Pada Khamis 5 Mac 2009, KK. telah didatangi oleh YB Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu dalam rangka lawatan sempena kemenangan beliau yang mewakili PAS di Kuala Terengganu baru-baru ini, selain menjelaskan isu-isu yang melibatkan Pakatan Rakyat termasuklah isu di Perak, yang mana maklumat mengenainya banyak disembunyikan, selain dari diselewengkan oleh media perdana.

YB Abdul Wahid, yang saya panggil ‘Abg. Wahid’ sebenarnya adalah sepupu saya, & beliau sepertimana yang saya kenali adalah seorang yang sangat mesra, menghormati orang tua, & sangat menekankan Islam dalam kehidupan keluarganya seharian. Di kawasannya, beliau memang dihormati penduduk tempatan kerana keprihatinannya & sikapnya yang merendah diri & mesra rakyat.

Program bermula di Surau Riyadhussolihin dimana beliau memberi pengisian untuk kuliah maghrib.

pic_0304editededited

Pukul 8 mlm, program Ceramah Umum bermula di Hotel Palace, KK. Turut bersama malam itu, rakan-rakan pimpinan PR dari PRM & DAP.  pic_0329editedpic_0326editedpic_0324edited

pic_0323

Banyak maklumat & pendedahan telah disampaikan oleh para pimpinan PR pada malam itu terutama mengenai isu Perak, keadilan dan lain-lain. Tuan Hj. Ansari sebagai contoh, banyak mendedahkan bagaimana kerajaan membelakangkan undang-undang untuk survival mereka dalam satu ‘desperate moves’ untuk merampas kuasa.

Masa untuk berubah...

Masa untuk berubah...

YB Abdul Wahid juga telah mendedahkan pelbagai perkara selain menceritakan pengalamannya & PAS dalam menghadapi tekanan berat sebelah & bagaimana kerajaan PAS Terengganu sebelum ini telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meringankan beban rakyat.
Saya tertarik dengan 5 pesanan YB Abdul Wahid berhubung perjuangan untuk mencapai kejayaan. Yang pertama ialah, ‘jangan cari musuh, & jumpa musuh jangan lari.’ Kedua, istiqamah, iaitu usaha & semangat yang sentiasa berterusan, tak kira dalam keadaan susah atau senang. Ketiga, hendaklah berserah kepada Allah, tawakal & sentiasa percaya kepada pergantungan kepadaNya. Keempat, jangan berpecah, elakkan permusuhan sesama sendiri & sentiasa bersatu. Yang kelima-sabar. Perjuangan mungkin akan mengambil masa yang lama, menghadapi pelbagai cabaran & rintangan…oleh itu ingat, mesti SABAR.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s