6 Mac 09

Selepas majlis di Surau Flat, saya telah singgah di Surau An-Nur. Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang, usrah muslimat aspuri telahpun bermula. Ada 2 naqibah dari UMS yang datang petang itu.

Saya amat berharap agar pelajar-pelajar muslimat dapat mengambil kesempatan ini untuk memperbaiki diri & mendekatkan lagi diri mereka dengan Allah & Islam. Saya teringat kata-kata Ckg. Anuar dahulu; usrah yang berjaya adalah usrah yang  juga menjadi tempat untuk meluahkan perasaan & berkongsi masalah. Kakak-kakak dari UMS ini telah bersusah payah datang ke surau kita untuk berkongsi ilmu & pengalaman mereka. Adalah sesuatu yang amat merugikan sekiranya kita tidak mahu merebut kesempatan yang baik ini. Saya harap penyertaan muslimat aspuri akan bertambah & tidak hanya terdiri daripada orang yang sama sahaja.

Salah satu kumpulan usrah pada petang itu

Salah satu kumpulan usrah pada petang itu

Kakak-kakak UMS turut memberitahu saya tentang perlunya ada kelas al-Quran untuk pelajar muslimat. InsyaAllah perkara ini akan diusahakan.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s