Selasa 26 Mei 2009M

Malam itu kami yang tinggal di PPPNS, geng sekretariat ke Anjung Selera untuk mungkin makan tengah malam terakhir saya bersama mereka semua di KK, kerana esoknya KY (bercuti & ke mukatamar), Salman (ke muktamar), & Ashrul (pulang menimba pengalaman di tempat asal) akan ke Semenanjung. Memandangkan saya akan berpindah ke Semenanjung dalam masa yang terdekat ini, jadi malam itulah yang paling afdhal.

Hampir semua ada malam itu; Murtadha al-ustaz, Nizam Khazam, Umar the dentist, KY, Salman, Makbil, Ashrul, termasuk 2 sahabat praktikal di Aslam yang tinggal bersama-sama kami, Bob & Anuar. Amin tak ikut kerana keletihan manakala Nadir pula masih berprogram di Ranau.

Kecuali Ashrul, kami berlapan memeriahkan D-Max Umar untuk ke Anjung , saya mengambil peluang itu untuk menghirup bayu pantai Tanjung Lipat dari belakang D-Max.

Di belakang D-Max bersama KY & Nizam yang sempoi

Di belakang D-Max bersama KY & Nizam yang sempoi

Ternyata makan malam itu cukup menggembirakan & tambah mengeratkan kami yang tinggal sebumbung selama ini. Apa-apa yang berlaku selepas ini, di mana sahaja kami berada, ukhuwwah ini insyaAllah tidak akan luntur. Bagi mereka yang sudah biasa dalam medan ini, perpisahan adalah perkara biasa. Perpisahan bukanlah noktah. Persahabatan ikhlas ini bukan dibatasi ruang waktu & tempat.

Murtadha, Salman, Ashrul

Murtadha, Salman, Ashrul

Umar, Nizam, KY

Umar, Nizam, KY

DSC01556(edited)(edited)

Brader2 kami yang comel: Bob & Anuar

The secretariats: Berdiri: Umar the dentist, Makbil, Ashrul. Duduk: Nizam Khazam, KY, Murtadha al-Ustaz, Salman BayuGunung

The secretariats: Berdiri: Umar the dentist, Makbil, Ashrul. Duduk: Nizam Khazam, KY, Murtadha al-Ustaz, Salman BayuGunung

Pengalaman hidup bersama manusia-manusia biasa yang kadangnya luar biasa dari segi ukhuwwah & komitmennya ini banyak mengajar saya tentang erti hidup yang sepatutnya diisi dengan jalan menuju Allah.

Sebagaimana saya melihat sahabat-sahabat saya ini makan dengan gembira & bergurau senda pada malam itu, saya doakan mereka semua ini akan lebih-lebih lagi gembira di akhirat kelak. Sebagaimana mereka sentiasa bersama-sama saya di tika susah & senang, saya mohon Allah agar sentiasa memudahkan urusan mereka, di dunia & akhirat.

Amin. Ya Robbil alamin.

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. khairaummah says:

    syukran atas ziarahnya..
    moga thabat di jalanNya…

  2. Sedapnya makan di Tanjung Lipat, labi2 lagi bila orang lain belanja. Alhamdulillah, insyaallah, bertemu tak resah, berpisah tak gelisah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s