Pada Isnin 16 Februari yang lalu, di Surau An Nur Teknik Likas,  berlangsung majlis penyerahan sumbangan untuk Palestine bersama wakil Yayasan Amal Malaysia (cawangan Sabah) & AJK Pusat Islam Politeknik KK. Yayasan Amal diwakili oleh sahabat baik saya, En. Saifudin & bersama-sama beliau, 3 orang AJK Pusat Islam Poli yang terdiri daripada seorang muslimin & 2 orang muslimat yang comel. Majlis yang dimulai selepas solat maghrib itu dimulai dengan penerangan mengenai Yayasan Amal dikuti oleh penerangan mengenai Pusat Islam Poli. Ia diakhiri dengan majlis penyerahan sumbangan untuk Palestine kepada Yayasan Amal sebelum kami sama-sama solat Isyak berjemaah.

Ust. Haswazie & En. Saifudin (Yayasan Amal Malaysia)

Ust. Haswazie & En. Saifudin (Yayasan Amal Malaysia)

Ada beberapa perkara yang membuatkan saya gembira pada malam itu. Pertama, saya dapat melihat keprihatinan pelajar SMT Likas mengenai isu Palestine & mereka juga kelihatan berminat dengan penerangan mengenai Pusat Islam Poli. Diharap lebih ramai anak-anak muda Sabah dapat sama-sama membantu menyuburkan Islam & memajukan umat Islam di Sabah pada masa akan datang.

Penerangan daripada AJK Pusat Islam Poli.

Penerangan daripada AJK Pusat Islam Poli.

Kedua, disebalik masalah yang saya sedang hadapi & kemungkinan saya akan berpindah pulang ke Semenanjung, berkenaan dengan Surau An-Nur, saya kini dapat menarik nafas lega apabila saya dapat melihat yang Ustaz Haswazie (baru posting) memberikan komitmen yang baik kepada surau, bahkan mempunyai banyak idea-idea untuk meningkatkan ilmu Islam kepada pelajar di SMT Likas ini. Pada malam esoknya, saya telah mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan beliau, & saya dapati beliau adalah seorang penyampai yang baik & pelajar tidak bosan dengan gaya penyampaiannya. Moga Allah memberi kekuatan & semangat untuk Ustaz Haswazie yang sentiasa murah dengan senyuman ini untuk memajukan & menghidupkan lagi Surau An-Nur.

Dan yang paling menggembirakan, pada malam tersebut, seorang pelajar berbangsa dusun telah melafazkan syahadah di Surau An-Nur, dalam satu majlis tertutup ringkas yang diadakan. Berkat dari kerjasama & maklumat yang diberikan oleh beberapa orang pelajar & guru, saudari muslimat baru ini kini telah kembali kepada fitrahnya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Diharap kita dapat terus menyebarkan dakwah Islam, samada kepada yang sudah Islam mahupun belum, kerana itulah yang dilakukan oleh kekasih yang tercinta; Nabi Muhammad s.a.w.

Kegembiraan ini adalah anugerahNya.

Kegembiraan ini adalah anugerahNya.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

6 responses »

  1. yus says:

    kenanagan masa lalu tidak akan saya lupakan kepada kawan2 selamat berjuang menmpuh kehidupan di luar sana……smt likas is the best…

  2. yus says:

    syukurlah……nampak nya kita ada sudara baru….
    an- nur memang perihatin teruskan usaha…
    wpun saya tiada di sana tapi rasa semangat sir ink
    dan adik2 di sana mmg berkobar2….
    saya bangga dengan ajk surau an nur
    yang begitu perihatin dengan pelajar2 yang bukan islam….
    TERUSKAN USAHA MURNI ANDA SUME AN-NUR IS THE BEST

  3. ALAI auto07/08 says:

    kngan brsma rkn2 d smt likas x akan sya lpakn…kpd mreka yg mghdapi spm 2009 buat dgn STEADY..kpd guru2 sya amat brterima kasih atas pgorbanan yg x brbela bagi…..SMOGA KTA BRTEMU LAGI D WAKTU YG LAIN DGN MMBAWA KJAYAAN BRSAMA…..-ALAI JB auto-07/08

  4. ALAI auto07/08 says:

    AN-NUR crew TETAP STAR….kmi bkas pljr LiTech’S tetap mnyokong walau siapa pun yg mnerajui pntadbiran AN-NUR…kpd Mr Ink,kmi amat2 brterima kasih atas sgala pgorbanan yg telah Sir curah kpd kmi dan AN-NUR smoga Sir mndapat limpahan rezeki dan rahmat dr yg Maha Esa..bersabarlah atas dugaan yg Sir terima…….By::ALAI JB..auto.07/08

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s