12 Mac 09 Petang itu memang petang yang membuat saya teruja, kerana saya akan terbang pulang ke Kuala Lumpur, seterusnya menaiki bas ke Dungun, Terengganu, tempat saya dibesarkan, & akhirnya setelah lebih kurang 2 bulan setengah kami terpisah, saya insyaAllah dapat kembali bertemu putera kesayangan saya; Muhammad Wafiy. (Wafiy kini dalam jagaan ibubapa & keluarga  saya di sana) Sebenarnya saya biasanya tidak pulang ke Semenanjung kalau cuti cuma seminggu, tapi kali ini saya ada banyak sebab untuk pulang.

Saya dihantar ke airport Terminal 2 oleh Nadir & Ashrul, 2 housemate saya yang ringan tulang. Penerbangan yang bermula jam 6.30 ptg itu membawa saya tiba di  LCCT Kuala Lumpur pada lebih kurang jam 9 mlm.

Di sana, saya diambil oleh Abg. Nazri (abg. ipar) bersama Ta (kakak saya) & anak lelaki comel mereka, Abdullah Fahmi. Kami singgah sebentar di Stesyen Minyak Petronas LCCT untuk solat, sebelum meneruskan perjalanan ke Stesyen Bas Putra.

dsc00905edited

Anak saudara saya yang putih melepak; Abdullah Fahmi

Saya mengambil bas jam 11.30 mlm untuk balik ke Dungun malam itu. Perut lapar saya minta diisi jadi kami makan sebentar di sana.

Kakak saya, Abg. Nazri, & Abdullah Fahmi

Kakak saya, Ta, Abg. Nazri, & Abdullah Fahmi

Jam 11.30, saya terus naik bas. Setelah beberapa jam, sejuknya amat terasa. Kuat betul aircond bas tu. Dalam kedinginan tu, teringat saya nasib saudara-saudara kita di kem-kem pelarian Palestine & sekitarnya. Dengan keadaan penempatan pelarian yang tiada kemudahan air, elektrik & macam-macam lagi tu, bagaimana agaknya mereka mengharungi kehidupan di musim sejuk?

Jam 5.10 pgi, saya berhenti di persimpangan masuk ke jalan menuju rumah saya di Kg. Balai Besar. Saya disambut dengan pemandangan ciptaan Allah yang sangat indah…(Maaf, saya memang sangat suka melihat pemandangan langit, bulan & seumpamanya…bagi saya, itulah kanvas lukisan terindah ciptaan Yang Maha Pencipta =) dsc00913edited2Setelah berjalan seketika, saya tiba di rumah. Bila pintu dibuka, kelihatan ayah saya (En. Abdul Ghani bin Abu Bakar) sedang berqiyamullail. Allahuakbar. dsc00915edited Saya ingin melihat Wafiy, tapi dia di dalam bilik tidur di tingkat atas bersama-sama adik saya. Kira-kira 2 jam setelah solat Subuh bersama ummi & ayah,  Wafiy dipindahkan ke bilik ayah di tingkat bawah…tapi dia masih nyenyak. Saya mencium-cium wajah comel yang saya rindui itu, menunggunya bangun =)

Wafiy yang sedang nyenyak tidur...

Wafiy yang sedang nyenyak tidur...

Tak lama kemudian, Wafiy bangun  dari tidurnya, sambil tersenyum-senyum & kelihatan malu-malu, Wafiy berjalan ke arah saya. Saya terus memeluk & mencium putera comel saya. Akhirnya, setelah 2 setengah bulan yang panjang, saya dapat mendakap Wafiy kembali. Segala puji bagi Allah. Alhamdulillahi rabbilalamin. dsc00919edited dsc00923edited

Bersama mainannya dari KK

Bersama mainannya dari KK

pic_0361

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

3 responses »

  1. ashrul says:

    salam tuan…

    comel o..putera kesayangan tuan tu. puteh melepak. ingatkan bawak balik mai sini. bleh la jadi pakcik angkat nnti..ha3. bila la agaknya diri sendiri ini beroleh putera/i kesayangan em? =)

  2. ejam@an-nur crew says:

    wah!makin COMEL wafiy skrg nih…..
    rndulah kt dia……=>

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s