dari kiri: Ckg. Hashim, Saifudin, Salman, & Ali

dari kiri: Ckg. Hashim, Saifudin, Salman, & Ali

Pada petang Jumaat 12 Jun 2009M yang lalu, saya dihantar ke KKIA oleh sahabat saya Saifudin dengan Gen-2nya. Bersama-samanya ialah isteri & puterinya; Ulfah yang comel bangat…Salman turut bersama saya menemani ke KKIA.

Di KKIA, turut menunggu saya ialah sahabat saya Ali, & sahabat saya & juga abang yang sangat saya hormati; Ckg. Hashim. Ali ialah seorang sahabat dalam jemaah yang banyak bertanggungjawab dalam soal pengurusan PASTI di sini, manakala Ckg. Hashim adalah sahabat saya di dalam team ‘Sahabat Bible’ yang disatukan oleh Ustaz Abdullah Din, mentor & sahabat kami yang kini aktif di Kedah.

Bersama Abg. Hashim & Salman

Bersama Abg. Hashim & Salman

Kami sempat bersantap seketika bersama-sama di airport sebelum saya menaiki penerbangan yang membawa saya ke KL pada petang itu. Ada juga yang tak sempat bertemu saya di sana pada waktu itu seperti sdr. Lafzi, Fakar, & Zuki. Pun begitu, perpisahan pada petang itu tidak dalam keadaan duka, kerana kami seolah-olah faham bahawa tak kira di mana kami berada, persaudaraan kami ini tidak pernah putus sebenarnya, kerana kami diikat oleh tali akidah & perjuangan yang sama.

Ia cuma satu perjalanan ke sebuah tempat yang lain, bukannya satu perpisahan. Ia adalah satu hijrah, bukannya satu kepulangan. Kerana saya percaya ‘home is where the heart is,’ & sebahagian hati saya ada di bumi Sabah yang sentiasa subur dengan ruang-ruang perjuangan ini.

Saya mengimpikan untuk kembali ke daerah ini, & saya berharap untuk melihat sahabat-sahabat saya di sini terus kuat & istiqamah, sebagaimana harapan mereka terhadap saya di tempat baru nanti.  InsyaAllah, kita akan bertemu lagi. Mari kita teruskan perjuangan…Allahuakbar!

Din, Man, Ali. Jumpa lagi =) InsyaAllah.

Din, Man, Ali. Jumpa lagi =) InsyaAllah.

InsyaAllah =)

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. sedih tak dapat ikut hantar abg ink sensei ke airport, ape pun, smile always, pray hard, work smart.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s