Ahad 29 Mac 2009
Pagi itu kami kami Ckg. Anuar datang ke PPPNS untuk mengambil saya, KY & Amin untuk bersamanya dalam aturcara Program Maulidurasul; Penerangan Isu Palestin di Kuala Penyu, Beaufort, & Membakut.
Di Kg. Palu Palu, untuk sampai ke Kuala Penyu, kami perlu menyeberangi sungai menggunakan perkhidmatan feri. Feri ini sebenarnya ditarik oleh rantai besar yang digerakkan oleh mesin.

Kelihatan kenderaan-kenderaan beratur untuk naik feri

Sempat lagi bergambar atas feri: Ckg. Anuar, Amin, & KY

Pemandangan Kuala Penyu dari atas feri

KY: Sambil menunggu feri yang bergerak perlahan, sempat lagi bertelefon

Selain dari feri, boleh juga guna bot

Rantai yang menggerakkan feri

Kami disambut oleh 3 ekor replika penyu

Masjid Nurul Hayat Kuala Penyu
Selepas bersarapan sekejap di Anjung Sitompok, kami terus ke Masjid Nurul Hayat Kuala Penyu. kami disambut oleh sahabat jemaah kami, Sdr. Firdaus yang kini bertugas di Kuala Penyu. Di sana kami turut menggantung banner-banner besar dari Yayasan Amal berkenaan Misi Yayasan Amal ke Palestin baru-baru ini.

Banner berkenaan Misi Yayasan Amal ke Palestin
Aslam Niaga turut membuat jualan produk-produk halal. STAY ALiVE seperti biasa, buat jualan t-shirt.

dari kiri: KY, Firdaus, & Ckg. Anuar
Ceramah di masjid pagi itu dihadiri oleh ahli-ahli Persatuan Mualaf. Ckg. Anuar mewakili Yayasan Amal memberikan penerangan mengenai sejarah isu Palestin selain memberi penerangan tentang Misi Kemanusiaan Yayasan Amal ke Palestine baru-baru ini.
Antara intipati ceramah Ckg. Anuar ialah tentang perlunya kita berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestin.
Ckg. Anuar juga turut menekankan kepentingan menjaga akidah & Islam. Beliau menceritakan tentang adanya gereja di Sabah yang menjaga perempuan Islam yang mengandung akibat zina. Setelah dihalau ibubapanya, pihak gereja tersebut menjaga perempuan tersebut sehingga melahirkan. Apabila kes ini diketahui, kita cuba memujuk wanita tersebut & menawarkan bantuan, tetapi wanita itu telah menolaknya. Disini dapat dilihat kesan buruk dari gejala sosial sehingga mengakibatkan goncangan akidah, juga saya berpandangan betapa perlunya kita mempunyai pusat penjagaan/perlindungan wanita Islam yang fokus kepada kes-kes seumpama ini kerana berdasarkan maklumat yang saya terima, banyak pusat penjagaan/perlindungan wanita dimiliki oleh badan-badan bukan Islam, termasuklah oleh pihak gereja. Sesuatu perlu dilakukan untuk menangani masalah ini. Ini bukan masalah yang ringan kerana ia melibatkan akidah & masa depan generasi umat Islam.
Selain itu, menyentuh tentang isu Mindanao, Ckg. Anuar yang pernah ke sana menceritakan bagaimana saudara-saudara kita di sana, walaupun hidup di rumah-rumah yang dhaif, tetapi kaum lelakinya tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid, termasuklah solat subuh. Masjidnya sentiasa dipenuhi jemaah (Bagaimana pula masjid kita di tempat yang agak senang di sini ya?)
-akan disambung…