Khamis 12 Mac 2009

Saya salah seorang guru yang bertugas menyerahkan slip keputusan peperiksaan SPM 2008 pada hari tu, spesifiknya, untuk pelajar kelas 5PD/08, kelas dimana saya menjadi guru penolongnya pada tahun lepas, seperti biasa, saya mengajar English 1119 untuk kelas tersebut. Ia berlangsung di Dewan Nilam Sari SMT Likas. Tahun lepas, saya mengajar 4 kelas iaitu 5PD, 5KM2, 5KA2, & 5KFL.

Pelbagai reaksi yang dapat dilihat bila pelajar-pelajar tersebut menerima slip keputusan masing-masing. Ada yang menjerit kegembiraan, ada yang tersenyum-senyum, ada juga yang muram.

Ada juga yang segan ingin berjumpa cikgu masing-masing. Tak kurang juga yang buat-buat tak nampak supaya tak perlu tegur cikgu.

Pun begitu, ramai juga yang bersalam dengan cikgu & mengucapkan terimakasih. Tahniah. Ada juga beberapa An Nur Crew 08 yang menghulurkan wang kepada saya untuk disumbangkan kepada tabung aktiviti masyarakat di Suuk, Keningau seperti yang saya pernah siarkan sebelum ini. Terimakasih =)

Disebalik pelbagai reaksi itu, ada beberapa perkara yang sebenarnya agak menyedihkan saya. Seperti biasa, hari penerimaan slip keputusan SPM ini adalah hari dimana pelajar-pelajar ini menunjukkan penampilan sebenar mereka di sebalik uniform yang mereka pakai sebelum ini. Ada ramai pelajar muslimat yang mana saya buat pertama kali melihat rambut mereka yang terdedah…tidak lagi memakai tudung. Ada juga pelajar lelaki yang lebih berminat untuk menonjolkan rambut mereka yang melepasi bahu daripada mengetahui keputusan SPM mereka.

Saya tidak menyalahkan mereka 100 peratus. Faktor ibubapa, latarbelakang masyarakat, media dll. adalah penyumbang utama kepada budaya yang jauh dari Islam ini. Pun begitu, mereka bukannya budak-budak kecil lagi, seharusnya mereka berfikir tentang apa yang baik & penting untuk mereka, janganlah hanya mengikut kawan atau trend sahaja tanpa memikirkan baik atau tidak, samada untuk diri sendiri atau orang lain. Diri pun dah baligh, malaikat pun sudah di kiri & kanan. Sendiri mau fikirla =)

Pun begitu, saya tetap gembira bila berjumpa bekas pelajar saya, termasuklah Sahabat An Nur/ An Nur Crew (ANC) 2008. Ramai juga yang dapat keputusan yang baik. Alhamdulillah. Yang keputusannya tak menepati sasaran tu ingat, this is not the end of the world, kamu masih muda lagi, ada banyak lagi peluang & jalan untuk kamu berjaya. Apa-apapun, ini hanyalah permulaan. Cabaran selepas ini pun lebih hebat. Nothing good comes easy guysso keep on striving. All the best!

An Nur Crew (ANC) 08; Hanafi & Hanif

An Nur Crew (ANC) 08; Hanafi & Hanif

Yus (ANC & 5PD 08) datang bersama ibu

Yus (ANC /5PD 08) datang bersama ibu

ANC 08: Haziq, Nazurah, & Arnah

ANC 08: Haziq, Nazurah, & Arnah

Amin & Azrin

ANC 08: Amin & Azrin

Hafiz mencium tangan cikgunya; Ckg. Fadhil sambil diperhatikan oleh Azraie

ANC 08 Hafiz mencium tangan cikgunya; Ckg. Fadhil sambil diperhatikan oleh ANC 08 Azraie

ANC 08 Ameera

ANC 08 Ameera

ANC 08 Asril bersama Afif yang mendapat 7A1, 3 A2.

ANC/5KM2 08 Asril bersama Afif yang mendapat 7A1, 3 A2.

Cium jangan tak cium... ANC/5KM2 08 Johairin & Ckg. Joefrey

Cium jangan tak cium... ANC/5KM2 08 Johairin & Ckg. Joefrey

ANC 08 Lokman

ANC 08 Lokman

"Mama, aku dapat..." -ANC 08 Johairin & Khairul sedang sibuk menelefon

"Mama, aku dapat..." -ANC/5KM2 08 Johairin & Khairul sedang sibuk menelefon

Sherry (5PD 08) tersenyum mendapat 6 A1, 3 A2

Sherry (5PD 08) tersenyum mendapat 6 A1, 3 A2

Hamzi ANC/5PD 08 diapit rakan sekelas; Rajisman & Hazrul

Hamzi ANC/5PD 08 diapit rakan sekelas; Rajisman & Hazrul

Pelajar 5PD 08 saya; Carol, Tei, & Audrey

Pelajar 5PD 08 saya; Carol, Tei, & Audrey

ANC 08 Zul & Shaiden (5KFL & ANC 08)

ANC 08 Zul & Shaiden (5KFL & ANC 08)

Ganbate! =)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. yus says:

    alah cikgu napa muke aku enda namapk…
    kecewa aku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s