5/5/2010M Rabu

Malam itu Surau Al-Amin diimarahkan dengan satu ceramah yang disampaikan oleh Dr. Jamnur Azhar Mulkan. Alhamdulillah, ceramah malam itu mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari para pelajar, bahkan para guru.

Ceramah malam itu saya kira terdiri dari 2 bahagian. Bahagian pertama, Dr. Jamnur banyak menceritakan tentang pengalamannya dalam misi keamanan di Palestin, selain memberi kesedaran kepada kami tentang perlunya kita terus memboikot Yahudi dengan tidak membeli produk-produk yang menyokong mereka. Saya pernah menyentuhnya dalam liputan ceramah beliau di masjid Tok Lebai Hashim sebelum ini.

Dalam bahagian kedua, Dr. Jamnur juga mengingatkan kami tentang betapa perlunya umat Islam mencintai ilmu, meningkatkan ilmu supaya Islam kembali gemilang & mendahului, & supaya dengan ilmu itu, kita boleh membantu mereka yang memerlukan.

Beliau mengimbas bagaimana beliau dibesarkan oleh ibubapanya yang merupakan penoreh getah, & mereka hidup dalam serba kekurangan. Pun begitu, keluarga itu tidak menjadikan kesusahan mereka sebagai alasan untuk mengalah, bahkan semakin menguatkan semangat mereka, samada ibubapanya, mahupun anak-anak mereka. Akhirnya, kesemua anak-anak mereka menjadi graduan Universiti Al-Azhar. Dr. Jamnur sendiri merupakan pelajar perubatan yang mendapat Kelas 1 & merupakan pelajar terbaik dalam bidangnya waktu itu. Cintanya kepada ilmu menyebabkan beliau terus menyambung pelajarannya ke peringkat PHD & bahkan hingga kini, Dr. Jamnur terus mengambil pengajian dalam bidang ilmu yang pelbagai.

Allah mengangkat darjat seseorang itu kerana ilmunya, & memanglah orang yang mencintai ilmu & menggunakannya sebaiknya itu bukan sahaja mengangkat darjatnya, malahan memberi ilmu yang bermanfaat pula kepada orang lain. Saya masih ingat lagi satu ceramah berkenaan Israk Mikraj yang disampaikan oleh Dr. Jamnur di Surau Taman Austral, KK, Sabah satu masa dulu. Beliau menerangkan tentang perjalanan Israk Mikraj Rasulullah s.a.w. berdasarkan Al-Quran, hadis, & teori fizik sekaligus, menjadikan kami dapat melihat secara saintifiknya betapa logiknya perjalanan itu, betapa kuasa Allah itu memang hebat & perjalanan itu bukanlah sesuatu yang mustahil.

Sambutan ceramah malam itu pula sangat baik sehinggakan ceramah selama hampir 2 jam itu dirasakan tidak cukup oleh para pelajar sehingga mereka meminta ia dipanjangkan.

Apa-apapun, terimakasih Doktor. Moga Dr. terus meyampaikan ilmu & bakti di mana sahaja Dr. berada. Moga Allah membalas amal ikhlasmu dengan kebaikan.

Amin.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. yazid says:

    http://news.yahoo.com/s/nm/20100902/lf_nm_life/us_britain_hawking

    minta klarifikasi tentang stephen hawking. mungkin ceramah doktor dulu salah rujukan.

    • inksensei says:

      Saya x pasti sdr meminta pd dr. jamnul atau saya, tapi ini bukan blog dr jamnul, walaupun saya adalah peminatnya.
      Anyway, berkenaan Stephen Hawkin, saya pernah menghormati ilmunya sebelum ini, tapi selepas kenyataannya yg berkenaan itu, bagi saya dia cuma layak dikasihani.
      Ilmu yg menafikan Tuhan tidak akan berguna satu sen pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s