Bila menyelidik berkenaan PASTI, kita tak dapat lari dari bercakap perihal guru-gurunya. Lazimnya mereka adalah guru-guru yang sanggup bekerja bukan untuk material semata-mata kerana kenyataannya, bekerja sebagai guru PASTI dibayar dengan wang yang sedikit, berbanding mengajar di tempat lain, tapi harus kita ingat bahawa sekiranya manusia-manusia guru PASTI ini ikhlas, mereka pasti akan dibalas dengan ‘wang akhirat’ yang tinggi nilainya di sisi Allah, kerana pengorbanan & jasa mereka bukan sedikit.

Tulisan & gambar berikut dipetik dari KP Ustaz Nasrudin Tantawi; http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Puan Faridah Dawam

Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah PerakTerlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI…
Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.
Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..
Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma’ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah – Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.
Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..
Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..
Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.
.
.
*salah satu komen untuk post ini:
“Biasanya, kalau majlis yang besar, orang berebut-rebut nak tayang muka.
Sungguh ironi, bila tokoh guru kita, memilih untuk mengekalkan purdah beliau. Tiada siapa kenal, dan beliau mahu kekal dengan ‘anonimosity’ tersebut. Moga Allah menerima amal ikhlas beliau”

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s