MONDAY, 29 JUNE 2009

MANEK URAI BARU, 29 Jun – Mohd Fauzi Abdullah menjadi perhatian masyarakat Manek Urai selepas diumumkan sebagai calon PAS di Dun Manek Urai Jumaat lalu. Beliau yang mesra dengan panggilan Abang Uji terus menjadi perhatian masyarakat, malah masanya menjadi semakin padat sekarang.
Malah kelibat isterinya, Aminah Mahmood siang dan malam setia menemani suaminya suatu yang menarik dalam membantu beliau memenuhi tuntutan tanggungjawab sejak diumumkan sebagai calon mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.

Dalam kesempatan hadir ke program anjuran Pasti Kampung Manek Urai Baru petang semalam, beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra dengan ibu bapa pelajar, ternyata beliau seperti yang diperkatakan ramai, ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja tidak mengira ideologi parti.

Pada majlis itu beliau dipetik sebagai berkata, pentingnya pemantauan ibu bapa terhadap anak-anak sejak mereka berumur kanak-kanak lagi memandangkan banyaknya cabaran sosial yang berlaku sekarang.

“Walau pun anak kita masih kecil seharusnya mereka dijaga sebaik mungkin agar tidak terikut-ikut kerenah remaja masa kini yang semakin tidak terkawal,” katanya kepada sebilangan ibu bapa yang hadir.

“Saya amat memahami masalah dihadapi remaja sekarang. Saya juga akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekati mereka bersama menangani masalah sosial,” ujar beliau lagi dipetik berkata.

*dengan sedikit editing oleh inksensei
-untuk maklumat terkini & sohih, sila ke http://prkn41.pas.org.my/

PosterMU

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s