DSC01583(edited)

What remains...no more Mr. Ink =)

Sejak saya di sini dari tahun 2003, terlalu banyak cerita suka, duka, tension, & macam-macam lagi yang saya lalui di sekolah ini. Tapi itu biasa, & pengalaman itu bukanlah sesuatu yang dapat dibeli dengan wang ringgit.  Saya tak berhasrat untuk mengimbau kenangan atau berjiwang di sini, cuma untuk melahirkan penghargaan kepada mereka-mereka yang saya kenali di LiTechS ini. Antaranya;

Tn. Pengetua SMT Likas: Ckg. Abdul Hafidz Pg. Adnan

Tn. Pengetua SMT Likas: Ckg. Abdul Hafidz Pg. Adnan

Tuan Pengetua, Cikgu Abd. Hafidz Pg. Adnan;

Seorang ketua & pemimpin sekolah yang komited, penyabar, mempunyai visi & sangat setiakawan. Saya tidak tahu kalau saya boleh jumpa lagi seorang pengetua atau boss yang akan memeluk cikgunya bila mereka ada masalah atau ketika ingin berpisah, ataupun seorang pengetua atau boss yang boleh dianggap sebagai sahabat, abang, yang penyabar & mesra walaupun menghadapi kerenah saya yang bukan mudah.

Sdr. Fakar (kanan) bersama Ust. Zaki, semasa 'last supper' kami di Restoran BTC Kolombong

Fakar (kanan) bersama Ust. Zaki semasa 'last supper' kami di Restoran BTC Kolombong

Sdr.Fakar

Seorang sahabat yang turut bersama aktif, komited, & ringan tulang di dalam mengimarahkan aktiviti Islam samada di dalam jemaah ataupun di sekolah, bahkan semasa pergi memancing di laut sekalipun. Seorang guru kimia yang saya hormati kerana ilmunya, kesabarannya, & nilai setiakawannya yang tinggi. Seorang suami & bapa yang penyayang.  Sedia membantu sahabat & jemaah dengan tenaga, harta, & apa saja yang terdaya. Sering memberi nasihat & peringatan kepada sahabat, kawan-kawan & pelajar dengan penuh berhikmah. Dalam SMS kepada saya bila saya memberitahunya tentang perpindahan saya, beliau menulis; “Sesungguhnya Allah dah beri peluang beramal di sini (Sabah). Itulah hadiah yang tak ternilai.”

Sdr. Mat Zuki

Zuki dalam satu majlis meraikan kelahiran anaknya di rumahnya di Taman Yakim Jaya

Zuki dalam satu majlis meraikan kelahiran anaknya di rumahnya di Taman Yakim Jaya

Zuki sangat saya hormati kerana ilmunya & sifatnya yang mementingkan kawan. Sering memberi nasihat berguna. Guru kimia ini juga komited dengan jemaah & merupakan seorang yang sangat amanah. Beliau juga komited menyampaikan ilmu al-Qurannya kepada anak-anak staf di Surau An Nur, selain turut terlibat dalam aktiviti mengimarahkan surau.
Sdr. Lafzi Amin   Lafzi (berbaju putih berkupiah) sedang mengecat Surau An Nur dalam satu program gotong royong
Lafzi adalah seorang sahabat yang sentiasa sedia untuk membantu sahabat atau kawan-kawan yang memerlukan. Penyokong kepada jemaah. Banyak juga membantu saya secara peribadi, selain tidak lokek untuk membantu dari segi material. Guru matematik ini merupakan seorang yang penyabar & sentiasa update dengan perkembangan terkini negara. Mempunyai seorang isteri yang baik & lemah lembut; Elly & anak-anak yang comel.
Sdr. Jupri dari kiri: Zuki, Jupri, & Deddy semasa program gotong-royong menceriakan Surau An Nur tidak lama dulu
Antara sahabat yang paling pemurah pernah saya kenali. Istiqamah dengan solat di masjid & puasa sunat. Seorang yang sangat peramah & mementingkan sahabat, & sangat memuliakan tetamu. Orang Terengganu yang sangat terer kalau pasal masak nasi dagang. Jupri juga nyata seorang suami & bapa yang baik. Punya isteri yang baik hati; Kak Raihan
Sdr. Deddy
Housemate yang sangat prihatin ketika kami tinggal di rumah bujang dahulu. Guru PKEE ini adalah seorang yang selamba, & menghormati rakan. Sedia menghulurkan bantuan jika diperlukan. Seorang sahabat & individu yang sangat boleh diharapkan. Isterinya Anida juga adalah seorang kawan yang selamba & cool. A lovely couple.
Ust. Zaki
Zaki sering membantu saya dalam melancarkan program-program Surau An Nur & banyak terlibat secara langsung dengan program-program Islam di sekolah. Mempunyai banyak idea-idea baru & pandai mencari peluang untuk memajukan diri & sekolah. Suka belanja makan kawan-kawan. Saya amat mengharapkan Zaki & Ustaz Haswazi akan terus komited untuk mengimarahkan & menghidupkan Surau An Nur & memastikan pelajar-pelajar terus dekat dengan Islam. Saya pasti mereka akan terus berusaha. InsyaAllah.

