2 April 09

Kami tidak mengambil masa yang lama untuk mandi di air terjun Poring kerana jadual yang padat. Dari Poring, kami terus ke SK Lohan untuk program penerangan Palestin bersama Yayasan Amal.

dsc01309edited

Kami ke sana atas undangan sekolah melalui Ckg. Hj. Jumil. Tayangan & penerangan dibuat didalam bilik guru. Walaupun agak sesak, dengan kerjasama yang diberi oleh guru-guru, program dapat dijalankan dengan lancar melalui penerangan yang dibuat oleh KY & Nadir.

Tertarik mendengar penerangan dari KY.

Tertarik mendengar penerangan dari KY.

dsc01294edited

Di sini kami ingin mengucapkan terimakasih kepada pihak sekolah SK Lohan. Guru-guru terutamanya Ckg. Hj. Jumil & Ust. Idris. Tak lupa juga kepada adik-adik pelajar SK Lohan, walaupun ada yang nakal, tapi semuanya comel & menghormati kami. Terimakasih. Moga adik-adik semua akan jadi pelajar yang berjaya =)

dari kiri: Amin, Ckg. Hj. Jumil, Nadir, KY, & Ust. Idris

dari kiri: Amin, Ckg. Hj. Jumil, Nadir, KY, & Ust. Idris

Tamat program di sana, kami singgah di Masjid al-Kauthar, Lohan untuk solat.

Di Masjid al-Kauthar, Lohan

Di Masjid al-Kauthar, Lohan

Selesai solat, kami ke Kedai Runcit Akma di Lohan Ulu Ranau yang merupakan Stokis HPA.  Kami di sini untuk membekalkan produk-produk halal dari Aslam Niaga seperti Zam-zam Cola & Air Tasnim Gau.

Kedai Kak Kamisah & famili. Disebelahnya kedai makan, ada juga menjual pau

Kedai Kak Kamisah & famili. Disebelahnya kedai makan, ada juga menjual pau

Kami mengambil peluang ini untuk mengalas perut dengan mee goreng ayam yang enak. Pau yang dijual juga sedap. Lembut & enak.

Di kedai makan. Yang bertudung pink tu Kak Kamisah

Di kedai makan. Yang bertudung pink tu Kak Kamisah

Kak Kamisah & famili juga mengusahakan kerepek. Bagi sesiapa yang ke Lohan, bolehla singgah di sini samada untuk dapatkan produk HPA, singgah makan atau try pau pandan dan macam macam lagi. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 013-8579798.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s