Tulisan oleh Saif al-Mansur http://islamreturn.blogspot.com/

10hb April (Jumaat)

Muktamar Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar kali ke-3 telah diadakan dengan dihadiri oleh kira-kira 30 orang anggota pemuda. Untuk makluman, DPP Sepanggar sebenar telah lama ditubuhkan iaitu sejak dari tahun 2004 lagi. Namun begitu, ianya sekadar jawatankuasa penaja, ini adalah kerana PAS Kawasan Sepanggar masih belum diwujudkan lagi.

img_26331

Hari ini juga tercatat satu lagi sejarah PAS Sabah, kerana pada hari ini juga telah dilancarkan penubuhan PAS kawasan Sepanggar, maka dengan secara langsungnya DPP Sepanggar secara rasmi akan bergerak sebagai Dewan Pemuda PAS kawasan secara sah.

Muktamar kali ini juga telah mempelihatkan rombakan ahli jawatan kuasa pemuda PAS kawasan Sepanggar. Ketua Pemuda baru telah dilantik bagi menggantikan Ust. Hafiz yang telah dinaikkan ke AJK kawasan manakala Sdr Abu Mansur telah dilantik sebagai Ketua Pemuda. Muktamar juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Ust. Hafiz dan kepimpinan lama yang telah lama menerajui DPP Sepanggar sehinggalah tertubuhnya DPP Sepanggar secara rasmi. Semoga seluruh jawatan kuasa lama terus beristiqamah di dalam menggerakan jentera jamaah ke arah penubuhan Khilafah Islamiyyah yang sama-sama kita impikan.

Setelah selesai muktamar DPP Sepanggar, majlis diteruskan dengan pengumuman penubuhan PAS kawasan dan Dewan Muslimat kawasan Sepanggar oleh Ust. Anuar.

dsc01349edited

PAS kawasan Sepanggar akan diterajui oleh Ust Abu Aysraf sebagai YDP kawasan pertama. Pada majlis tersebut juga, penyampaikan sijil keahlian PAS oleh Ust Abu Aysraf kepada ahli-ahli baru disampaikan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Hafiz. Allahuakbar!!

posteredited

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s