22 Feb. 09

Pagi itu, selepas bersarapan bersama sahabat-sahabat Kota Marudu, kami menuju ke Kudat untuk satu lagi program pagi itu di Masjid Ar Riyasi, Kg. Tg. Kapur.

Masjid Ar Riyasi, Kg. Tanjong Kapur, Kudat

Masjid Ar Riyasi, Kg. Tanjong Kapur, Kudat

.Di sana kami turut mengadakan pameran mengenai aktiviti-aktiviti Yayasan Amal, termasuk misi di Palestine baru-baru ini. Sdr sdri boleh rujuk artikel sahabat saya; Salman di http://bayugunung.blogspot.com/ (pautan ‘Brothers in Islam’) yang bertajuk ‘Langit Gaza.’ Artikel itu berkenaan peneranganTimb Presiden Yayasan AMAL Malaysia En Jamuliddin Elias atau Abg. Jamal menceritakan semula pengalaman beliau kepada pelajar-pelajar Matrikulasi Labuan sepanjang berada di Gaza sebelum dan semasa perang meletus. Satu artikel yang sangat menyentuh hati.

Agak ramai juga yang datang untuk ceramah pagi itu, termasuk pelajar-pelajar SM Teknik Kudat. Saya difahamkan masjid ini memang sentiasa mengadakan program mingguan seperti ini. Syabas kepada AJK yang terlibat. Diharap usaha ini akan sentiasa berterusan.

Dalam ceramahnya, Ckg. Anuar turut mengingatkan supaya membantu, berdoa, & mengambil tahu mengenai saudara-saudara Islam kita di Mindanao, yang turut menderita & sedang gigih berjuang untuk memastikan Islam terus berdaulat di sana. Kalau di Asia Tenggara ini ada Palestine, Mindanao itulah tempatnya.

dsc00762editeddsc00764edited1

Alhamdulillah, kutipan sumbangan Palestine yang dapat dikutip pada pagi tu mencapai RM800 lebih. Orang Kudat memang prihatin.

PASTI al-Furqan, Kudat

Di PASTI al-Furqan, Kudat

Selesai program di sana, kami ke PASTI al-Furqan sekejap sebelum makan tengahari.

Selepas itu, kami singgah di Masjid Kg. Ayer untuk solat.

Masjid Kg. Ayer, Kudat

Masjid Kg. Ayer, Kudat

dsc00771

Selepas solat, kami ke Kedai Ubat Siddiq Ent. di bandar Kudat untuk penghantaran produk dari Aslam Niaga (kedai Ckg. Anuar).  Okay juga kedai ni, banyak produk kesihatan & kosmetik yang bagus-bagus.

Di Kedai Ubat Siddiq, bandar Kudat

Di Kedai Ubat Siddiq Ent., bandar Kudat

Selesai urusan di sana, Ckg. Anuar selaku seorang ‘family man’ yang baik, singgah di Pasar Ikan untuk beli lauk.

Antara yang menarik perhatian di Pasar Ikan

Antara yang menarik perhatian di Pasar Ikan

Kami teruskan perjalanan pulang. Dalam perjalanan, di simpang 3, di Kg. Damai, kami singgah di gerai untuk beli kacang panggang tempatan & kerepek ubi. Saya tertarik dengan keunikan di gerai-gerai ini dimana produk-produknya digantung rendah. Sangat praktikal untuk kanak-kanak & OKU.

dsc00775editeddsc00777edited

Kemudian kami singgah di pekan Kota Belud sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KK. Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s