mansuhkan-isa

-Sumber: TVPas
Ini gambar Mat Sah Satray a.k.a Abah Suhaib.

1-Beliau telah ditahan dibawah ISA pada 18 April 2002.

2-Beliau dituduh sebagai seorang Ahli Jemaah Islamiyyah(JI) yang boleh memberi ancaman kepada negara.

3-Beliau telah diletakkan di Pusat Reman Polis(PRC) selama 54 hari( dari 18 April – 10 June 2002) dan tidak dibenarkan bertemu peguam.

4-11 June 2002 beliau dihantar ke Kem Kamunting untuk di tahan selama 2 tahun bermula pada tarikh 12 June.

5-13 June 2004, cukup 2 tahun, penahanan disambung lagi 2 tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Abdullah Badawi) hingga tahun 2006.

6-13 June 2006, cukup 2 tahun, penahanan disambung lagi dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Abdullah Badawi) hingga tahun 2008.

7-13 June 2008, sebaik saja cukup 2 tahun , penahanan disambung lagi dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Syed Hamid Albar) hingga tahun 2010.

8- Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah di kenakan sebarang caj(charge) oleh polis.

9- Beliau tidak pernah di jamin oleh sesiapa.

10-Beliau tidak pernah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Tiada pendakwaraya yang terpaksa mengemukakan bahan bukti seperti orang, gambar, barang2 dsb untuk menyokong tuduhan keatas beliau.

11-Beliau telah dikurung di Kem Kamunting lebih 7 tahun.

12-Beliau tidak tahu apa kesalahannya dan bila akan dibebaskan…………

 

Bicarakan dia di mahkamah…

 

YB Dr Lo Lo ketika melawat Pn Saoda, ibu Mat Sah awal tahun 2008.

 

Ini kesah sebenarnya. Isu ISA memang itdak pernah masuk dalam senarai untuk dibincangkan, tetapi ianya tiba-tiba saja disebut oleh YB Jidin Safee (BN) dan YB Siti Zailah (PAS)

Semasa Hishamuddin terkulat-kulat mencari idea untuk menjawab soalan tentang ISA, YB Dr Lo Lo dah sedia bangun dengan soalan beliau sendiri…Ketika menanyakan soalan itu, tubuh Dr Lo Lo menggeletar kerana merasa terlalu marah dan geram dengan jawapan Menteri Dalam Negeri yang seolah-olah cuba mencari perkataan sesuai untuk mempertahankan ISA” kata Puan N, salah seorang wartawan Harakah yang berada di Parlimen ketika itu.

Lo’ Lo’, in her question, said Opposition members were also placed under the ISA although they were not involved in the alleged activities, adding one of them had yet to be released probably due to his wife’s active involvement in the Abolish ISA Movement.“If the government has proof of their activities, they should be tried in court and be given a chance to defend themselves,” she added. Hishammuddin said the ministry was reviewing the laws under its purview, including the ISA, and as long as they have yet to be amended, the existing laws remain

 

 

Menurut Puan N lagi, Dr Lo Lo telah menyebut nama saya, sebagai isteri tahanan yang telah masuk 8 tahun dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting…… namun… setiap kali persoalan sama ditanyakan iaitu….. kenapa tidak bawa saja ke Mahkamah? Jawapan Hishamudin memang sama dengan jawapan PM iaitu ISA sedang di review …….. satu jawapan yang standard dan tiada time frame!!!!

-dipetik dari MerahHitam (http://lailagmi.blogspot.com/ )

isa

*I.S.A= Internal Security Act/ Akta Keselamatan Dalam Negeri

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

4 responses »

  1. tongkatmusa says:

