dsc01410edited2

Berikut adalah  ringkasan yang dipetik dari buku Prof. Dr. Yusuf Qardhawi iaitu Fatwa-Fatwa Kontemporari dalam Hukum Memperdengarkan Nyanyian“:

“…Dari berbagai pendapat, saya cenderung untuk berpendapat bahawa nyanyian adalah halal, kerana asal segala sesuatu adalah halal selama tidak ada nas sahih yang mengharamkannya.

Akan tetapi, dalam mengakhiri fatwa ini tidak lupa saya kemukakan beberapa syarat yang harus dijaga:

1- Tema atau isi nyanyian harus sesuai dengan ajaran & adab Islam

2- Penampilan penyanyi juga harus dipertimbangkan

3- Tidak berlebih-lebihan

Khusus bagi seorang wanita maka bahayanya jelas jauh lebih besar. Kerana itu Allah mewajibkan wanita agar memelihara dan menjaga diri serta bersikap sopan dalam berpakaian, berjalan, dan berbicara, yang sekiranya dapat menjauhkan kaum lelaki dari fitnahnya dan menjauhkan mereka sendiri dari fitnah kaum lelaki, dan melindunginya dari mulut-mulut kotor, mata keranjang, dan keinginan-keinginan buruk, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

“Hai Nabi katakanIah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu …”

Tampilnya wanita muslimah untuk menyanyi bererti menampilkan dirinya untuk memfitnah atau difitnah, juga bererti menempatkan dirinya dalam perkara-perkara yang haram. Kerana banyak kemungkinan baginya untuk berkhalwat (berduaan) dengan lelaki yang bukan mahramnya, misalnya dengan alasan untuk latihan rekaman, melakukan kontrak, dan sebagainya. Selain itu, pergaulan antara lelaki & wanita yang ber-tabarruj serta berpakaian dan bersikap semahunya, tanpa menghiraukan aturan agama, benar-benar haram menurut syariat Islam.”

Wallahu’alam.

*insyaAllah akan disambung dengan hal yg. berkaitan di masa akan datang.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s