Ahad 29 Mac 09

Dari Beaufort, kami ke Masjid Nurul Iman Pekan Membakut.

Masjid Nurul Iman Pekan Membakut

Masjid Nurul Iman Pekan Membakut

Pemandangan malam ciptaan Allah s.w.t. yang indah di Membakut

Pemandangan malam ciptaan Allah s.w.t. yang indah di Membakut

Seperti biasa, kami buat pameran Misi Yayasan Amal ke Palestine & jualan produk halal dari Aslam Niaga & STAY ALiVE.

Gerai jualan kami menjual t-shirt, Zam-zam Cola, buku dll.

Gerai jualan kami menjual t-shirt, Zam-zam Cola, buku dll.

Ceramah & pameran

Ceramah & pameran

Para jemaah surau sedang tekun mendengar ceramah penerangan dari Ckg. Anuar

Para jemaah surau sedang tekun mendengar ceramah penerangan dari Ckg. Anuar

Dalam ceramahnya Ckg. Anuar mengingatkan kami tentang betapa perlunya umat Islam untuk kembali kepada Islam & ajaran Islam yang sebenar sekiranya mahu kembali menjadi umat yang berjaya. Beliau menceritakan bagaimana di Palestine pada tahun lepas sahaja terdapat 50 ribu anak-anak muda yang hafal al-Quran.

Selain itu, Ckg. Anuar turut menjelaskan tentang gerakan pembebasan Islam Palestine iaitu HAMAS, yang merupakan pejuang sebenar di Palestine, yang mempamerkan ciri-ciri Islam & disiplin yang tinggi dalam perjuangan. Walaupun kemenangan jelas mereka dalam pilihanraya Palestine tidak diakui barat, tapi HAMAS, pemimpin & pendokongnya tidak pernah mengalah. Telah sekian ramai pejuang HAMAS seperti Syeikh Ahmad Yasin & Dr. Aziz Ranstissi yang syahid akibat dibunuh rejim zionis, tapi perjuangan mereka tidak pernah padam, bahkan semakin hebat. Oleh itu, umat Islam hendaklah memberi sokong HAMAS, selain memastikan bantuan wang yang didermakan benar-benar sampai kepada rakyat & perjuangan Palestine melalui HAMAS.

Ckg. Anuar turut mengingatkan agar umat Islam memboikot barangan Yahudi & Amerika yang menyumbang kepada pembelian senjata rejim zionis untuk membunuh saudara-saudara kita di Palestine. Kempen boikot ini mestilah diteruskan & umat Islam perlu memberi sokongan kepada produk-produk halal yang dihasilkan oleh orang-orang Islam.

Antara barangan yang mesti diboikot ialah Coca Cola. Kini umat Islam mempunyai alternatif iaitu Zam Zam Cola yang diusahakan oleh pengusaha dari Iran dengan kilangnya di Malaysia. Selain dari rasanya yang tidak kurang dari Coca Cola, air Zam Zam Cola juga dicampur dengan air zam-zam.

Selain itu, HPA juga turut mengeluarkan colanya iaitu Radix Cola. Umat Islam hendaklah memberi sokongan kepada produk-produk halal ini.

Selepas program di Masjid Nurul Iman, kami menarik nafas lega kerana selesai misi kami di Kuala Penyu, Beaufort, & Membakut. Malam itu kami pun bertolak pulang ke KK.

Amin bersama adik-adik comel di Membakut

Amin bersama adik-adik comel di Membakut

Antara yang menarik di Masjid Nurul Iman

Antara yang menarik di Masjid Nurul Iman

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. nzlaa86 says:

    ni kampung ana ni..alhmdulillah PSS dah smpi ke sana
    cuma ana jak yg jarang balik..kalau balik pun sekejap.
    ada ka sapa2 pggerak pss di membakut?

  2. inksensei says:

    =) ana pun x pasti, tapi kalau psal pss bleh tanya bro nadir-
    nurilhakim.blogspot… rujuk pautan ‘sahabat’ di blog ana..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s