23 Mac 09

Penerbangan AirAsia saya ialah pada 7.3o mlm hari itu & hari pun masih panjang, jadi saya pun berlegar-legar di sekitar KL terlebih dahulu, just to kill time bak kata orang putih.

Seperti biasa, saya pergi ke tempat yang banyak membawa banyak kenangan waktu belajar di UiTM Shah Alam dulu, Sungei Wang Plaza yang terletak di sebelah Plaza Imbi & bertentangan dengan Lot 10.

Sungei Wang Plaza

Sungei Wang Plaza

Ia menjadi kegemaran saya dulu sebab banyak benda-benda yang saya minat waktu itu ada di sini. Saya waktu itu meminati segala yang berkaitan dengan komik, animasi, grafik, komputer, & apa saja yang berkaitan dengan Jepun (sekarang pun masih minat lagi sebenarnya). Sekarang benda-benda seperti itu dimeriahkan lagi dengan adanya Roof Top yang berada di bahagian atas Sg. Wang Plaza. Tapi, hari itu, saya tidak ke Roof Top. Entah kenapa, saya terasa macam semakin kurang daya tarikan tempat tu. Mungkin sebab terlalu banyak perkara yang sedang saya fikirkan, atau mungkin sebab saya dah makin tua… bukan mungkin, betul pun.

Selepas makan tengahari di warung tingkat atas Sg. Wang Plaza, saya ke Lot 10 di seberang jalan untuk solat. Saya solat di surau lelaki Lot 10 yang terletak di tingkat 5 (surau perempuannya kalau tak silap di tingkat 2).

Bahagian dalam Surau Lot 10

Bahagian dalam Surau Lelaki Lot 10

Bahagian luar Surau Lot 10

Bahagian luar Surau Lelaki Lot 10

Ini antara surau shopping complex yang cantik & selesa pernah saya pergi. Cuma mungkin pihak maintainance surau Lot 10 boleh berbuat sesuatu mengenai kayu lantai suraunya yang dah ada yang tanggal.

Surau ini & Lot 10 pun ada banyak menyimpan kenangan kerana saya pernah bekerja sebagai sales assistant & despatch untuk sebuah kedai buku di Lot 10 sebelum saya menyambung kembali belajar satu masa dulu.

Lot 10

Lot 10

Selepas jalan-jalan lebih kurang, saya ke Petaling Street, sebelum ke KL Sentral & mengambil bas ke LCCT. Petang itu, saya pun terbang ke KK dengan kerja yang macam-macam sudah menanti, & dengan Wafiy yang sentiasa di hati.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s