DSC02759(edited)

15 Mei 2009M

2 tahun yang lalu, seorang bayi lelaki comel selamat dilahirkan di Hospital Likas, Kota Kinabalu, disambut dengan penuh gembira & syukur oleh kedua ummi & abinya.

Bayi itu dinamakan Muhammad Wafiy, dengan harapan dia akan menjadi seorang yang terpuji yang menepati impian ummi & abinya, & lebih penting lagi, menepati sifat seorang yang akan berjuang untuk Tuhannya & Islam.  Juga diharapkan dia akan menjadi seorang yang setia kepada kebenaran & perjuangan Islam.

Betapa besar impian ummi & abi, & walaupun hidup kita sudah tidak seperti dahulu, abi akan terus berusaha & berdoa agar Wafiy bisa mencapai & menjadi manusia berguna yang kami impikan. Dan abi akan terus berusaha & berdoa agar keluarga Wafiy akan kembali dalam hidup Wafiy.

Abi percaya, tak kira betapa apa jalan yang dipilih oleh seseorang, akhirnya pasti yang akan dipilih adalah kebaikan. Dan abi sentiasa berharap & berdoa moga kita akan dapat hidup bersama dalam satu keluarga seperti dahulu.

Abi sangat sayangkan Wafiy, & abi juga sayangkan ummi. Dan abi akan terus berdoa…

* “Malam ni abi bersama-sama sahabat-sahabat abi buat satu majlis ringkas doa selamat & solat hajat sempena birthday Wafiy. Walaupun kita jauh, tapi Wafiy tak pernah jauh dari abi. =)”

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

3 responses »

  1. syukrani says:

    ASsalamualaikum wrh bkth, tuan, apa khabar? Sedih macam bunyi…jauh wafiy tu di mana?

  2. SyukraNs says:

    Semoga Wafiy akan bersama family kesayangannya kembali…amin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s