Pada Sabtu 7 Mac 2009, sekitar jam 8 pagi lebih, saya, Nadir, & 2 orang sahabat dari UMS; Asraf & Ikhwan bertolak ke Pitas untuk Program Pemantapan Akidah Fasa II di sana. Kami dengan ATOS bersama-sama kereta En. Nordin & kawan-kawan yang membawa Hj. Ayub & Ustaz Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah atau saya lebih selesa memanggil beliau Ust. Nick.

Gunung Kinabalu kelihatan dari jauh dalam perjalanan kami

Gunung Kinabalu kelihatan dari jauh dalam perjalanan kami

Guess what I'm doing while taking this pic?

Guess what I'm doing while taking this pic?

Kami kemudian berhenti sebentar di Masjid at-Taqwa Kota Marudu untuk ‘drop’ Nadir yang menemani Hj. Ayub untuk program di masjid tersebut, kemudian, kami teruskan perjalanan ke Pitas.

Berhenti di Masjid at-Taqwa, K. Marudu

Berhenti di Masjid at-Taqwa, K. Marudu

Kami kemudian tiba di SK Pekan Pitas II, untuk Program Pemantapan Akidah Fasa 2. Seperti biasa, STAY ALiVE set up kiosk. Kami juga turut bertugas sebagai petugas program =)

dsc00810edited

Program pagi itu dimulakan dengan ceramah oleh Ust. Nick. Ust. Nick yang berasal dari Papar, Sabah adalah seorang bekas ‘tentera Kristus’. Setelah mengkaji Islam, akhirnya beliau telah memeluk Islam di Amerika.

Ust. Nick memulakan sesi pagi itu

Ust. Nick memulakan sesi pagi itu

Bilangan peserta di Pitas ini sangat menggalakkan

Bilangan peserta di Pitas ini sangat menggalakkan

Ust. Nick memulakan sesinya dengan fokus kepada soalan-soalan biasa yang ditanya oleh orang-orang Kristian. Antaranya sebagai contoh;

‘Bukankah semua agama sama- mengajak kepada kebaikan?Jawapannya tidak, sebab dari semua segi pun tak sama. Samada dari konsep tuhan, begitu juga tentang bagaimana pengakhiran hidup ini, semuanya berlainan, jadi takkan semua betul? Saya juga teringat kepada apa yang  pernah dijelaskan oleh Prof. Dr. Arip Kasmo (UKM) berkenaan soalan ini, jawab beliau kepada soalan ini- Ya, semua agama mengajak kepada kebaikan, tetapi hanya Islam sahaja  (melalui al -Quran & hadis) yang mengemukakan bukti-bukti yang sahih tentang apa yang dijelaskan, termasuklah bukti-bukti yang telah dikaji & terbukti secara saintifik.

-Bukankah cerita dalam Bible & Quran sama?

Jawapannya, tak sama. Ambik contoh, di dalam al-Quran, nabi-nabi ada 4 sifat; siddiq, amanah, tabligh & fatanah, yang merupakan sifat-sifat mulia & terpuji & ini digambarkan di dalam kisah-kisah & ayat-ayat di dalam al-Quran. Sebaliknya di dalam Bible, nabi digambarkan sebagai orang yang penuh kelemahan & tidak bermoral. Sebagai contoh, dalam book of Genesis/ Kejadian, Abraham membuat hubungan seks dengan menantunya yang menyamar sebagai pelacur. Dalam kisah yang lain, Nabi Lut diceritakan membuat sumbang mahram dengan anaknya sendiri. Betapa kotornya kisah-kisah ini & betapa nabi & rasul-rasul yang mulia ini dihina dengan sedemikian rupa di dalam Bible.

Menurut Ust. Nick, bukti paling mudah menunjukkan Bible sudah berubah ialah bahasa asalnya pun sudah tiada lagi. Ini berbeza dengan al-Quran yang masih kekal dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Menurut Ust. Nick, al-Quran naskhah salinan yang asal ada di Tasken, Uzbekistan.

Mengenai konsep trinity pula, ia hanya wujud pada 381 masihi, iaitu 381 tahun selepas Jesus disalib (seperti dakwaan mereka), ini sendiri jelas menunjukkan Jesus atau Nabi Isa a.s. tidak pernah mengajar tentang kewujudan trinity atau tuhan 3 dalam 1 ini. Ia hanyalah doktrin yang telah ditambah oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Selepas makan tengahari & solat, program disambung pada jam 2 ptg. Kali ini, memfokuskan kepada pengajian kitab Bible sebagai panduan bagi para daie & sudah tentu, pemantapan akidah muslim itu sendiri. Banyak perkara yang didedahkan & para peserta diberi tugas secara pairwork untuk mencari ayat-ayat tertentu di dalam Bible & membentangkan ayat-ayat tersebut & memberi komentar mereka terhadap apa yang mereka baca itu. Seterusnya, Ust. Nick juga memberikan ulasan beliau.
dsc00812edited1

dsc00813edited1

Muslimat juga tidak ketinggalan

dsc00815edited

dsc00817edited1

Di sebelah petangnya, giliran Hj. Ayub pula memberikan ceramah beliau.

Hj. Ayub

Hj. Ayub

Fairuz Bend, orang kuat PSS & KRU, sedang memantau perjalanan program

Fairuz Bend, orang kuat PSS & KRU, sedang memantau perjalanan program

Tamat acara untuk hari pertama; Ikwan, Asraf, Jamil, & Fairuz@Pai

Tamat acara untuk hari pertama; Ikwan, Asraf, Jamil, & Fairuz@Pai

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s