankah jelas tu?
      Betul cakap saudara, saudara tak minta dilahirkan begitu, sebab itulah saudara wajib berubah & bertaubat.
      Dah saudara tau Allah tak lahirkan saudara untuk menjadi gay, kenapa pilih untuk jadi macam tu?
      Jangan letakkan kesalahan itu pada Allah.
      Allah telah beri kita akal fikiran & kewarasan, hidup ini adalah pilihan, gunalah akal & iman & buatlah pilihan yang baik. Tapi kalau masih nak menjadi hamba nafsu, then be ready for the consequences in the hereafter.
      Satu pilihan mendapat keberkatan & keredhaan Allah, & satu lagi mendapat laknat Allah.
      Pilihla sementara masih bernyawa.

      Saya ini tiada apa-apa. Yang Maha Hebat hanyalah Allah. Semoga saudara & keturunan saudara mendapat petunjuk & hidayah Allah.

      Amin.

    • joe says:

      mungkin sedara kita yang buat coretan ni seolah2 anak2 cucu, cicit dia sempurna sampai akhirat….
      renung2kanlah cerita sutun….
      bapak seorang askar (pada mata kasar lelaki yg sempurna pada pekerjaannya)
      tp ingat….baka yang di keluarkan dari perut bininya xsemestinya sempurna akhlak nya….
      kalu dilahirnya seperti mana manusai yang sedara xinginkan dan mintak taubat,last2 terjadi pada anak sedara mahupun cucu cicit anda!!! bukankah keturunan itu dari saudara sendiri?

      • inksensei says:

        Assalamulaikum sdr Joe.

        Saya tak faham bila sdr mengatakan saya membuat coretan ini seolah2 keturunan saya akan sempurna, sbb itu bkn dlm bidang kuasa saya Joe, itu adalah ketentuan Allah. Sbb itulah kita diberikan Al-Quran & sunnah sbg panduan sekiranya berlaku apa-apa permasalahan. Seandainya (nauzubillahiminzalik) saya mempunyai keturunan sebegitu’ maka saya seharusnya redha & berusaha sbaik mungkin utk membimbingnya menjadi lelaki sbenenar dgn cara yg berhikmah & baik. Seandainya sifat2nya itu tidak bersalahan dgn Islam seperti suka memasak, suka mengemas, maka saya tiada masalah dgn itu. Tapi sekiranya ia bertentangan dgn Islam seperti berpakaian seperti wanita & suka pd kaum sejenis, maka dia mesti didididk & didakwahkan dgn cara yg berhikmah & baik. Sokonagn keluarga & masyarakat juga amat penting kerana itulah perintah Allah kepada kita, supaya bertolong-tolongan membuat kebaikan.

        Saya pernah menonton cerita sutun tu. Part 1 & part 2. Antara mesej drpd cerita itu ialah seorang bapa yg ditakdirkan mempunyai anak seperti itu seharusnya melayannya dgn baik & pd masa yg sama jika dia ingin anaknya berubah, didiklah dia untuk berubah dengan baik & berhikmah.

        Sdr Joe, saya sendiri seorang guru & pernah bertemu dgn kes-kes pelajar-pelajar lembut dibuli oleh mereka yg normal & saya memarahi & menegur mereka yg membuli itu. saya nasihatkan mereka bahawa sebenrnya perbuatan mereka itu akan menyisihkan lagi golongan lembut itu dri masyarakat & makin mendekatkan diri mereka kepada kesukaran utk berubah.

        Sebelum menulis sesuatu, ada baiknya sdr merenung mesej sebenar yg ingin saya sampaikan melalui coretan saya. Saya ingin mengajak mereka2 yg terjebak itu supaya bertaubat dri perbuatan hina & dimurkai Allah itu. Sekiranya mereka bertaubat, maka keuntungan dunia & ganjaran akhirat itu akan kembali kpd mereka sendiri. saya hanya menyampaikan apa yg saya tahu dri ilmu & pengalaman saya yg amat sedikit ini.

        Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

        Salam.

