Nukilan ini sangat menyentuh hati saya. Dari seorang saudari muslimah yang ditemukan Allah & berdialog dengan seorang SIS (Sisters in Islam, atau saya rasa lebih tepat lagi dipanggil SOOI (Sisters out of Islam). Ironi sebenarnya, sebab dalam satu nukilan dari saudari yang sama sebelum itu, beliau telah berdialog dengan seorang saudari bukan muslim yang berminat dengan Islam. Sedih mengenangkan, dalam situasi yang hampir sama, di waktu yang lain, seorang saudari muslim mempertikaikan Islam kepada saudari penulis kita ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai penulis & artikel sambungannya, boleh terus ke blog beliau =)

dipetik dari http://atriza.blogspot.com/

Berdoa
Artikel kali ini seperti yang pernah ana titipkan di ruangan ini tidak lama dulu. Tentang seorang Wanita berbangsa Cina dan ana. Kisahnya bagai sama. Tetapi bezanya masih ada. Memikirkan ianya patut ana kongsikan ana imbaslah kembali peristiwa yang bertandang semalam itu. Seperti situasinya masih sama perti sebelum ini. Namun apa yang ana harapkan kepada yang sudi membacanya, ambillah iktibar dan binalah persiapan dalam apa jua keadaan pun.

Keadaannya masih dalam bas. Saat ana pulang dari kerja. Kalau ikutkan memang ingin lena, tapi sejurus di dalam perut bas, lain pula jadinya. Dengan permulaan yang disapa seseorang yang duduk di sisi kiri ana setelah lamanya diam tanpa ada tanda-tanda ingin bicara. Dialog awalnya sebegini…

Sambil menoleh ke arah ana, dan pandangan kami bertaut. “Awak seorang penulis ya?”

Agak terkesima ana tika ditanya sedemikian. Hanya senyuman yang membalas katanya itu.benarnya ana tiada idea untuk membalas apa dengannya. Dia yang seorang wanita Islam, tetapi tidak keseluruhan keindahan yang ada padanya ditutupinya. Agak jengkel juga ana dibuatnya. Hanya hati yang banyak berzikir agar tidak terdetak kata-kata yang lainnya. Ana terus dipandangnya. Jadi serba tidak kena dibuatnya. Wanita yang berwajah manis itu mengukirkan senyuman buat ana. Dalam hati sedikit terkata, ‘Apa kena dia ni?’


“Awak tak panas?” soalnya lagi macam mengajak ana bicara dengannya. Sambil tanyanya itu dia memandang ke atas bumbung bas mengunjukkan jarinya yang di atas tempat ana duduk itu tiada pendingin hawa. Oh ya, bas yang ana naiki itu, bas dua tingkat. Dan ana duduk di tingkat duanya.
“Alhamdulillah tidak. Awak tinggal di Seremban ke?” ana mencuba alihkan suasana seperti yang pernah ana kena sedikit masa lalu. Tentang panas hingga larutnya ke tudung dan selanjutnya menyentuh tentang Islam yang ana sayangi. Senyumannya masih terukir. Sekali sekala rasa rimas juga, tapi hati segera memujuk akal agar sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan demi Agamaku.
“Saya tinggal di Seremban 2, Garden Street Home. Awak kerja di Kuala Lumpur ke? Tak panas ke berkot ni?” jawapan pertamanya membuatkan ana teringat akan Kakak saudara yang tinggal di Taman itu. Soalan yang pertama dalam ayatnya itu membuatkan ana rasa sedikit bersemangat untuk membalas bicaranya. Tetapi ayat akhirnya itu sangat merimaskan ana.
“Ooo.. Ya saya kerja di Kuala Lumpur. Di samping tu masih belajar juga. Tidaklah biasa je.” balas ana tanpa ada persoalan lagi untuk dihadiahkan kepadanya. Ya memang ana suka memakai kot. Selesa dan sebagai penahan sejuk pabila dalam bas atau di amana sahja.. ana suka mengenakan kot.
Dia menduga, segera ana cuba memaniskan muka. “Awak macam tak ada mood sahaja.”
“Aaa..ok je. Cuma tak ada idea nak tanya apa..” senyum ana membalas akhir ayat itu.

“Oo.. Kalau awak tak ada apa yang nak tanya, boleh saya tanya?” ana mengangguk dan membalas dengan senyuman.

Rupanya jawapan ana tadi membuka ruang yang seluasnya kepada perempuan yang ini. “Kenapa awak pakai tudung ya? soalan yang agak menampar diri ana. Sangat geram dihati. Namun istighfar masih ana lanjutkan..

