19 Ramadhan 1430H

DSC02179(edited)

Tarawikh di Masjid Lebai Hashim malam itu diserikan lagi dengan kuliah oleh Ustaz Abdullah Khairi selepas itu. Guru fizik & pendakwah bebas itu sebelum ini saya hanya kenali melalui vcd & video file dalam koleksi saya. Pernah juga saya tayangkan ceramahnya di Surau An-Nur Teknik Likas sebelum ini & ia memang antara tayangan yang diingati.

Bagi penduduk di sini mungkin sudah biasa dengan ceramah beliau, tapi bagi saya yang baru di sini, inilah kali pertama mendengar kuliah beliau secara live, & memang tidak menghampakan, selain memberi kesan insyaAllah.

Ust. Abdullah dalam kuliahnya mengingatkan para jemaah tentang 3 golongan malang/ celaka seperti doa dalam doa Jibrail yang diaminkan sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w. Satunya ialah mereka yang tidak berselawat apabila disebut nama Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan Islamnya kita ini adalah melalui dakwah & pengorbanan Rasulullah s.a.w., manusia yang paling menyayangi kita. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 107:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

Ust. Abdullah turut mengingatkan jemaah tentang kepentingan Al-Quran, kerana AL-Quran adalah ‘instruction manual’ yang diturunkan Allah untuk manusia yang meliputi semua panduan yang diperlukan manusia.

Beliau turut menceritakan tentang bekas paderi Yusuf Estees & Yusuf Islam (superstar Cat Stevens)* yang memeluk Islam selepas dipertemukan dengan Al-Quran, & juga orang yang menzahirkan akhlak di dalam Al-Quran.

(*Berikut ialah video kisah bagaimana mereka menemui Islam. Untuk sambungannya, boleh terus ke youtube.)

Golongan malang & celaka yang seterusnya pula adalah orang yang ada ibubapa tapi masuk neraka, merujuk kepada mereka yang tidak berbuat baik kepada ibubapa, & tidak menarik ibubapa mereka kepada Islam. Ust. Abdullah memberi contoh bagaimana sahabat Rasulullah s.a.w. Saad yang kerana ketegasannya & kasih sayangnya telah membawa ibunya kepada hidayah Islam.

Kisah Ibu Bermata Satu

Ust. Abdullah mengingatkan hadirin supaya sentiasa berbuat baik & berdoa untuk ibubapa, terutamanya di bulan yang mulia ini. Beliau turut menceritakan tentang kisah seorang anak & ibu buta. Walaupun ini bukan pertama kali saya diperdengarkan dengan kisah tersebut, Ust. Abdullah telah menceritakannya dengan sangat baik sehingga ramai hadirin yang tersentuh, termasuklah saya sendiri.

*Klik link ini untuk kisah tersebut dalam versi komik animasi yang menarik;

http://mat3w.deviantart.com/art/Kisah-Ibu-Bermata-Satu-197382895

*Berikut ialah kisah tersebut yang telah divideokan secara ringkas

Golongan malang/ celaka yang ketiga pula ialah mereka yang di kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang berkesempatan dengan Ramadhan, tapi Allah tidak mengampunkan dosanya. Iaitu mereka yang tidak menggunakan Ramadhan ini untuk beribadah sesungguhnya & memohon ampun dariNya, yakni mereka mensia-siakan Ramadhan mereka.

Berkenaan ibadah, Ust. Abdullah Khairi memberi contoh Sayidina Umar al-Khattab r.a. yang zuhud & sentiasa khusyuk dalam solat. Beliau menceritakan bagaimana Sayidina Umar r.a. telah ditikam ketika beliau sedang solat yang membawa kepada kematiannya, pun tetap meneruskan solat kerana kekusyukannya, lantas mati di mihrab Nabi s.a.w. Justeru Ust. Abdullah menyeru hadirin supaya istiqamah ke masjid kerana itulah sifat-sifat orang yang dekat dengan Allah.

Waktu yang tak lama, tapi penuh dengan pengisian bermanfaat, insyaAllah. Syukran ustaz.






Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s