Khamis 5 Mac 2009 menyaksikan satu perkara yang bersejarah & penting dalam hidup saya kerana misi perjuangan dakwah saya melalui perniagaan & penyebaran maklumat telahpun bermula. Dengan rendah diri saya yang banyak kekhilafan ini sebenarnya sedang merancang & cuba untuk menubuhkan satu perniagaan produk islamik yang berfokus kepada remaja & mengikut trend terkini, tanpa mengorbankan nilai-nilai Islam yang sempurna.

STAY ALiVE adalah nama premis ataupun kedai yang saya impikan dengan bermatlamatkan STAY ALiVE 2:154. Ia merujuk kepada firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah ayat 154 yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.”

Salah satu matlamat STAY ALiVE adalah menjual & menyediakan produk-produk Islamik yang mesra remaja & mesra pengguna & menyediakan tapak bagi umum terutamanya remaja untuk mendekatkan & melibatkan diri dengan Islam, melalui sokongan kepada aktiviti & penjualan produk-produk Islamik, di bawah satu premis. Itu & antara lain adalah untuk menyediakan mereka kepada kesedaran untuk berada dalam Islam & seterusnya memperjuangkan Islam hingga ke satu tahap mereka ingin mencapai cita-cita untuk mendapat kemuliaan syahid di jalan Allah.

InsyaAllah, ini baru langkah kecil pertama. Perjuangan ini sangat sukar & masuh panjang. Pun begitu, saya yakin dengan janji Allah, Islam itu akan kembali menjadi mainstream, & bukannya sebagai alternatif semata-mata. Doakanlah saya berjaya, doakanlah kami berjaya. Allahuakbar.

Pada 5 Mac itu, sempena ceramah YB Abdul Wahid Endut di Palace Hotel, STAY ALiVE telah membuka kiosk yang menjual produk pertama kami, t-shirt yang terdiri dari 3 rekaan; Palestine, HAMAS, & STAY ALiVE 2:154. Penjualan T-Shirt ini adalah hasil kerjasama di antara STAY ALiVE & DinarBayu. Ini adalah projek untuk mengutip dana bagi menampung program amal masyarakat di Suuk, Pensiangan.  Sebahagian hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung program tersebut.

pic_0305

Sdr. Nadir banyak membantu pada malam itu

3 design yang pertama, & produk dari Mu'ad & Algebra

3 design yang pertama, & produk dari Mu'adz & Algebra

pic_0330edited

Para pejuang muda dengan baju design "I'm a HAMAS suppoter'

InsyaAllah, produk-produk kami akan mula diiklankan di blog ini. Teruslah mengikuti perkembangannya di STAY ALiVE 2:154. Terimakasih atas sokongan anda =)


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s