Sebolehnya ana ingin menjawab ringkas dan sedia maklum. Dengan nama Allah ana mulakan.

“Kerana itu tuntutan Agama Islam. Maaf tanya, awak beragama apa?” tanpa berselindung ana terus menyakan tentang agamanya. Sebab tidak ingin ana menjadi orang yang sia-sia dalam bicara tentang agama. Melainkan dengan orang yang benar-benar tidak tahu dan sangat ingin tahu tentang Agama Islam yang ana anuti ini.

“Ohh.. Saya juga Islam. Kenapa Agama Islam itu menuntut pada wanita sahaja memakai tudung? Tidak pada muslimin?”


‘Ya Allah..hati hambaMu ini sangat membara tika ini. Ya Allah jadikanlah diri ini manusia yang tenang dan menyenangkan Agama juga manusia yang meminta. Jadikanlah hambaMu ini manusia yang berhemah kata-katanya… Ya Allah sabarkan hambaMu ini..’ doa yang pantas ana pohon pada Rabul Izzati.


“Alhamdulillah awak Islam. Risau kalau-kalau saya salah bicara tadi. Soalan awak tu mudah sahaja, sebab tak dituntut pada muslimin adalah nak membezakan seorang itu muslimin atau muslimah.” teringat ana dengan beberapa wanita bukan Islam yang pernah ana berinteraksi denganya. Sesungguhnya hal ini tidak pernah ditanyakan.. Apakah wanita yang disebalah ana itu seorang SIS.. ahhh.. entahlah.

Dia menjawab dengan anggukkan. Dan sesungguhnya diri ini masih rasa tidak tenang dengan wanita yang di sebelah ana ini.

“Awak tahu tak kenapa Wanita Islam itu mundur, kolot, lemah, pengecut?! Dalam Quran ada kata ‘Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.’ Awak tahu itu surah apa?” tamparan yang sangat hebat bagi ana waktu itu. Semangat untuk membela Agama sangat terpancar. Ana merenung di luar kaca kenderaan mencari kekuatan. Tersentak sangat. Bagai ingin menitis air mata ini. Lagilah dengan Kata-Kata Allah dia selitkan. Hati menguatkan. Setelah itu ana memandang tepat pada wajahnya.

“Ya, itu makna Ayat Surah Az Zumar Ayat 9. Wanita Islam tidak lemah. Jangan sekali-kali dikatakan begitu. Saya juga adalah seorang Wanita Islam. Jangan sekali-kali disindir begitu sesuka. Di manakah pula KeIslaman yang saudari pertahankan? Sedangkan Perintah Allah saudari tidak laksanakan.”

Alhamdulillah sedikit sebanyak ana menghafal Surah Az Zumar serta maknanya. Kerana dalam ayat itulah banyak kekuatan yang ana peroleh sedari zaman belajar dulu. Selain itu, ana tidak sedari kekuatan mana yang datang bertiup kencang pada diri. Walau tampak emosi, setelah ana renung kembali, ana wajiblah menjadi Muslimah pembela. Bukan mengiyakan sahaja. Lantas tidak ana guna kata ‘awak’ lagi. Tetapi saudari.

“Wow, soalan yang bagus. Saya ketengahkan ayat tu sebab ramainya orang Islam tak ambil maknanya betul-betul. Macam ada ayat yang menyatakan ‘Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.’..”

“Ya itu maksud ayat dalam Surah Ar Ra`d ayat 7. Sebenarnya saudari perlu tahu. Mengapa ayat itu Allah turunkan.”, angin semilir manalah yang dah bertiup kuat di diri ana ini yang terus membidas ayat-ayatnya. Namun hakikat ana masih tidak berpuas hati dengan tuduhan yang tak berasasnya. Seolah-olah menghina semua Orang Islam.

“Tak silaplah saya berbicara dengan awak ya. Awak ingat Nama Surah juga ayat berapa. Saya adalah Islam sejati. Lantas itulah saya nak awak fikirkan kenapa Orang Islam yang tak seperti saya tak maju-maju dan terkebelakang. Sebab mereka taknak ubah diri mereka. Asyik memakai tudung, menutup semuanya. Bukankah kecantikan itu anugerah Allah. Kenapa perlu disorokkan?”

‘Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini tidak kuat untuk menyergah manusia ini. Ya Allah bantulah hambaMu ini..’ Hampir menangis ana dengan ayat yang dilontarkanya. Dia sudah seakan sedikit emosi dengan kata-katanya sendiri.

