2 April 09

Ceramah Penerangan Isu Palestine di Masjid al-Kauthar, Lohan

Dari kedai Kak Kamisah, kami kembali ke Masjid al-Kauthar Lohan untuk solat di maghrib itu.

Selepas itu diadakan majlis bacaan Yasin. Selepas itu, tiba-tiba masjid dilanda black-out & bila keadaan kembali pulih, laptop saya pula tak dapat berfungsi. Oleh itu, tayangan ditukar menggunakan komputer Nadir. Walaupun tak dapat menayangkan video, KY berjaya membuat ceramah penerangan dengan baik.

Para jemaah di sana pula kelihatan sangat berminat & banyak bertanyakan soalan, terutama tentang mengapa negara Islam seperti Mesir tidak mahu membantu Palestine.  (Cerita mengenai pemimpin Mesir yang khianat ini boleh diikuti dalam posting saya sebelum ini yang bertajuk: Bagaimana Palestine Dikhianati Pemimpin-pemimpin Mesir & Jordan )

dsc01321edited

dsc01325edited

Tamat sesi tersebut, kami dijemput untuk sedikit santapan. Terimakasih kepada Ckg. Hj. Jumil & jemaah Masjid al-Kauthar =)

Ziarah ke Rumah Putera Harapan Ranau

Selepas itu, kami ke destinasi terakhir sebelum pulang, iaitu ke Rumah Putera Harapan Ranau yang terletak di sebelah Masjid Pekan Ranau. Ia merupakan sebuah rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim di daerah Ranau.

Rumah Putera Harapan Ranau

Rumah Putera Harapan Ranau

Kami bertemu dengan pengurusnya, Ust. Sabri Abdullah.

Bersama Ust. Sabri Abdullah (paling kanan), pengurus rumah kebajikan ini

Bersama Ust. Sabri Abdullah (paling kanan), pengurus rumah kebajikan ini

Menurut Ust. Sabri, bantuan memang diperlukan oleh Rumah Putera Harapan ini terutamanya dari segi pendidikan. Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hubungi Ust. Sabri Abdullah di no: 019-8993315

Kami juga mendapat banyak maklumat dari Ust. Sabri tentang isu kristianisasi. Menurut beliau, Ranau adalah pusat kristian yang terbesar di Asia Tenggara. dari segi kebajikan, mereka (pihak kristian)sudah lama membuka pusat-pusat anak-anak yatim, & dengan dana yang lebih besar. Ust. Sabri menyarankan agar umat Islam dapat membuat rumah anak-anak yatim yang lebih baik. Kalau perlu, kita buat kajian dari mereka.

Kami sangat berterimakasih di atas layanan & maklumat yang kami dapat dari Ust. Sabri Abdullah malam itu. Selepas meminta diri, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke KK. Walaupun risau dengan laptop saya yang rosak, saya tetap lega kerana program yang kami rancangkan berjalan dengan baik. Alhamdulillah =)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s