Jumaat 6 Mac 09

Sewaktu saya keluar dari Surau An Nur, pandangan saya terlihat kepada sekumpulan pelajar yang sedang menjalani latihan bolasepak di padang SMT Likas. Pandangan saya tertumpu pada seorang pelajar yang juga merupakan Sahabat An-Nur atau AJK Surau; Qayyum.

Qayyum adalah seorang pemain bolasepak sekolah yang aktif & selalu mewakili sekolah untuk perlawanan. Perkara yang saya suka dengan Qayyum adalah, beliau istiqamah dalam menjaga auratnya, termasuklah semasa bermain bola. Beliau selalunya akan memakai ‘tight’ di dalam seluar bolanya. Sesuatu yang sememangnya wajib, tapi jarang diambil berat oleh umat Islam & kaki-kaki bola di Malaysia kita ini. Saya percaya itu tidak akan menghalang sesiapapun untuk bermain dengan baik, malah pasti akan dibalas dengan ganjaran oleh Allah sekiranya ikhlas, kerana menjaga kewajipan sebagai seorang muslim. InsyaAllah..

pic_0339edited

Qayyum (paling kiri)

Ramai yang meremehkan persoalan aurat ini, sedangkan ia jelas telah dinyatakan dalam Quran iaitu dalam surah An-Nur ayat 30 & 31, selain hadis. Aurat bagi lelaki ialah dari pusat ke lutut, sedang aurat bagi wanita pula ialah semua kecuali muka & tapak tangan. Aurat ini mestilah dilindungi daripada pandangan yang bukan muhrim, tidak kira di dalam atau di luar rumah.

Ada beberapa budaya aurat di Malaysia kita ini. Sebagai contoh, ada wanita yang menutup aurat bila di luar, tetapi bila di rumah, auratnya tidak ditutup walaupun ada yang bukan muhrim di dalam rumah itu. Ada juga ibubapa yang ingin anak mereka menutup aurat, tetapi mereka sendiri tidak berbuat demikian. Begitu juga para suami, mereka senang isteri mereka memakai tudung, tetapi mereka sendiri dengan selambanya memakai seluar pendek apabila keluar dari rumah. Paling ramai, yang menutup aurat tapi tidak sempurna & masih menampakkan bentuk badan. Yang tidak tutup aurat itu biasa, samada tidak dididik begitu oleh ibubapa, atau memang tidak mau menutup aurat.

Apa-apapun alasan kita, sedarlah, menutup aurat itu perintah Allah. Janganlah kita hanya mengikut telunjuk makhluk yang bernama syaitan itu. Sesungguhnya kita & apa yang kita miliki ini adalah milik Allah, jagalah milikNya ini dengan sebaik-baiknya. Sepertimana firman Allah dalam surah al-A’raaf ayat 26-27 yang bermaksud;

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya `auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.

Pilihan di tangan kita, siapa yang kita mau jadikan pemimpin?

 

 

13149404251646l


One response »

  1. nurilhakim says:

    Salam..yeah..idop Qayyum..n idop adik2 di teknik yg bersusah-payah menjadi yg ‘ganjil’ demi mendokong nama Islam!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s