        Barangkali petikan dari video yang disampaikan oleh Syeikh Khalid Yasin di bawah dapat menjelaskan lagi pendirian saya;

  4. Hamba Allah says:

    Aku bukan wali yg suci dari hina dan benci…
    Bagai mana kan ku mula dgn kata2.
    Sy seorg lelaki, tpi suka lelaki. Sy xtahu knpa sy jdi bgtu.. Sy malu pd dr sndiri, krna xboleh ubah sifat songsang yg membara..
    Sy xslh kn mane2 pn, sy slh kn dri sndri, krna xdapat mungubah diri ini. Puas sy mencuba dan mencari mana diri sy sbnr. Prnah sy melaku kan prkara songsang, ttpi hnya becubu bibir. Dlm hati ini ingn melaku kn sex. Ttpi sy tkt utk melaku kn.. Kehidupan sy dari dulu smpai skg, penuh dgn berahsia…

    • inksensei says:

      Alhamdulillah, sdr diberi petunjuk oleh Allah untuk mencari penyelesaian kepada masalah sdr. Sdr sudah mulakan langkah itu & Allah amat menyayangi orang2 yg ingin bertaubat & mendekatinya. Sdr juga telah melakukan perkara yg sepatutnya dgn mencari penyelesaian sebelum ia menjadi lebih teruk.

      Perasaan & nafsu itu adalah ala yg sering digunakan oleh syaitan utk merosakkan manusia. Cita2 syaitan & iblis cuma satu; supaya manusia akan menemani mereka disiksa di neraka jahannam kelak’ seramai mungkin. Perasaan & nafsu sdr diperdayakan syaitan hingga sdr merasa suka kepada kaum sejenis, walaupun sebenarnya hakikatnya itu bukanlah fitrah sdr. Syaitan yg membuatkan sdr merasa begitu.

      Lalu bagaimana kita ingin kembali kpd fitrah kita? Kembalilah kepada yg mencipta kita, yg mencipta perasaan & nafsu itu. Dekatkanlah diri sdr dgn Allah. Dengan Islam. Mulakan dengan perkara2 yg mudah. Baca Al-Quran & terjemahannya. Dekati org2 soleh’ yg bleh mnunjukkan sdr k jln yg baik. Jgn tgalkan solat & perbaikilah solat. Jika tak tahu, bertanya & belajar.Baca buku-buku atau majalah yg baik. Cthnya majalah Solusi.

      Di waktu sdr ingin berubah juga sdr pasti akan diuji dgn godaan & rsa negatif yg menghalang sdr dri berbuat kebaikan & cenderung kpd nafsu. Lawan perasaan negatif itu. Lawan kerana Allah. Minta pertolongan Allah. Berdoa & merintihlah kpd Allah mohon diberikan kekuatan & pertolongan. Ingatlah sdraku, jika sdra mati dalam jihad sdra melawan hawa nafsu ini, maka matimu adalah syahid, & Allah akan memberi perlindungan kepadamu*

      Pd masa yg sama, jauhi diri sdr dari jalan2 maksiat & yg bleh mndekatkan diri dgn gejolak nafsu itu samada dri internet, majalah, tv & sbagainya. Sdr adalah pejuang yg berjuang kerana Allah, berjuanglah dgn ikhlas & bersungguh2. Allah bersama2mu sdraku.

      Sekiranya sdr memerlukan teman utk membantu, hubungilah email saya ink.sensei@yahoo.com

      Saya juga manusia biasa yg byk kelemahan, tpi tanggungjawab kita sbg manusia utk saling mengajak manusia kepada Allah.
      Moga Allah memberimu kekuatan sdraku. You can do it bro. InsyaAllah. Amin. Ya Robbil alamin.

      * http://inksensei.wordpress.com/2010/02/03/under-the-shade-of-allah-di-bawah-naungan-allah/

  5. hazifah says:

    sorry lah ustz, sy tak faham kepada golongan yang homophobic ni, sentiasa nak mengancam golongan yang macam ini, bg saya, tiada hukum pun kepada golongan gay ini, sekadar bernafsu dan suka kepada lelaki, tiada hukum haram pun yang sy ketahui ,namun yang sy tahu, Allah larang berzina ,termasuklah zina kepada lelaki mahupun perempuan ;
    Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu fahisyah dan jalan yang buruk (Al Isra/17:32, baca juga surat an Nisa/4:15 dan 19)
    Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya), (ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya,’Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah itu yang belum dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka) bukan kepada wanita, malah kamu ini kaum yang melampaui batas’(Al A’raf/7:80-81, baca juga Al Ankabut?29:28)
    jadi bagi sy, suka kepada gol. sejenis tak haram ,,cume zina itu yang haram ,,sama seperti babi ,klw sy suka babi tak ape, asalkan sy tak makan dan sy tak bersyubahah mengenai pemakanan babi ,,

