ui 12 Rabiul Awal adalah tarikh yang sangat diingati bagi umat Islam, umat Nabi Muhammad s.a.w. Itulah tarikh Rasulullah s.a.w. dilahirkan, & itulah juga tarikh Baginda s.a.w. wafat. Kita berharap, moga kita benar-benar menjadi orang yang mencintai Rasulullah s.a.w. melebihi diri kita sendiri, bukan sekadar melaung-laungkan selawat & membawa sepanduk semata-mata.

Bukanlah salah, tetapi sekadar itu sahaja tidak cukup, kerana yang lebih penting ialah menerima & mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda sebaiknya. Jangan kita jadi orang yang sambut harijadi Nabi s.a.w., tapi tidak mengamalkan ajaran Baginda s.a.w. Kita tidak mahu menjadi  seperti Abu Lahab, yang sangat gembira dengan kelahiran Baginda s.a.w., tapi kemudiannya menghina Rasulullah s.a.w. & menjadi musuh kepada Islam. Lalu bagaimanakah kita menunjukkan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang telah berkorban segalannya untuk kita, & tidak pernah lupa kepada kita sehingga akhir hayatnya?

Ust. Yusof Embong (http://yusofembong.blogspot.com/) dalam tazkirahnya menulis;

CARA MEMUPUK CINTA PADA NABI saw
A- Beriman bahawa Baginda saw adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan kabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan membawa cahaya yang terang benderang.
B- Bercita-cita untuk bertemu dengan Baginda saw dan khawatir jika tidak dapat bertemuNya.
C- Menjalankan perintah-perintahNya dan menjauhi larangan Baginda s.a.w, kerana orang yang mencintai seseorang, maka akan mentaatinya.
D- Menolong sunnahnya, mengamalkan, menyebarkan, membela dan memperjuangkannya. E- Banyak bersalawat dan bersalam kepada Rasulullah saw.
F- Berakhlaq dengan akhlaq Baginda saw dan beradab dengan adab-adabNya.
G- Mencintai sahabat-sahabat beliau dan membela mereka.
H- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah beliau serta mengetahui keadaan dan berita-berita yang berhubungkait beliau.
Itu secara ringkasnya. Tapi kalau kita faham, itulah Islam, itulah cara hidup yang sepatutnya kita jalani seharian. Wallahu’alam.

*Saya dengan kerjasama PSS melalui Sdr. Nadir  menawarkan pakej Program Muhasabah Mengenang Rasulullah s.a.w terutamanya untuk surau-surau sekolah dll. Program ini percuma & bertujuan memupuk kecintaan kepada Nabi s.a.w., selain memberi kesedaran tentang pengorbanan Rasulullah s.a.w. untuk kita. Pihak yang berminat bolehlah menghubungi Sdr. Nadir 019-8110964.Syukran.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. nurilhakim says:

    Salam ziarah..ceh..berceramah pki ejen skrg..haha..
    Ajen crmh rasul abg amin a, da promote di blog PSS. Mana gmbr kismis boy yg latest?Abg2 bujang mnunggu nk nengok..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s