Cikgu Joefrey sedang memberi kuliah di Surau An Nur

Cikgu Joefrey sedang memberi kuliah di Surau An Nur

Cikgu Joefrey

Ckg. Joefrey atau biasa saya panggil ‘abang’ adalah orang yang sangat komited dengan Islam. Sejak kembali kepada fitrah Islam lama dahulu, beliau istiqamah dalam menganuti & menyebarkan Islam. Saya ingat sewaktu beliau menjadi ketua warden sebelum ini, sangat mudah untuk mendapatkan kerjasama pihak hostel dalam menjalankan aktiviti surau ataupun Sahabat An Nur, jarang terdapat halangan atau kekangan yang tak sepatutnya. Sebenarnya, sepatutnya semua ketua warden atau warden yang beragama Islam bersikap demikian. Alhamdulillah, Cikgu Joefrey yang juga seorang guru PKM juga dikurniakan keluarga yang sangat menyejukkan hati.

Juga kepada kawan-kawan yang lain, Yazid, Linda (terimakasih & maaf kerana memahami & kerana sering menyusahkan ko…) Sulaiman, Kak Hindon, Jamil, Mas, Syam, Suhaila, Nazri, Ustzh. Maznah, Ust. Che Seman, Pn. Nurul, Ooi, Maksan, Kak Dayangku Ain, Kak Khaeriyah, Suhaili, Norwainie, Noi, Lize, Kak Hairani, Melvin, Abg. Pengiran, Azhar, Nat, Nani Andrew, Kak Normalis, Lusrey, Kak Rokiah, Kak Tan, Abg. Sharom, Zulpata, Ckg. Dahlan, Pausin, Nazir, semua pelajar-pelajar saya, & semua warga LiTechS 2003-2009…

 

Terima kasih & mohon maaf atas segala kekhilafan saya sepanjang saya di SMT Likas. Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah.
All the best =)
Tempat yang paling banyak meninggalkan kenangan di SMT Likas; Surau An-Nur. Moga ia terus hidup & diimarahkan. Amin.

Tempat yang paling banyak meninggalkan kenangan di SMT Likas; Surau An-Nur. Moga ia terus hidup & diimarahkan. Amin.

 

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

9 responses »

  1. khairaummah says:

    moga thabat berjuang…ameen

  2. huda says:

    salam mr.ink
    tq atas sgala tjuk ajar smasa sy skul kat ‘tekas’.
    sy rindu kat smua warga teknik likas
    luv u all

  3. salam ink…
    ingat tak lagi zie..
    rindu rasa dah lama tak jumpa…
    jumpa fakar kat kl hari tu kata ink dah pindah p penang…
    zie kat langkawi…bersama suami dan anak..
    jika mai langkawi contact la zie…no fon yang lama juga…
    rindu pada warga teknik likas…semuanya…dok tengok blog ink teringat kenangan lama2..
    dan termasuk ink juga …yang sentiasa cool dan hapie…
    so how ur life now…ok ker…hope u sentiasa hapie with ur new life..my friend…

    • inksensei says:

      W’salam. Dah tentu ingat =) Macamna nk contact, no hp pun xde…
      Life is okay…sometimes up, sometimes down, normal la tu.
      Harap zie pun happy di samping keluarga tersayang =)

  4. nur ayuni says:

    salam ukhwah, .
    asalamualaikum wbt,..
    terima kasih,sir,..
    alhamdlh,sy tlah byk brubah n tglkn kjahilan yg lalu,..
    ne suma jasa sir,..
    harap sir sentiasa d rahmati allah swt…
    doa kan sy cmerlang spm ne yer,..
    =)..

    • inksensei says:

      W’salam.
      Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah.
      InsyaAllah.
      You can do it Ayuni =)

  5. putri nabawi says:

    salam,..
    sahabat annur 2008/2009 adalah generasi terakhir,..
    setelah sir.ink meninggalkn teknik likas,..
    uztzh.J tlah amek alih annur,..
    da xde generasi br buat sahabat annur,
    tp d ganti dgn AJK SURAU,..
    urm,,
    smoga mereka trus success,…

    salam ukhwah..

  6. mohd ikhwani says:

    terima kasih atas segala jasa sir inksensei kran bertungkus lumus memartabatkan surau An-Nur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s