29 Mac 09 – Kuala Penyu

Selepas program di Masjid Nurul Hayat, Firdaus mempelawa kami makan tengahari di rumahnya. Memang sedap isterinya Aida masak.

Rumah Firdaus di Kuala Penyu

Rumah Firdaus di Kuala Penyu

Firdaus & Aida berkahwin pada Mei tahun 2007. Pada waktu itu, kedua-duanya sama-sama masih belajar di Universiti Malaysia Sabah dalam tahun 3. Kedua-duanya terlibat dengan jemaah kampus. Perkahwinan mereka tidak mendapat halangan dari kedua-dua pihak ibubapa Firdaus & Aida. Perkahwinan mereka diuruskan melalui BaitulMuslim.

Dapat dilihat kebahagian yang lahir dari ikatan yang disatukan melalui proses yang cukup berhikmah & terpelihara itu. Mereka tidak pernah bercinta sebelum itu, tapi ternyata bahagia. Rumahtangga mereka diserikan lagi dengan kelahiran seorang puteri comel yang diberi nama Asma.’

Firdau & Aida bersama puteri comel mereka; Asma'

Firdaus & Aida bersama puteri comel mereka; Asma'

Asma'

Asma'

Sesuatu yang sepatutnya menjadi iktibar kepada adik-adik samada di sekolah ataupun di universiti yang tak

sabar-sabar untuk bercinta sehingga berlagak seolah hubungan mereka itu menghalalkan segala yang diharamkan Islam.

Saya doakan semoga Firdaus sekeluarga mendapat kebahagiaan di dunia & akhirat, moga mereka akan terus gigih memperjuangkan Islam di bumi Allah ini. Saya tertarik bila dapat tahu bahawa yang menguruskan perkahwinan mereka sebenarnya ialah KY. Tapi orang yang menguruskannya itu sendiri belum kahwin lagi sekarang.

Baa..bila kami boleh makan nasi minyak ni KY? =)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

3 responses »

  1. Housemate says:

    Terlalu berterus terang laa bro…..hahah

  2. inksensei says:

    berterus terang itu bagus…apa yg penting? = kerjasama!

  3. Housemate says:

    Hahahahah……..
    Yep!! Kerjaaasama…!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s