Firman Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:

“Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Itu adalah ayat yang dibaca oleh Ust. Akmal dalam pendahuluan ucapannya sesi dialog untuk Program Taklimat & Dialog Gerakan Mansuh PPSMI. Taklimat disampaikan oleh Sdr. Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor di Idaman Villa, Putatan.

Sdr. Khairul Faizi

Sdr. Khairul Faizi

Ustaz Akmal menekankan kepentingan menggunakan bahasa ibunda dalam pembelajaran dengan membawa kami berfikir tentang solat. Seperti kita belajar untuk solat, kita belajar solat dalam bahasa masyarakat kita. Kalau dalam masyarakat Inggeris maka ia diajar menggunakan bahasa Inggeris, begitu juga dalam masyarakat melayu atau Malaysia, ianya diajar dalam BM, walaupun bacaan solat itu sendiri wajib dibaca dalam bahasa Arab. pic_0291edited Saya juga tertarik dengan ucapan Sdr. Jeff, AJK AMK yang berbangsa Cina Kadazan yang bekerja sebagai seorang jurutera. Beliau menyatakan bahawa yang penting dalam pembelajaran ialah faham, jadi sesuatu itu perlu dipelajari dalam bahasa yang paling mudah untuk kita faham, seperti yang dilakukan oleh bangsa Jepun & Korea.

Sebenarnya sejak ia mula dicadangkan, saya sememangnya tidak setuju dengan dasar tersebut. Saya pernah menulis mengenainya & ia pernah disiar dalam akhbar Mingguan Wasilah bertarikh 4 Mac 2007. Ada 3 sebab yang saya kemukakan . Pertama, pencapaian B. Inggeris hanya dapat dipertingkatkan dengan mengubah sukatan pelajaran subjek itu, bukannya mengubah subjek lain yang tiada kena mengena. Kedua, kita tidak perlukan B. Inggeris untuk maju, yang kita perlukan ialah menaiktarafkan & mempromosikan bahasa melayu itu sendiri. Yang ketiganya, jika ini diteruskan, bahasa melayu akan terus dipinggirkan. Itu secara ringkasnyala. Kalau mahu penjelasan yang lebih lengkap & menyeluruh, boleh baca artikel saya tu;

new-bi_0003edited1(Maaf jika bahagian sebelah kanan itu kurang jelas…tidak muat scan =)

ppsmi-x_0003

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. Atriza says:

    Satu pendedahan yang berguna.. Syukran atas perkongsian ini.

  2. syukran.
    makin bertambah pengetahuan sy tentang isu ni.
    perkongsian yg tepat pada masanya sy kira.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s