dipetik dari http://al-syahidah.blogspot.com/

Setiap kali menjelang 1hb.April, sesetengah orang kita taksub dengan budaya pandang Barat. Semua menuju ke arah Barat. Dari politiknya, dari pendidikannya, dari ekonominya, dari budaya-sosialnya dan sebagainya… Sedangkan bukan semua, BUKAN 100d% apa yang ada di Barat itu boleh kita ikut… Jika diikut BURUK PADAHNYA bukan sahaja pada individu, masyarakat bahkan pada negara jugak!

Setiap kali hadirnya tanggal 1hb.APRIL… maka apa yang terfikir di benark fikiran… ligat berputar memikirkan rancangan “PENGANIAYAAN”… Tak kira masa tuk memikir “AGENDA” yang rasanya pasti “menjadi”. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam menahan kemarahan kerana dipermainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari kadangkala lawak-lawak biasa, lawak-lawak bodoh (i’m sorry to use this words) atau “practical joke” yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Pernah satu ketika, tragedi ini berlaku pada 1hb.April, seorang suami yang jahil agama telah mengucapkan Aku ceraikan kau dengan talak 3″ pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga termeraung apabila si suami dengan muka selamba pula mengucapkan “APRIL FOOL”… Selepas itu, giliran si suami pulak meraung apabila talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah
Berbalik kepada pertanyaan April Fool’s Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang

Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan ‘aqeedah umat Islam. Kita renung-renungkan, sebenarnya tidak ada kebaikan langsung mengamalkan budaya ini, malah akan mendatangkan keburukan… Fikirkanlah! Kenapa kita perlu berbangga menyambut perayaan agama lain??? Selamatkanlah ‘Aqeedah kita dari terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum🙂 dengan gah bila kita mengikut telunjuk mereka…

Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita. Moga kita tidak mudah terpedaya dengan “agenda” barat yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya sama ada secara kasar mahupun halus (yang kita sendiri kurang menyedarinya)… Antara cara halus orang kafir ingin menghancurkan Islam ialah melalui HEDOINISME… Budaya cintakan hiburan. Bukan itu sahaja, SEKULARISME, NASIONALISME hingga lahirnya pelbagai ISME… yg mana impaknya ialah KESATUAN UMAT ISLAM TERCALAR… budaya rasuah menjadi perkara biasa, mengahwini wanita yang sedang hamil tanpa nikah, kes buang anak, kes bunuh, kes rogol, kes penculikan, kes rompakan, kes kecurian…. dan SEMUA GELAJA SOSIAL semakin berleluasa.. Tepuk dada, tanya iman…

Wahai sekalian kaum muslimin di luar sana…
Semua ini berlaku natijah daripada AL-QUR’AN tidak dijadikan sebagai DASAR PERLEMBAGAAN NEGARA… Betul atau tidak kenyataan dan dakwaan ana ni, TEPUK DADA, TANYALAH IMAN KITA...


Jika kita beriman dan cinta Allah dan Rasul-Nya… maka buktikanlah…

Jadikanlah Al-Qur’an sebagai dasar perundangan negara…

Percayalah! Hanya dengan kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah, semua masalah yang melanda umat akan dapat diselesaikan… tak kira sama ada masalah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya…


Bukankah Islam itu satu-satunya agama yang diredhoi ALlaah Subhanahu wa Ta’ala..?
Sudah tentu segala syariatnya BERSESUAIAN SEPANJANG ZAMAN untuk diaplikasikan dalam kehidupan di dunia buat bekalan di hari kemudian.

Akhirul kalam. mohon maaf dunia akhirat atas keterlanjuran kata yang menyinggung mana-mana pihak di sepanjang penulisan mahupun pergaulan ana dengan antum sama ada secara maya mahupun realiti… Jika kita cintakan Islam… maka tunjukkanlah usaha kalian menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam semua aspek kehidupan.

P/S: Artikel ini ana ambik sedikit (sejarah 1 April Fool) melalui artikel yg diserahkan oleh seorang pelajar kepada ana last week. Namun begitu, ada ayat dan beberapa perenggan yang ana tambah mengikut gaya bahasa ana sendiri (dan apa yg terbuku di hati) dan sudah tentu mempunyai banyak kekurangan dan kesilapan yg ana x sedar. Oleh itu, ana mohon maaf dunia akhirat. Bersama-samalah kita membaca, merenung, menilai… Lihatlah yang tersirat disebalik yang tersurat atas setiap yang berlaku pada diri kita. Moga kita melihat dengan mata hati kita, kerana mata yg zahir selalunya mudah tertipu.

Sekian, waLlaahu a’lam

Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilaLlaah
Syukran jazilan Sis Jannah

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s