    • inksensei says:

      Bukan masalah homophobic, tapi menyatakan kebenaran. Rasanya dah jelas dalam penerangan2 di atas bahawa saya tidak membenci golongan ini. Dan berdasarkan kata-kata saudara nampaknya saudara menafsir Al-Quran berdasarkan akal & nafsu semata2. Quran bukan buku teks. Kalau nak faham rujuk kepada ulama. Video Ust. Abu Anas di atas tu dah terangkan dengan jelas. Rasanya masa saudara tulis komen ni, saudara tak tonton pun video tu dulu kan? Juga tak membaca dengan jelas & sepenuhnya sebelum memberi komen. Memang ramai orang memberi pelbagai alasan untuk menjustifikasikan perbuatan mereka yang salah, padahal yang salah tetap salah, & kebenaran itu sebenarnya dah jelas. Sama macam mati. Agak-agak kalau Rasulullah s.a.w. masih ada hari ni, berani tak cakap begitu di depan Baginda s.a.w? Quran itu benar, mati itu benar & balasan Allah itu juga benar. Tuntutlah ilmu. Fikirlah dengan iman, bukan dengan nafsu & akal semata-mata.

  6. Aled says:

    Segalanya ketentuan Allah SWT. Cabaran yang Allah berikan kepada manusia adalah di dalam betuk berbeda.
    Ada lelaki suka perempuan. Kalau berkahwin dgn sah , Alhamdulillah. Kalau tak kahwin, ada yang berzina. Ada lelaki suka 1 perempuan dan ada yang suka ramai perempuan.
    Ada lelaki suka lelaki, kahwin ke tidak kahwin ke, memang berdosa.

    Apabila perkara ‘suka’ ini berlaku, NAFSU juga akan datang menodai. Samada nafsu berahi atau nafsu suka. Pada dasarnya, cabaran akan tetap datang. Dugaan akan tetap datang seperti mana yang telah dijanjikan oleh syaitan dengan Allah. Sebab syaitan hanya menunaikan perjanjiannya dengan Allah, iaitu menodai manusia sampai kiamat.
    Oleh itu, kita sebagai manusia hanya mampu membimbing antara satu sama lain. Jangan mengutuk atau membenci sebab kalau kita membenci dan mengutuk sesama manusia, kita juga mewarisi perangai syaitan. Ya benar!!! mungkin kita bernasib baik disebabkan kita mungkin lelaki yang bisa menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai lelaki sejati. Kita bisa mencintai perempuan dan merasai naluri dan nafsu dengan perempuan. Tapi tidak bermakna kita membenci dan mengutuk manusia lain yang sedikit kekurangan nya daripada kita atau sedikit kelebihan nya daripada kita.
    Yang kita mampu hanyalah memberi pandangan dan pendekatan yang positif agar kita juga mampu mempelajari dari ketidaksempurnaan orang lain dan diberikan keberanian agar dapat membimbing hamba Allah yang lain. Dan sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

    Kita mungkin didepankan dengan berbagai cabaran seperti melihat pasangan gay atau pasangan bukan muhrim atau apa sahaja ketidaksempurnaan manusia yang lain. Adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim dengan sempurna? “Amar makruf, nahi mungkar….” Mengajak kepada kebaikan dan menghalang kepada kemungkaran.

    ‘Inalillahi Wainalillaihi Rajiun’ :

    Kita akan bersama di hari akhirat dan janganlah kita membenci sesama insan. Bimbinglah yang lain dengan cara yang betul, bukan dengan cara membenci sesama insan. Straight, gay atau pengkit cumalah orientasi sex / label dan merupa nafsu manusia adalah modal utama untuk syaitan mempengaruhi manusia. End of the day kita hanyalah manusia yang mampu belajar dari ketidaksempurnaan manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s