    isa adalah bagi menjaga keselamatan negara dan terpakai terhadap semua orang. Dalam hal ini,orang politikpun tidak boleh dikecualikan kerana acapkali merekalah yang menghuru-harakan keadaan. Perlu faham falsafah bahawa negara tidak menjawab kepada orang politik, sebaliknya orang politiklah dikehendaki menjawab kepada negara bahawa tindak tanduk mereka tidak mengancam keselamatan negara. Sememangnya ISA adalah undang2 sah yang berkesan mengekang apa jua tindakan covert atau overt terhadap keselamatan negara. Maka mana-mana orang yang “corner baring” menghuruharakan keadaan, ISA (bukannya mahkamah) adalah sebaik-baik kaedah mengekang perbuatan mereka. Perlu faham juga bahawa ISA adalah Undang2 Tuanku bukan UMNOpunya, maka orang politik tak kira UMNO atau pembangkang sama-sama terikat dengan ISA – maka jangan ada sesiapa, ada mana-mana golongan nak “corner baring”, kesudahannya jatuh terbaring. Perlu faham bahawa fahaman sosialisme, republik dan komunisme sebenarnya bertentangan dengan konsep raja berpelembagaan yang diamalkan diMalaysia.
    Apa yang saya nampak, pemansuhan ISA yang diwawarkan lebih bersifat kepentingan politik bukannya bersifat kepentingan negara. Yang perlu dipertekankan sepatutnya adalah keharmonian, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan. Masaalah rumah2 terbengkalai dan pemaju-pemaju yang banyak melakukan penipuan terhadap pembeli2 – apakah mahkamah dan kerajaan telah dapat membendung penyangak-penyangak tersebut dengan Akta Perumahan? Kanun Keseksaan ataupun Undang2 Rasuah? Ini baru hal kesejahteraan rakyat belum lagi keselamatan negara!
    Orang-orang yang menyalahgunakan ISA yang perlu diambil tindakan bukannya undang2 itu. Dan mereka-mereka yang tidak menggunakan ISA dalam keadaan sepatutnya juga sebenarnya telah juga bertindak mengancam keselamatan negara dan perlu diambil tindakan.
    Ramai tentera dan polis persik mati tanpa anak-isterinya dibela dalam usaha mereka merisik demi keselamatan negara. Perbuatan-perbuatan underworld, mafia dan kumpulan gelap yang melacurkan perempuan-perempuan, pengedaran dadah, peras ugut, ahlong dan perbuatan maksiat-maksiat yang lain, pengganas-pengganas yang kita ketahui dan tidak diketahui, apakah kamu bersedia menjadi saksi terhadap mereka itu dimahkamah? Apakah kamu bersedia menjadi perisik (dengan berpura-pura menjadi kawan baik mereka) terhadap perbuatan penyangak2 tersebut? Apakah mekanisme dan cara negara merisik tindakan overt dan covert musuhnya perlu didedahkan? Dalam rumahtangga pun ada rahsia, dalam perniagaan pun ada rahsia, inikan pula negara.
    Fikir masak2 dan jangan terlalu mengikut perasaan.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    • inksensei says:

      Assalamualaikum Dr. Abdul Rani.

      You obviously don’t read & watch my posting. Or perhaps you just read from one sided only. Anyway, thank you for your comments. I appreciate that.

      Perhaps you can read & learn from the tafsir what these verses means;

      “Allah doth command you to render back your Trusts to those to whom they are due; And when ye judge between man and man, that ye judge with justice: Verily how excellent is the teaching which He giveth you! For Allah is He Who heareth and seeth all things.”
      -An-Nisa’: 58

      “Now then, for that (reason), call (them to the Faith), and stand steadfast as thou art commanded, nor follow thou their vain desires; but say: “I believe in the Book which Allah has sent down; and I am commanded to judge justly between you. Allah is our Lord and your Lord: for us (is the responsibility for) our deeds, and for you for your deeds. There is no contention between us and you. Allah will bring us together, and to Him is (our) Final Goal.”
      -As-Syura:15

      “Allah commands justice, the doing of good, and liberality to kith and kin, and He forbids all shameful deeds, and injustice and rebellion: He instructs you, that ye may receive admonition”
      -An-Nahl:90

      I’m not against ISA for political reasons, & I believe those who disbelieve in ISA also have the same thought. As for me, I am against it because it is against Islam & the principle of justice , & I believe that Islam is also your religion too Dr. You have given so long comments, but GMI don’t just talk nonsense. They experience it & the make researches & studies. They don’t simply don’t agree with ISA for political or other immature reasons.
      You can say whatever you want, it’s your right, but why don’t you tell your comments to Mat Sah’s family, or other family members of ISA’s victims?

      From Islamic perspective, ISA is obviously has the syubhah element where one can be detained without trial & the authority has too much of power.

      If they commit such wrongly acts or crimes, give them a fair trial. That’s what Rasulullah s.a.w. did even when he can actually just punish the person who obviously guilty. If there is a problem with the witness system, then we should do something to improvise that right? Not by having a law that don’t respect justice & human rights, not to mention against Allah’s law as well.

      And those are just few, not all reasons why I am against ISA, why we should get rid of this tribal law.

      You can agree or disagree with me, but don’t disagree with al-Quran, please.

      May Allah bless you always Dr. Assalamualaikum.

      =)

  2. Abu Nuha says:

    Allah SWT pernah iblis memberikan hujjahnya ketika iblis enggan sujud kepada adam.

    Iblis kata dia lebih baik daripada adam kerana ia dicipta daripada api, sedang manusia daripada tanah.

    Sesungguhnya Allah SWT maha tahu bahawa hujjah iblis salah dan Dia benar. Tetapi ruang berhujjah tetap dibuka.

    ISA, tidak membenarkan ruang berhujjah di mahkamah dibuka. Polis jadi polis. Polis jadi pendakwa. Polis jadi hakim.

    Adakah polis lebih berkuasa dan lebih betul daripada Tuhan yang maha berkuasa?

    • Penyokong Abu Nuha says:

      Sokong Abu Nuha……
      TOngkat Musa ni tak alert isu semasa laa,
      mungkin dok dalam gua kot….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s