img_4734

Jenguk-jenguk blog sahabat-sahabat, saya gembira bercampur terkilan bila membaca & melihat gambar-gambar Sukaneka PASTI yang di Abu Nuha Corner ( http://abunuha.wordpress.com/ ).

Gembira, sebab pertamanya Sukaneka PASTI yang diadakan di Stadium Likas kali ni sangat meriah, berwarna warni, & berjaya.

Keduanya, kerana seperti tahun-tahun sebelumnya, An Nur Crew turut terlibat membantu. Saya difahamkan mereka dibawa oleh Sdr. Fakar. Nampaknya An Nur Crew masih lagi giat & aktif. Alhamdulillah.

Terkilan pula sebab tak dapat ikut…huhu..

Saya amat mengharapkan Sdr. Fakar, Zuki, Haswazi, Zaki dll. dapat terus memastikan kelansungan aktiviti untuk Sahabat An Nur a.k.a. An Nur Crew LiTechS. Anak-anak muda kita di LiTechS itu perlu terus ditanamkan & diaktfkan dengan Islam. Moga Allah akan memberi kekuatan & kemudahan untuk sahabat-sahabat saya di LiTechs untuk terus istiqamah mendidik anak-anak muda harapan masa depan kita demi Islam yang terus subur khasnya di bumi Sabah. Amin.

Berikut adalah petikan liputan dari Abu Nuha mengenai sukaneka tersebut beserta gambar-gambar berkaitan. Terimakasih kepada sahabat saya Abu Nuha.

Untuk liputan & gambar-gambar yang lengkap, boleh terus ke Abu Nuha Corner http://abunuha.wordpress.com/

_____________________________

img_4499

Alhamdulillah, sebagaimana dijadualkan hari ini berlangsung meriah Sukaneka PASTI Pantai Barat bagi tahun 2009 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Dengan kehadiran lebih 1200 orang terutama ibu bapa dan ahli keluarga pelajar yang memenuhi ruang tempat duduk berbumbung stadium, sukaneka ini menghimpunkan 444 peserta iaitu para pelajar daripada 14 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dari seluruh Pantai Barat Sabah, termasuk wakil daripada Beaufort.

Sukaneka PASTI kali ini dirasmikan dengan jayanya oleh YDP PAS Kawasan Putatan yang baru, Abdul Hamed Bakar. Dalam ucapannya, antara lain beliau menegaskan bahawa PASTI adalah pra sekolah yang semakin berkembang di seluruh negara termasuk di Sabah.

Di kawasan Pantai Barat Sabah dari Kudat hingga ke Beaufort dan Keningau, terdapat 20 buah PASTI, manakala di seluruh Sabah, tidak kurang 40 buah PASTI. Menurut Abd Hamed, pengurusan PASTI Pantai Barat merancang untuk menubuhkan 3 lagi PASTI pada tahun hadapan.

Untuk rekod, PASTI Malaysia telah berusia 25 tahun dan sejak itu sehingga kini telah melahirkan lebih 300 ribu pelajar. Kini terdapat 63 ribu pelajar di 1700 PASTI seluruh Malaysia dengan keseluruhan 3300 jumlah guru.

Dalam sukaneka itu, PASTI al-Amal, Likas telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Sebanyak 10 acara dipertandingkan yang dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan iaitu susun abjad, isi air dalam botol, pakaian seragam, lari dalam guni dan lari berganti-ganti.

Turut mencuri tumpuan ialah lari berganti-ganti 4×100 meter khusus untuk ibu bapa dan AJK penganjur serta pertandingan menganyam ketupat untuk kaum ibu.

Kemeriahan sukaneka yang berakhir pada jam 2 petang itu juga terserlah dengan kehadiran kira-kira 20 orang  jurugambar bebas dan profesional khususnya dari MSJ Photography dan lain-lain bersama kamera jenis DSLR.

Kehadiran mereka yang pada mulanya tidak dijangka dan mengejutkan urusetia, dan ia jelas menunjukkan betapa aktiviti jamaah kini mula mendapat perhatian pelbagai pihak.

img_45881

img_4477 img_4486


img_4493 img_4497

img_4501

img_4503

img_4505 img_4506

img_4514 img_4525

img_4530 img_4609

img_4619 img_4631

img_4713 img_4717

img_4754 img_4757

img_4783 img_4848

img_45401 img_46511

img_46541 img_46861

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

One response »

  1. ira^cairo says:

    Salam ….
    Cute nya anak2 PASTI!!!Teringat kat anak2 PASTI di Shah Alam🙂

    Alfun Mabruk kepada AJK PASTI Sabah dan PEMUDA yang terlibat dalam menjayakan sukaneka PASTI tersebut … teruskan perjuangan ….

    Semoga Allah merahmati dan memberkati semua … amin ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s