18.11.2012 : Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang – Presiden PAS

Video dari terengganukini

Berikut adalah ringkasan intisari daripada sahabat, Ust. Afnan Hamimi Taib Azzamuddin;

Dalam ucapan wakil pembahas, ada yang manis masin pahit dll. Ini ramuan rempah ratus yang tak ada kesan sampingan.

Pertahankan bahasa Melayu & memperkasakan bahasa kebangsaan. Untuk belajar ilmu asas, mesti dengan bahasa kita sendiri. Untuk ilmu-ilmu lain barulah guna bahasa asing.

Raja – Pertahankan institusi raja berpelembagaan.

PAS akan terus mempertahankan tahaluf siyasi. Bersama dalam titik persamaan, & berbeza dalam titik perbezaan.

Istilah KAFIR HARBI disalahertikan.

Sebuah kedai cina boleh hidup di kampung Melayu.

Atas nama kaum tidak boleh bersatu. Parti perkauman sudah tidak relevan. Atas nama Islam semuanya selamat.

PAS adalah mata rantai perjuangan.

PAS menjadi parti Islam yang mendahului rakan-rakan yang lain dalam beberapa perkara:-

1. Mewujudkan Majlis Syura. Kumpulan lain tiada majlis syura. Majlis Syura tidak terbelenggu tidak jumud, melibatkan golongan profesional jika ada perkara yang perlu libatkan mereka.

Tak timbul istilah ulama, profesional, kumpulan itu kumpulan ini. Tak timbul kumpulan laga ayam dalam PAS.

2. Tahaluf siyasi

Semua keputusan kita termasuk tahaluf dibincangkan secara syura. Semua tahaluf siyasi kita tak pernah rugi.

3. Mendahului perlaksanaan syariat ikut proses demokrasi.

Kita laksanakan dengan kadar yang kita dapat. Isteri kita bagi sepinggan nasi, kita kata tak cukup. Sabar, tunggu dia masak lagi. Sabar.

Timbul berbagai pandangan, itu ada. Kerana kita didatangi oleh ahli yang perbagai. Tapi bila masuk PAS kena ikut PAS!

Rumah besar banyak bilik, semua pakat nak masuk. Ada yang bertukar bilik, tak kenal mana bilik air. Riuh lah sekejap. Lepas tu reda lah.

4. PAS satu-satunyanya gerakan Islam yang berdaftar sebagai parti politik.

5. PAS melibatkan diri dengan isu antarabangsa. Bashar Asad kena turun. Dia zalim.

6. Isytihar harta. “Saya org pertama sokong pemuda utk ishtihar harta.” Kita nak jadi pemimpin yang baik & adil. Kena isytihar harta.

7. Persediaan pilihanraya. Jangan terburu-buru.

Kisah TG dgn Ust Azizan nk pergi mengail ikan. Sebelum pergi, Ust Azizan dah suruh siapkan rempah nak masak ikan jenahak ikan siakap. Tengok-tengok dapat ikan belukang (tak boleh makan) seciput jer. Saya harap yang ini tak berulang (berseloroh-hadirin ketawa).

Mesti buat persiapan utk sebelum, semasa, selepas pilihanraya.

Tahan menghadapi gelombang yang besar. Pening tidur dulu, mabuk makan ubat. Doktor kita ramai. Jangan terjun, jerung banyak di bawah. Jangan ganggu kapten kapal nak ubah laluan, kita dah ada kompas. Tapi kalau nak terjun juga kita tak halang. Kalau kecoh-kecoh juga, kita lempar ke luar.

PAS bersama Pakatan Rakyat

Membujur lalu melintang payah

Terus berjuang Islam berdaulat

Jgn melulu jgn melatah.

Baca lagi;

bm.harakahdaily.net/Penyataan-penting-Presiden-PAS-semasa-penggulungan

Video berkaitan:

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s