28 Mac yang lalu menyaksikan satu kempen yang dianjurkan oleh WWF iaitu kempen ‘Earth Our’ dimana penduduk dunia diminta memadamkan lampu selama satu jam sebagai salah satu usaha untuk menyelamatkan bumi yang sedang tenat dilanda pemanasan global & pelbagai lagi masalah alam sekitar yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri.

earth-hour

Ia sebenarnya satu kempen yang baik & saya sendiri walaupun bukanlah seorang ‘hardcore environmentalist’ tetap menyokong usaha baik kerana salah satu tujuan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu sendiri adalah untuk menjaga bumi kurniaan Allah ini dengan sebaik-baiknya. Pun begitu, saya rasa banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan selain dari memadamkan lampu sahaja & cara-cara yang lain itu juga patut diwarwarkan.

Kempen ‘Earth Hour’ ini dijalankan secara besar-besaran menggunakan segala medium yang ada termasuklah televisyen. Tagline yang digunakan untuk kempen ini ialah “I’m just one person” bermaksud “Saya hanya seorang insan” yang bermaksud – walaupun saya hanyalah seorang insan, saya boleh melakukan perubahan, lebih kurang macam tu la yang saya faham.

Bila terbaca tagline “I’m just one person” tu saya terkenangkan kempen boikot barangan Yahudi & Amerika yang semakin senyap & kurang mendapat sambutan hatta dari orang Islam sendiri. Coca cola, Maggi & Kit Kat masih dibeli, rokok masih dihisap, McDonald juga masih dikunjungi bahkan ditampal stikernya di kereta dengan bangga lagi…jadi dimana pendirian kita?

Ramai yang begitu bersemangat sewaktu ‘musim’ Gaza diserang baru-baru ini, tetapi tidak peduli lagi bila isunya tidak lagi panas (walaupun hakikatnya di Palestin, kekejaman Yahudi tidak pernah reda setiap hari). Kalau kita boleh menyatakan “Saya hanya seorang insan” untuk kempen Earth Hour, kenapa bila diminta boikot kita menjawab, “Ala, setakat aku sorang saja yang boikot, orang lain tidak, mana ada kesan?”

Kenapa kita bersikap bias terhadap Palestine? Adakah Palestin yang merupakan harta wakaf umat Islam sepertimana yang diisytiharkan oleh Amirul Mukminin Umar Ibn Khattab itu tidak penting? Adakah kiblat pertama umat Islam di Palestin itu tidak penting? Apakah masjid ketiga paling mulia yang berada di Palestin itu tidak penting? Atau adakah nyawa saudara-saudari Islam kita yang dibunuh dengan peluru dari sumbangan kewangan syarikat-syarikat Yahudi & Amerika itu tiada nilai di sisi kita?

Bangkitlah umat Islam! Walau kita tinggal seorang sekalipun, boikot mesti diteruskan. InsyaAllah, Allah bersama-sama kita. Setiap amal yang ikhlas pasti dibalas kebaikannya oleh Allah s.w.t. Katakanlah; “I’m just one person, but I can help destroy the zionist, I can help my brothers & sisters in Palestine!”

482165538l

leaderboard_img_green

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. marni says:

    assalamualaikum… sy amat menyokong pendapat anda. boikot brgn yahudi sdh suram atau mungkin ramai yg sudah terlupa. mungkin dengan alasan tidak ada pilihan lain. brgn yahudi ini adalah antara brgan keperluan mereka setiap hari. oleh itu, di sini sy ingin berkongsi kepada mereka yg b’pendapat begitu. pernah dengar HPA? (Herba Penawar Al-Wahida) (kopi radix mai secawan?) (www.hpa.com.my) syarikat ini begitu komited menyediakan brgan pengganti kepada semua brgan yang diboikot. ia bukan sahaja HALAL tetapi juga TOYYIBAN. produk HPA sdh merangkumi produk makanan, minuman, keperluan harian, kosmetik, restoran2, perhotelan, homestay, dobi & sebgainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s