door

4 April 09

Pada malam ‘free night’ untuk pelajar asrama Teknik Likas Sabtu itu, satu program Muhasabah Mengenang Rasulullah s.a.w. telah diadakan di Surau An-Nur. Ia berdasarkan kepada satu program video muhasabah khas yang bertajuk “Kekasih Yang Dirindu, Muhammad Rasulullah s.a.w.

Antara tujuan program tersebut adalah untuk menanamkan kasih & cinta kepada Baginda Rasulullah s.a.w. & mengenang sirah & pengorbanan Baginda s.a.w. Program ini juga bertujuan menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Program malam itu berjalan dengan baik, walaupun ada beberapa pelajar yang tiada kerana ada program di tempat lain. Terimakasih kepada pelajar-pelajar kerana memberi tumpuan & kerjasama.

Alhamdulillah, pelajar dapat mengetahui lebih dalam lagi tentang kasihnya Baginda s.a.w. kepada umatnya, juga pengorbanan Rasulullah s.a.w.  agar Islam sampai kepada kita. Malam itu, ada air mata yang tumpah kerana kasihkan Rasulullah s.a.w, kerana rindukan Rasulullah s.a.w. InsyaAllah, air mata itu tidak akan sia-sia.

dsc01335edited

dsc01336edited

Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi umat Baginda s.a.w. yang baik, moga Allah s.w.t. mengampuni dosa-dosa kita, moga kita akan mendapat syafaat Baginda s.a.w.

*Saya dengan kerjasama PSS melalui Sdr. Nadir menawarkan pakej Program Muhasabah Mengenang Rasulullah s.a.w terutamanya untuk surau-surau sekolah dll. Program ini percuma & bertujuan memupuk kecintaan kepada Nabi s.a.w., selain memberi kesedaran tentang pengorbanan Rasulullah s.a.w. untuk kita. Pihak yang berminat bolehlah menghubungi saya (rujuk About) atau Sdr. Nadir 019-8110964.Syukran.

___________________________________________________________________________

Raihan

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. albelurani says:

    Moga kasih dan sayang kepada Nabi SAW berpanjangan dengan mempraktikkan apa yang Nabi SAW arahkan dan tinggal yang dilarangNYA….

    albelurani.blogspot.com

  2. inksensei says:

    InsyaAllah..Sebenarnya tujuan kami buat prog ni antara lainnya ialah kami fikir kita slalu buat program muhasabah mengenang jasa ibubapa, menangis ingatkan ibubapa tpi kita x pernah buat org menangis ingatkan Nabi s.a.w, sedangkan Bagindalah sepatutnya org yg paling kita kasihi sebelum org lain. Bukan mudah utk tanamkan kesedaran ni sebenarnya. Kita cubalah buat yg kita mampu, yg penting, dakwah mesti diteruskan…umat Islam, terutamanya generasi muda mesti didedahkan kepada sirah & pengorbanan Rasulullah s.a.w. supaya mereka lebih syg & jaga Islam.
    Sama2 kita berusaha bro. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s