22-23 Mac 09

Di bas inilah saya bertemu 'awek transformer'

Di bas inilah saya bertemu 'awek transformer'

Lebih kurang jam 11 malam, bas ekspress 2 tingkat SP Bumi yang saya naiki bertolak ke Kuala Lumpur.

Terlalu banyak yang bermain dalam kepala saya, ditambah dengan perasaan letih, saya pun buat keputusan untuk tidur saja. Lagipun, lama lagi perjalanannya. Disebelah saya ada ada seorang saudari muda bertudung yang sibuk bermesej. Saya terus tidur je.

Apabila saya terbangun, bas sudah di KL, lebih kurang setengah jam gitu lagi untuk sampai ke stesyen Putra. Saya menoleh ke sebelah & terkejut =0…MasyaAllah…saudari atau awek di sebelah saya yang tadinya bertudung, kini sudah tiada tudung, rambut dilepaskan sambil dia memakai rayban (cerminmata hitam).

Saya terbayangkan macamna dia waktu dihantar oleh familinya tadi. Kalaulah ibubapanya atau keluarganya tahu rupanya dia tidak bertudung di Kl, macamnala ya? Pasti mereka kecewa. Jadi tudung itu dipakai hanya kerana manusia-manusia tertentu, bukannya kerana Allah. Mungkin tak apalah kalau Allah nampak, yang penting, orang kampung tak nampak. Terus saudari bertudung pun transform jadi awek yang serba ‘up-to-date.’

Macam-macam dah jadi sekarang ni. Lain pula kes yang satu lagi, seorang sahabat saya pernah beritahu saya, ada juga kes dimana seorang muslimat tidak bertudung bila di rumah, kerana tidak dibenarkan bertudung oleh ibupanya…terbalikla pula.

Cuba baca berita di bawah ini pula;

____________________________________________________________________________________________

PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt.

Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan.

Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut.

Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor.

“Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu,” kata Mohd Asrul.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan.

“Yang menjadi kemarahan pihak kami, guru sukan kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua, pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan,” katanya.

Mohamad Asrul berkata, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut hadir dalam perbincangan itu dan beliau yang enggan namanya dinyatakan, berjanji akan menyiasat.

Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad, ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu yang kini dalam siasatan. – Bernama (dipetik dari blog Izo)

____________________________________________________________________________________________

Ada remaja yang tak mau tutup aurat, ada juga ibubapa yang tak mau anak tutup aurat? Apabila Islam tidak lagi diletakkan di tempat yang paling atas, hukum tak lagi dipedulikan. Yang penting, ‘aku nampak cantik,’ atau ‘aku tak kacau sapa-sapa.’ Ramai yang lupa, anggota tubuh mereka itu hanyalah pinjaman untuk dijaga buat sementara mereka masih hidup…ataupun buat-buat lupa.

Moga Allah memberi hidayah & keinsafan kepada kita semua…

wanita-muslimah

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. aryna says:

    on my bus…. pown ada transformer??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s