21 Feb. 09

Lebih kurang jam 2.45 ptg., Ckg. Anuar bersama-sama saya & sdr. Amin telah bertolak ke Kota Marudu untuk Program Penerangan & Kutipan Derma Palestine. Sebenarnya ini adalah penerusan kepada program yang sama yang saya turut ikuti di Tawau sebelum ini. Seingat saya, saya masih belum pernah ke Kota Marudu ataupun Kudat, jadi perjalanan ini memang menarik.

Dalam perjalanan ke K. Marudu, saya yang tidak sempat makan tengahari kerana program yang berlangsung di Surau An-Nur pagi itu, dibelanja jagung bakar oleh Ckg. Anuar. Ia dibeli di sebuah gerai di tepi jalan. Menarik kerana cara jagung itu dibakar berbeza dari yang saya biasa lihat di Semenanjung. Kalau di tempat saya, jagung dibakar macam sate & disapu planta. Tapi sebenarnya, cara di Sabah ini lebih menyihatkan. Rasanya pun sedap. =)

pic_0278edited

Kami tiba di Taman KDC, Kota Marudu petang itu, bertemu dengan sahabat-sahabat jemaah di Pasti al-Hikmah.

Bersama sahabat-sahabat di K. Marudu; Ust. Khairul & rakan-rakan

Bersama sahabat-sahabat di K. Marudu; Ust. Khairul & rakan-rakan

Di Tmn. KDC itu juga, kami sempat menziarahi seorang ustazah yang kehilangan suami beliau akibat satu kemalangan. Diharap beliau sabar & tabah dengan ujian & ketentuanNya. Ckg. Anuar mewakili jemaah turut menyampaikan sedikit sumbangan untuk beliau & keluarga.

pic_0280editedMalam itu, selepas solat maghrib, kami di Masjid Pekan Lama Kota Marudu untuk Ceramah Penerangan & Kutipan Derma Palestine. Ckg. Anuar dalam ceramahnya menerangkan mengenai perkembangan terkini Yayasan Amal, HAMAS, & penerangan mengenai Zionis & Palestine. Kami juga turut membuat tayangan & gerai jualan.

Masjid Pekan Lama Kota Marudu

Masjid Pekan Lama Kota Marudu

dsc007561

Selepas itu, kami kembali ke Pasti Tmn. KDC untuk program Liqa’ Tafaqquh, Majlis Perpisahan & Meraikan Guru-guru baru.

Ceramah Tafaqquh pula disampaikan oleh Ckg. Anuar, diikuti oleh penyampaian cenderahati, tayangan & jamuan.

dsc00759edited

Selepas majlis tamat, di tempat yang sama, Ust. Khairul & rakan-rakan jemaah K. Marudu telah mengadakan mesyuarat bersama Ckg. Anuar berkenaan pelbagai perkara. Saya dapat melihat, rakan-rakan jemaah K. Marudu ini sangat bersemangat & mempunyai pelbagai perancangan menarik untuk menarik penduduk di sini kepada Islam yang syumul. Mereka juga mempunyai kelebihan dalam ilmu perubatan Islam & difahamkan mereka juga membuka klinik untuk tujuan itu.  Moga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, insyaAllah. ‘Jika kamu tolong Allah, Allah pasti tolong kamu.’

Malam itu seperti biasa, kami tidur di ‘villa’ PASTI al-Hikmah =).

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s