“Saudari, kalau saudari ada sesuatu benda yang saudari sayang. Adakah saudari jajakan pada orang. Tentu tidakkan? Sekurangnya jadi perhiasan di almari-almari mewah di rumah. Paling tidak tentu disimpan di tempat yang dikunci rapi. Bukankah cantik seseorang wanita itu Allah nilai pada akhlak juga tingkah lakunya. Kenapa perlu didedahkan sana sini? Saudari juga perlu tahu, sorang yang mengaku dirinya baik, selalunya adalah sebaliknya. Bukankah saudari menyatakan yang saudari Islam Sejati? Bagaimana tu? Sedangkan tuntutan yang disyariatkan tidak dilaksanakan.”

Alhamdulillah, ana dapat menjawab secara tenang. Walau ana tidak mengetengahkan Ayat-Ayat Allah. Tetapi bagi ana cukuplah peluru itu kena pada sasarannya. Walau tidak mati si penjenayah itu, tetapi dia cedera. Wanita berambut perang yang tidak panjang tetapi pendek itu seakan tersentak dengan peluru yang ana lepaskan.

“’Dan rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakan sendiri..’ Surah Fathir ayat 43. Saya menasihati diri saya sendiri. Saya tau saudari banyak ilmu, jangalah salah gunakanya. Maafkan saya. Saya harap sangat saudari sedar apa yang saudari perkatakan tadi. Islam itu mudah, cuma manusia itulah yang menyulitkannya.”

“Tapi kenapa orang seperti awak yang menutup semuanya masih banyak mengata orang lain, buat jahat dan macam-macam lagi!”

Ana fikir diamnya itu tanda membenarkan kata-kata ana. Tetapi satu tumbukan lagi diberikannya kepada ana. Doa seperti tadi masih ana wiridkan agar ana jawab dari hati dan Islam. Bukan kerana emosi atau marah kerana disakiti olehnya itu. Senyuman ana berikan dalam kesakitan yang dirasa.

“Kerana semua orang yang Islam belum tentu beriman. Tetapi sesungguhnya orang yang beriman itu adalah Islam. Dan paling ringkasanya, penghayatan dalam Agama tidak diserapkan dalam diri mereka. Awak mengertikan? Dan saya merasakan awak bukan calang-calang manusia yang diciptakanNya. Selagi di dunia, kita boleh sesalkan apa sahaja. Tapi di Akhirat sana, sebesar hama atau kuman tidak akan dapat kita lakukan sama sekali.”

Doa ana moga hujjah itu adalah yang akhir dengannya. Ana bicara pun kerana ana merasakan dia manusia yang terjebak dengan arus. Bukan kerana hatinya ingin sedemikian. Tetapi kerana mengikut nafsu yang mengaruskannya seperti itu. Akhirnya dia menyepi. Dan ana juga mengambil langkah sedemikian.

Dia memicingkan matanya. Mungkin mengimbas silamnya yang sempurna, tetapi kini agak rabak dirobek perasaan mengikut. Dan ana pun terus berdoa untuknya sebagai saudara seagama.

Rasanya dia menahan sesuatu yang tidak dapat ana rasa. Mungkin kesal, atau sedih dengan situasinya yang jauh dari Agama, atau entah apa-apa..

Perjalanan memasuki Tol Seremban. Ana tidak lelapkan mata lagi hari ini. Serasa berat kepala ni. Mungkin berfikir untuk hujjah yang dikemukan. Mungkin juga kerana banyak menekan diri tadi. Doa kumohon padaNya agar ana bisa berbuka bersama mak di rumah. Ana lihat jam di hp, baru jam 634 petang, alhamdulillah..

Tika hampir di Terminal 1, wanita itu berbicara pada ana. Senyuman dihadiahkan lagi. “Terima kasih ya. Saya suka berbual dengan awak. Ni kad saya. Kalau awak sudi hubungilah saya. Saya nantikan. Maaf ya dari saya.”

“Alhamdulillah, hanya DIA yang layak dipuji. ok. Insya`allah saya hubungi awak nanti.” Desis hati.. ‘Mungkinkah kerana berkat orang berpuasa atau nikmat yang telah Pencipta ana sediakan.. sungguh ana merasakan kedua-duanya.’

Kepala ana ni masih terasa beratnya. Kad nama itu tidak ana lihat langsung. Terus simpan ke poket kot. Kerana membayangkan senyuman mak dan ayah, ana gahkan juga menapak..walau bagai berpinar rasanya..

Alhamdulillah berkesempatan tiba di rumah sekitar jam 7 petang.. Tersentak hati mengenangkan dialog tadi..

‘Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?’

*gambar sekadar hiasan

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

3 responses »

  1. Suara Hati says:

    Salam ziarah, nice blog…

  2. Suara Hati says:

    Selamat Hari Bapa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s