Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM: http://idhamlim.blogspot.com/

imageslogopashamas_logo

SHAH ALAM, 7 Jun :

Saya amat berterima kasih kepada saudara-saudara saya di Malaysia, terutama dari PAS kerana telah banyak membantu kami di Gaza Palestin yang bukan sedikit jumlahnya, tegas Syeikh Marwan dalam ceramah perdana bersama Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Stadium Malawati Shah Alam, malam tadi.

Menurutnya, sejarah pencerobohan rejim Yahudi ke atas bumi Palestin bukanlah perkara baru, malah sejak lama kerana ia adalah perkara yang Allah S.W.T. sebut dalam kitab suci al-Quran. Katanya, jika Islam memerintah dunia, maka ia akan sentiasa membawa keadilan kepada semua, tetapi selain Islam sudah tentu penindasan akan terus berlaku tanpa mengenal orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak termasuk harta benda awam menjadi korban seperti apa yang berlaku di Gaza, Palestin.

Walaupun perang senjata telah berakhir, tetapi rakyat Palestin menghadapi perang baru iaitu dikepung dengan tembok besar yang menyusahkan rakyat hingga terpaksa menyeberangi jalan-jalan liku, katanya. Tidak cukup dengan itu katanya, tentera Zionis menggali lubang-lubang besar di bawah masjidil Aqsa dengan merosakkan kubur-kubur sebahagian para sahabat dan keadaan masjid berkenaan dalam bahaya. “Kita juga tidak lupa bagaimana mereka memusnahkan masjid, universiti, sekolah, kilang-kilang yang menjadi tempat bekerja, rumah-rumah kediaman, membunuh ahli-ahli parlimen serta tokoh-tokoh pimpinan Hamas termasuk percubaan membunuh Perdana Menteri, Ismail Haniyyeh dengan segala peralatan canggih, sama helikopter, kereta kebal, mortar dan sebagainya.

Saya secara peribadi amat berdukacita dengan sebahagian negara Arab dan umat Islam, kerana mereka hanya menjadi penonton kepada kejadian yang besar dalam sejarah tamadun manusia, tegas Syeikh Marwan. Mereka lupa tambah beliau, bahawa Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam, tiga masjid utama yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. untuk dikunjungi, apa yang penting umat Islam perlu sedar bahawa Yahudi bukan sahaja menjadi musuh kepada Arab, akan tetapi menjadi musuh kepada semua bangsa manusia di dunia ini.

rasmi16

-Harakahdaily

–dengan tambahan gambar & logo dipetik oleh inksensei

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

2 responses »

  1. nuriman says:

    assalamualaikum salam ziarah…salam taaruf…

  2. inksensei says:

    w’salam. salam taaruf. nnti klu nk resepi bleh p blog enti…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s