Sabtu 11 April 09

Malam itu saya diminta oleh Ckg. Anuar untuk membantu beliau untuk tayangan sempena Ceramah Penerangan Palestin yang diadakan di Surau SMKA KK, selain untuk memberi sedikit penerangan ringkas mengenai STAY ALiVE 2:154 & t-shirt-t-shirt keluaran STAY ALiVE.

Ckg. Anuar bersama Ust. Nik Anwar (kiri), seorang pakar perubatan Islam, juga salah seorang ustaz yang gigih mendidik anak-anak Sabah di SMKA KK

Ckg. Anuar bersama Ust. Nik Anwar (kiri), seorang pakar perubatan Islam, juga salah seorang ustaz yang gigih mendidik anak-anak Sabah di SMKA KK

Ckg. Anuar dalam ceramahnya pula antara lain menerangkan tentang beza antara HAMAS & FATAH, dua badan di Palestin yang mempunyai halatuju yang berbeza. HAMAS gigih memperjuangkan pembebasan & kebajikan Palestin melalui perjuangan Islam, manakala FATAH pula hanya dengan agenda nasionalismanya.

Khusus untuk pelajar SMKA KK, Ckg. Anuar mengingatkan mereka supaya tetap dalam Islam & menyokong perjuangan Islam. Pelajar-pelajar SMKA KK Islam amnya & SMKA KK khususnyapatut berusaha menaikkan Islam ke tempat yang tertinggi, & sebagai pelajar dari aliran agama terutamanya mereka mestilah menjadi insan yang bertanggungjawab. Mereka mesti mendalami ilmu agama yang mereka pelajari & tetap istiqamah dalam mempelajarinya.

Biarpun seandainya satu hari nanti kerjaya mereka tidak berada dalam aliran agama sekalipun, biarpun sebagai jurutera, doktor, mahupun arkitek & sebagainya, biarlah mereka menjadi jurutera, doktor, & arkitek yang punya fikrah Islam, barulah mereka benar-benar berjaya.

dsc01379edited1 dsc01380edited



About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s