• nik-nur-madihah
  • Di sebelah kanan ialah Siti Fatimah Mukhtar. Penyandang rekod 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu. Di sebelah kiri pula ialah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal. Pelajar yang berjaya memecahkan rekod yang di buat oleh Siti  Fatimah Mukhtar dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2. Kedua-dua pelajar ini daripada  Maahad Muhammadi LilBanat (Perempuan). Jika tahun yang lepas Siti Fatimah Mukhtar tidak diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mahu mengakui bahawa Siti Fatimah telah memecahkan rekod Nur Amalina yang dibuat pada SPM tahun 2004. Nur Amalina hanya mendapat 17 1A sahaja, tetapi telah dijulang melambung dengan pelbagai anugerah termasuk Tokoh Maal Hijrah. Siti Fatimah Mukhtar TIDAK di iktiraf sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006 kerana didapati dia adalah seorang ‘penjenayah’.  Antara ‘jenayah-jenayah’ yang dilakukan oleh Siti Fatimah ialah:
  • 1.) Pelajar Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan.
  • (Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS)
  • 2.) Bukan ahli Puteri UMNO Baru.

Tahun nie macam mana pula yer?

  • SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A
  • nikKOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) – Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Kita tengok nanti, Kementerian Pelajaran nak iktiraf atau tidak pelajar ini sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan bagi tahun 2008. Jangan jadi seperti 2 tahun lepas, pelajar YIK(Yayasan Islam Kelantan) yang dapat 17A…tetapi yang diisytihar pelajar terbaik SPM budak Johor yang dapat 14A.
  • (dengan sedikit editing oleh inksensei)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. Awatif says:

    salam ziarah…saya juga turut berbangga dgn kenajahan Nik Nur Madihah dlm SPM 08…mabrouk di ucapkan🙂

  2. inksensei says:

    =) semoga lebih ramai lagi remaja seperti adik Madihah yang tau apa yang penting untuk masa depan…bukan yang hanya fikir untuk jadi penyanyi rancangan realiti yg penuh khayalan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s