Jumaat 13 Mac 09

Seperti biasa, ayah saya keluar awal untuk solat Jumaat di masjid. Kami pergi ke tempat biasa, Masjid Lama di Kg. Sura.

Masjid Sura Lama Kg. Sura

Masjid Lama Kg. Sura

Masjid yang berhampiran dengan pantai ini memang membawa banyak kenangan. Seingat saya, sejak saya di sekolah rendah lagi, ayah telah membawa saya & abang saya Md. Aidil ke sini untuk solat Jumaat. Waktu itu, masjid ini berada dalam keadaan dhoif sekali. Ia seperti bangunan yang tidak siap, tidak bercat, & berada dalam keadaan yang serba kekurangan.

Hasil dari sumbangan orang ramai dan lain-lain, termasuk dari bantuan dari kerajaan negeri semasa Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS sebelum ini, masjid ini telah diperbesarkan & diperelokkan sedikit demi sedikit. Kini masjid ini ditambah menjadi dua tingkat, & mempunyai bangunan kelas fardhu ain, di samping bangunan kelas Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

pic_0370edited

Bahagian dalam masjid

pic_0367edited1

Kelas fardhu ain

Kelas PASTI

Kelas PASTI

Di masjid ini jugalah, pernah berlangsung Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PAS Terengganu pada malam 8 Julai 2006.

Saya tertarik dengan papan kenyataan (notice board) masjid ini yang sentiasa di-update dengan berita-berita yang diambil dari sumber internet dari harakahdaily & palestinekini. Ini membantu mereka yang tidak mempunyai akses internet untuk mengetahui perkembangan semasa yang mutakhir & sahih. Ini sesuatu yang boleh dicontohi oleh masjid-masjid lain.

Papan kenyataan yang sentiasa di'update' dengan berita-berita dari internet

Papan kenyataan yang sentiasa di'update' dengan berita-berita dari internet

pic_0366edited

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

3 responses »

  1. khairul says:

    drp.setiausaha masjid lama kg sura.

  2. khairul says:

    salam ,sdr boleh buka w.site masjid lama kg sura untuk maklumat terkini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s