Dipetik dari http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

 

Oleh: Pria Malaya

Siapa kata kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu? siapa kata kerajaan negeri mengabaikan rakyatnya?..Terbukti sudah, kerajaan negeri Kelantan menjadi pelopor perubahan demi perubahan…

Hari ini, kerajaan negeri berjaya mengadakan majlis perkahwinan perdana melibatkan 100 pasangan muslim termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan Orang Asal…kerajaan negeri telah membiayai sepenuhnya mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan utk pasangan raja sehari ini..

Alhamdulillah, ‘kesakitan’ dan kesusahan akibat bahana kenaikan harga barang (oleh kerajaan BN) terubat sedikit dengan bantuan ikhlas kerajaan negeri Kelantan kpd pasangan yang mahu membina rumah tangga…

Kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz, tahniah penulis ucapkan..semoga menjadi ikutan negeri2 yang lain..wallahua’lam…


Wang tunai sebanyak RM500 daripada pihak kerajaan negeri. Kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukkan pemberian wang dinar (RM700) dan wang tunai RM500 untuk setiap pasangan


Kata Tuan Guru; “Saya berkahwin pada tahun 1962 dengan maskahwin sebanyak RM100, alhamdulillah kekal hingga ke hari ini. Untuk anak-anak saya, saya letakkan harga maskahwin tidak melebihin RM1000. Pesan saya, janganlah letakkan maskahwin yang tinggi menyebabkan urusan perkahwinan menjadi sukar…”

Ribuan saksikan Kahwin Perdana 100 pasangan

PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.

Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.

“Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing”ujar beliau.

Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.

“Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dan diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah”kata beliau.

Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudah matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.

Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan

inksensei: baca lagi di sini;

http://idhamlim.blogspot.com/2010/12/101-pasangan-nikah-serentak

About these ads

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

7 responses »

  1. nans za says:

    Alhamdulillah ke hadrat Illahi selesai sudah Majlis Kahwin Perdana dan tercapai juga hajat pasanga2 kita menjadi suami isteri, tahniah kepada semua pasangan dan Selamat Pengantin Baru semoga kekal ke anak cucu…
    Harap2 tahun depan dapat buat Book Of Record plak..Insyallah!!
    Tahniah juga pada Tok Guru kita!! I Love You Tok Guru.!!

    • sha says:

      bila plak nk wat nie???nk join gak…..yg 25/12/10 tue terlepas la….information lmbt sampai…hope 2011 akan ade la plak,……

  2. noor asiah mohd nor says:

    bila plak nk buat????cm na cara nak join kahwin perdana ni??

  3. bile plak buat ni…?? arap2 tahun nie buat lagi,,,

  4. ida says:

    sweet je tengok tn guru dan isteri. :)

  5. ilhamic says:

    Salam.. Kami akan menganjurkan Majlis Perkahwinan Secara Beramai-ramai “CIC i-Marriage Hub” dengan PERCUMA pada 30 November 2013 ini !! Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Pegawai Kami -> Cik Syazwani/ Encik Ilham 03-41427460 atau emel untuk dapatkan detail dan borang download sini –> http://goo.gl/iU4Pf (imhub@ct-one.com.my)

    p/s: sila sebarkan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s