7 Mac 09

Menginap di rumah Ust. Anuar & rakan-rakan

Malam itu selepas tamat forum, kami menginap di rumah Ust. Anuar, Ust. Fairuz & kawan-kawan di Kg. Indah, Pitas. Layanan mesra yang diberi membuatkan kami sangat selesa. Sempat lagi saya blogging di sana malam tu.

Rumah bujang tempat kami menginap malam tu...

Rumah bujang tempat kami menginap malam tu...

Pagi esoknya, kami dijamu sarapan. Rasa macam bukan di rumah bujang pula. Apa-apapun, syukran jazilan Ust. Anuar, Ust. Fairuz, & rakan-rakan. =) Hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian.

Jom sarapan...

Jom sarapan...

Tertarik saya melihat tayar motosikal penghuni rumah itu, menggambarkan jalan-jalan yang dilalui mereka seharian

Tertarik saya melihat tayar motosikal penghuni rumah itu, menggambarkan jalan-jalan yang dilalui mereka seharian

Program hari kedua

Program Pemantapan Akidah Fasa 2 di SK Pitas 2 diteruskan lagi pagi itu dengan ceramah oleh Hj. Ayub berkisarkan tarikh-tarikh penting dalam agama Kristian. Di sini Hj. Ayub mendedahkan banyak perkara tentang latarbelakang & kebatilan yang terlibat dalam kewujudan hari-hari kebesaran Kristian tersebut.

Sesi seterusnya pula adalah ceramah bertajuk ‘Kewajipan Berdakwah’ yang disampaikan oleh Ustaz Bungsu.

Ustaz Bungsu

Ustaz Bungsu

Apa yang saya dapat faham dari ceramah tersebut, dakwah seharusnya fleksibel, ia tidak sepatutnya statik & rigid. Ust.  Bungsu juga pendakwah mestilah baik dari segi luaran & dalaman. Yang lebih penting dari uniform atau pakaian yang dipakai pendakwah ialah; isi kandungan dakwah. Memang kulit itu penting, tapi ia tak sepenting isinya. Pendakwah hendaklah memahami situasi & kondisi yang tepat, & seterusnya melakukan tindakan yang tepat. Ust. Bungsu juga mengingatkan kami supaya fokus kepada amal makruf nahi mungkar tidak kira apa latarbelakang kita, samada dari mereka yang dari aliran agama, atau mereka yang terlibat secara langsung, atau juga dari mereka yang tidak dari aliran agama & tak terlibat secara langsung.

Peranan masyarakat Islam juga penting. Dakwah takkan berjaya atau menjadi sukar sekiranya masyarakat Islamnya tidak berfungsi atau tidak mengamalkan ajaran Islam.

Mesyuarat bersama wakil CONCERN dll.

Selepas ceramah oleh Ust. Bungsu, Cgu. Jamil mempersilakan peserta-peserta yang ingin bergiat aktif dalam dakwah di Pitas khususnya untuk satu mesyuarat khas bersama CONCERN dll. Turut sama dalam mesyuarat tersebut ialah Ust. Bungsu mewakili PUM, Ust. Khaidir, Sdr. Fairuz,  & ‘sahabat bible.’

dsc00848edited

dsc00850edited1

Cgu Jamil menerangkan bahawa ada banyak program yang boleh dibuat dalam misi dakwah kepada masyarakat antara lainya melalui aktiviti bersama masyarakat seperti  ziarah hospital dll.

Ust. Bungsu pula mengingatkan tentang kepentingan melakukan aktiviti dakwah secara terancang & berorganisasi.Selain itu, Ust. Khaidir turut mempromosikan Kursus Pemantapan Akidah untuk diadakan di sekolah-sekolah dll. Sdr. Fairuz pula mempromosikan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU).  Sahabat-sahabat di Pitas kelihatan sangat berminat untuk meneruskan kerjasama & kegiatan dakwah di bumi Pitas ini.

Akhirnya, Ust. Nick turut mengingatkan kami dengan pesan ‘Orang beriman tak boleh tidur kekenyangan sedang saudaranya lapar, & orang Islam adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain.’

Kami sama-sama solat di surau selepas itu, sebelum pulang ke destinasi masing-masing. Alhamdulillah program di Pitas telah berjalan dengan baik. Terimakasih semua.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s