14 Mac 09

Malam itu, saya bersama-sama Wafiy ke Alur Tembesu, berhampiran kawasan Pasar Minggu untuk ceramah bertajuk ‘Dari Parlimen K. Terengganu ke Parlimen Bkt. Gantang Perak’ di perkarangan PASTI Alur Tembesu, Dungun. Penceramah terdiri dari Ustaz Hj. Wan Hassan Mohd Ramli, Adun Sura, YB Abdul Wahid Endut, ahli parlimen KT, & Dato Hj. Wan Mutalib Embong, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Wafiy on the way ke ceramah

Wafiy on the way ke ceramah

Cerita Ustaz Wan Hassan

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Hj. Wan Hassan Mohd Ramli, Adun Sura.

dsc00955editededited

Ustaz Wan Hassan memang orang yang sangat saya hormati sejak saya belasan tahun lagi. Ketika itu saya masih di sekolah menengah.

Saya yang menggemari lagu-lagu thrash metal seperti Metallica & Megadeth ketika itu biasanya berpakaian ala seorang mat thrash; dengan seluar jeans ketat & t-shirt berimejkan kumpulan yang saya minati (Ya, saya bukan orang jemaah sebelum ni, tapi itu kita cerita lain kali =) Ustaz Wan Hassan ketika itu memang sudah aktif & merupakan seorang  pengedar Harakah. Saya waktu itu selalu berada di kedai bapa saya bekerja sambilan di waktu cuti atau di hujung minggu. Kedai bapa saya menjual alatulis, majalah, akhbar dll. termasuk Harakah, jadi Ustaz Wan Hassan biasa datang ke kedai tersebut.  Saya masih ingat lagi, walaupun saya waktu itu dengan imej yang agak selekeh & kelihatan negatif, Ust. Wan Hassan sentiasa senyum, terdahulu mengucapkan & menghulurkan salam. Kemesraan beliau adalah salah satu sebab mengapa saya menghormati orang jemaah pada waktu itu. Sememangnya ini adalah satu sikap yang patut ada pada seorang pendakwah. Melalui akhlak yang baik, seseorang itu dapat menarik orang yang sedang leka kembali tertarik & lembut hatinya pada Islam.

Ceramah YB Abdul Wahid Endut

YB Abdul Wahid Endut

YB Abdul Wahid Endut

dsc00956edited

Dalam ceramah YB Abdul Wahid Endut pula, beliau banyak menekankan pentingnya kesabaran dalam perjuangan, terutamanya dalam menghadapi BN yang menyekat kebebasan media.

Personal Post-Mortem ceramah malam tu

Ceramah malam itu sangat bagus & banyak mesej & maklumat yang disampaikan, tetapi saya merasa satu kepincangan apabila para hadirin yang datang tidak memenuhi ruang hadapan perkarangan PASTI tersebut & menyebabkan ruang hadapan tersebut kelihatan agak lengang, walaupun sebenarnya jumlah hadirin yang hadir malam itu sangat ramai. Mereka lebih suka duduk di tepi-tepi atau berdiri di bahu jalan. Dari segi strateginya, macammana kita mahu menarik orang yang atas pagar, atau yang bukan dari jemaah untuk bersama menyokong atau mendengar ceramah sedangkan kita sendiri tidak menunjukkan sikap negatif & sokongan padu kepada tokoh-tokoh kita? Ini sebenarnya satu sikap yang perlu kita ubah. Ia mungkin kecil tapi kesannya tetap negatif, jadi beranilah ke depan.

Wafiy antara yang paling depan

Wafiy antara yang paling depan

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s