Jumaat 6 Mac 09

Malam itu saya bersama Caya & Zaim ke Surau Riyadhussolihin Taman Austral untuk misi mengutip dana Jambori Amal melalui jualan t-shirt keluaran STAY ALiVE dll.

STAY ALiVE crew sedang bertugas...

STAY ALiVE crew sedang bertugas...

Pihak surau telah mengadakan program ceramah yang disampaikan oleh Tuan Hj. Ayub, bekas paderi yang pernah mendapat pangkat ‘Pengampun Dosa Antarabangsa’ atau ‘International Forgiver of Sin’ oleh pihak gereja Kristian antarabangsa.

pic_0343edited

Saya tertarik dengan cerita beliau tentang bagaimana penduduk Islam kampung beliau; Kg. Pelanduk Jatuh, P. Pinang mengamalkan budaya memberi makanan kepada jiran-jiran, tanpa mengira agama atau latarbelakang jiran mereka. Penduduk kampung tersebut telah berjaya menonjolkan keindahan Islam melalui tingkah laku mereka. Dakwah bil hal beginilah yang sebenarnya patut diamalkan & dicontohi oleh setiap umat Islam. Perlakuan mereka itu secara tidak langsung telah memberi imej yang baik kepada Islam, seterusnya menarik mereka yang belum Islam untuk mendekati Islam.

Hj. Ayub turut menerangkan bagaimana di dalam agama Kristian, dosa boleh diampun oleh manusia, iaitu melalui paderi.  Dapat dilihat disini betapa besarnya kerosakan yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia sehinggakan manusia diberikan kuasa yang selayaknya hanya dimiliki oleh Allah, kerana manusia itu sendiri penuh dengan kekhilafan & ketidaksempurnaan.

Seperti biasa, jemaah Surau Riyadhussolihin memenuhi ruang surau, samada muslimin ataupun muslimat. Mungkin ini adalah antara surau yang paling aktif & paling hidup di KK, kalaupun bukan yang paling aktif. Tak perlulah melabelkan ini surau PAS ataupun surau Semenanjung, kerana yang lebih penting ialah pengimarahan rumah Allah itu, kerana itu adalah tanggungjawab setiap umat Islam, tak kira latarbelakang tempat, bangsa, parti, atau apa saja perbezaannya. Saya difahamkan surau ini pernah mendapat kutipan sebanyak RM 80 000 untuk majlis sumbangan untuk anak-anak yatim pada bulan Ramadhan yang lepas, satu jumlah yang cukup besar, menunjukkan keprihatinan jemaahnya, juga menunjukkan bagaimana berjayanya jemaah surau ini menggerakkan kerja dakwah mereka.

Saya rasa, masjid-masjid besar di KK pun tak dapat kutipan sebanyak itu. Kadang-kadang saya rasa sedih melihat masjid-masjid besar di KK ini menggunakan banyak peruntukan kewangan yang mereka ada untuk mencantik atau mempebesarkan masjid. Bukanlah salah, cuma saya terfikir alangkah baiknya kalau peruntukan wang yang besar itu digunakan untuk membuat program-program berterusan untuk mengimarahkan masjid, sekaligus mendekatkan masyarakat dari segenap lapisan untuk dekat kepada Allah. Sedih bila melihat masjid yang besar & tesergam indah, tetapi jumlah yang sembahyang didalamnya tidak sampai satu saf. Seringkali pula, orang-orang yang benar-benar ingin mencurahkan ilmu & dakwah disekat dengan alasan yang kabur, selain  faktor assobiyah & politik sempit.

Sedih, tapi benar…kadang-kadang, jumlah pelancong yang datang melihat-lihat & mengambil gambar masjid lebih ramai dari jemaah di dalamnya. Wallahualam.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s