gunung-kinabalu1

Bismillahirahmani rahim

Kalau ada orang yang pertama sekali ingin saya ucapkan terima kasih kerana mengubah saya & membawa saya ke dalam fikrah Islam, (& saya masih perlu terlalu banyak belajar sebenarnya) orang itu pastinya ialah sahabat saya Ust. Zol Amri yang kini berada di Selangor.

Tak lupa juga kepada seorang lagi sahabat yang juga mentor saya, Ust. Abdullah Din yang kini berada di Kedah, yang banyak menyedarkan saya tentang ganjaran akhirat yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang menyeru manusia kepada Islam, & juga betapa sebenarnya dakwah & menuntut ilmu itu sebenarnya tidak patut ada noktahnya.

Saya ingin sekali berjumpa mereka kembali jika ada kelapangan, & jika masih diberi nafas, saya akan menulis tentang 2 sahabat ini di nukilan yang lain, insyaAllah.

Mengenai sahabat-sahabat di dalam fikrah di bumi bertuah Sabah (selain mereka di SMTL & sekretariat), mereka-mereka ini adalah manusia-manusia yang dipilih Allah untuk mejadikan Islam sebagai matlamat perjuangan, & tulisan ini bukanlah untuk memuji, kerana bukan itu yang menjadi nilai kepada manusia-manusia ini. Ini adalah tanda terimakasih & ingin saya mohon maaf daripada mereka, di atas segala kesalahan & kesilapan saya  & moga kita dapat belajar dari kebaikan & amal  mereka, moga kita sama-sama berusaha menjadikan diri kita hari ini lebih baik dari semalam insyaAllah.

Ckg. Anuar

Terlalu banyak perkara yang saya belajar dari beliau. Seorang pemimpin yang berpandangan jauh, pendakwah yang hidupnya hanya untuk perjuangan Islam, guru yang sentiasa sedia berkongsi ilmu dunia & akhirat, & sahabat yang ikhlas & sangat mengambil berat. Juga seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau meredah serata pelusuk bumi Sabah termasuklah di tempat yang sukar, tak kira samada sukar dari segi fizikalnya, mahupun cabaran mentalnya. Terlalu banyak yang saya ingin nukilkan tentang beliau tapi saya rasa yang lebih penting dari itu ialah, bagi kita yang mengenali beliau ialah, belajar dari keikhlasan, kesungguhan, kemahiran & pelbagai lagi perkara baik yang beliau lakukan, & teruskanlah kesinambungan perkara yang baik itu.

Kepada sahabat-sahabat yang juga guru bagi saya, Ust. Hafizullah, Ust. Nik Anwar, Ust. Norazamudin, Abu Nuha, Abg. Akriah a.k.a. Abu Aslam, yang sentiasa mengajar saya mengenali Allah,  kawan yang sentiasa memberi semangat & nasihat & membantu tika susah & senang, kawan yang sangat menghormati kawan walaupun aku hanya insan yang penuh khilaf dulu & kini.

Mereka yang saya anggap guru & pernah saya berguru dengan mereka Ust. Nahar, Ust. Bungsu, Ust. Zainudin, Ust. Sarip Adul, Ust. Issraq, Dr. Tarmizi,Ust. Ariffin, di atas segala ilmu, nasihat, & bantuan yang dicurahkan.

Sahabat-sahabat prihatin saya yang masih lagi terus berjuang & berdakwah di bumi bertuah; Saifudin (insyaAllah akan ada nukilan khas), Norzam & Kak Wahibah (terimakasih kerana menjadi sahabat & jiran yang ikhlas), Bachok a.k.a. Azman Talib & isteri, Ckg. Sharudin,  KP Lahirul, Ali, Fawaz, Fitri, Aswadi, Firdaus, Fairuz, Roslan, Kasman, Arif, Zaim,

Rakan-rakan dalam Sahabat Bible yang sentiasa gigih mencari peluang menambahkan umat Rasulullah s.a.w.; Ckg. Hashim, Ust. Khadir, Ckg. Jamil, Ust. Hamir dll.

Rakan-rakan dalam Yayasan Amal yang prihatin; Tuan Hj. Khairan, Ust. Ridhuan, al-Belurani=), Saiful dll.

Saudara saya yang baik hati, Abg. Kahar & Kak Nah & keluarga

Sahabat-sahabat yang terus berjuang untuk Islam dengan cara masing-masing yang tersendiri Ust. Khairi, Nas, Ckg. Hamid, Arbain

Sahabat-sahabat di Surau Riyadhussolihin yang sentiasa diimarahkan & hidup subur dengan ilmu Islam dengan ; Ust. Mad, Ust. Man, Ust. Muhasibi, Ust. Zul, dll.

Juga untuk Tariq, Hj. Rahimin, Ust. Saiful (JAKIM), Karim, Ku Adnan, Pyan (Tenom). Sahabat-sahabat di Keningau; Ust. Hj. Anuar & isteri, Ust. Kamal, Ust. Najmudin, juga Ust. Khairul & sahabat-sahabat di Kota Marudu, Ust. Sabri di Ranau dll.

Sahabat-sahabat di UMS, Poli, PSS, KRU, dll.

Dan juga mereka yang saya mungkin lupa & yang tidak saya sebutkan nama di sini

Saya doakan kalian terus dirahmati Allah, & hanya Allah sajalah yang mampu membalas segala amal ikhlas antum.

Terimakasih & mohon maaf atas salah & silap saya.

Salam dari hamba Allah yang kerdil- Penang.

PIC_0317(edited) Slide3

DSC01384(edited)

DSC01470(edited)

DSC01499(edited) DSC01527(edited)

DSC01361(edited) PIC_0255ceramah ust nik 14.2.09 (4)

DSC00843(edited)

*gambar-gambar ini adalah secara random, dari inksensei & dll. tidak meliputi semua yang ditulis=)

One response »

  1. albelurani says:

    Alhamdulillah, semua aturan dan kasih sayang serta hidayah Allah SWT kerana di pilih kita untuk menjadi hambanya, diketemukan dengan sahabat – sahabat yang boleh membimbing kita.

    Diketemukan kita juga untuk duduk satu soff bagi meninggikan kalimah Allah SWT di muka bumi NYA ini.

    Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah. Mudah2an Allah ketemukakan dan pisahkan kita kerana Allah SWT. Yang penting di mana bumi dipijak di situ Islam di junjung.

    Salam perjuangan dari al-Faqir ila Allah :

    albelurani.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s