DSC01632(edited)

Apabila hampir waktu saya berhijrah ke Semenanjung tempohari, alhamdulillah saya mendapat beberapa cenderahati tanda pernghargaan & perpisahan. Ada yang memberi barang hiasan, buku, al-Quran & terjemahan.

Selain itu, antara yang unik pula ialah 2 buah model kereta hadiah dari sahabat-sahabat jemaah & Ckg. Hashim. Satunya ialah model kereta klasik daripada kayu, satunya ialah model kereta mainan yang boleh tahan ‘cool’nya.

Kereta-kereta cenderahati dari Abg. Hashim & sahabat jemaah

Kereta-kereta cenderahati dari Abg. Hashim & sahabat jemaah

Barangkali, kebetulan ini ada makna yang tersirat yang ingin disampaikan oleh sahabat-sahabat.

Yang memilih hadiah model kereta klasik kayu itu adalah Sdr. Saifudin, yang mana telah beberapa kali bermusafir bersama saya untuk program jemaah dll, samada dengan Minami saya (ATOS; Minami adalah nama yang saya beri) atau Gen-2 nya, atau apa-apa saja yang ada.

Paling diingati tentulah perjalanan pergi balik ke Tawau dengan Minami, untuk mengikuti proses penamaan calon sempena PRU pada tahun lalu. Terutamanya di waktu pulang ke KK, kami terpaksa melalui proses terpaksa menukar tayar, melalui jalan berbukit di malam pekat dengan hujan lebat, menghadapi risiko kehabisan minyak, & menghilangkan boring & mengantuk kami dalam perjalanan dengan menjadi DJ tak bertauliah…=p

_______

Bila bercakap mengenai kereta, atau kenderaan, ramai di antara kita yang punya kereta atau motorsikal. Ada yang menjaga kereta macam menjaga isteri, ada yang sanggup berhabis beribu-ribu untuk kereta samada untuk melajukan, mencantikkan, membisingkan atau macam-macam lagi. Ada yang berabis beribu-ribu pula untuk keselamatannya.

image017

Ada yang menjaga sekadar yang perlu sahaja & tak kisah sangat kalau setakat ada calar-calar yang biasa tu.

Samada kita sangat sayangkan kereta atau tidak, persoalannya ialah, kemana kita membawa kereta atau kenderaan kita tersebut? Sesungguhnya kenderaan juga adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada hamba-hambanya. Saya ingin mengingatkan diri saya & pembaca yang dirahmati Allah sekelian, kemana kita telah & akan membawa kenderaan kita tu? Pernahkan kita guna kenderaan kita tu untuk ke masjid, surau, atau ke majlis-majlis ilmu? Pernah ke menggunakan kenderaan kita itu untuk mendekatkan diri kita kepada Al-Khaliq Pencipta kita? Pernahkah kita menggunakan kereta motorsikal kita tu untuk berbuat amal kebajikan di jalan Allah?

Atau kereta kita itu sekadar menjadi kenderaan kita untuk bersantai & pergi shopping? Sekadar kenderaan untuk pergi kerja? Lebih teruk lagi, menambahkan riak kita kerana dapat menunjukkan kecantikannya atau kecanggihannya kepada orang yang memerhati?

Kita boleh menjadikan kenderaan kita sekadar kenderaan semata-mata, tapi bukankah lebih baik kita jadikan kenderaan kita itu membawa atau mendekatkan kita dengan Allah? Kenapa tidak?

Firman Allah dalam Surah at-Taubah ayat 20-22 yang bermaksud;

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keridaan dan surga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal,

mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Alangkah ruginya kita, kalau kita tidak menggunakan nikmat yang diberi Allah itu untuk jalan kebaikan. Kenderaan atau kereta kita sekadar digunakan untuk kemudahan & keselesaan semata-mata, tanpa memanfaatkannya untuk perkara yang akan menguntungkan kita dunia & akhirat. Malas & sangat berkira untuk ke masjid atau untuk manfaat Islam, sedangkan untuk perkara duniawi kita sanggup meredah sejauh ribuan kilometer.

Bukankah Allah telah mengingatkan kita;

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

-Surah at-Taubah ayat 38

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

-Surah at Taubah ayat 41

* Dan bila bercakap pasal kereta ni, saya nak ingatkan sesiapa yang ingin membeli kereta tu melalui pinjaman tu, pastikan ianya dibeli dengan menggunakan pinjaman cara Islam.

Dan pastilah lebih rugi, bagi mereka yang menggunakan kereta atau kenderaan untuk ke jalan maksiat & perkara yang sia-sia.

Jadi, ada apa dengan kereta saya & tuan puan?

Semuanya terpulang kepada kita. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Moga Allah melembutkan hati-hati kita yang keras ini. Moga Allah menjadikan kita hamba-hambaNya yang bersyukur. Jom pi masjid!

Kereta secanggih Mclaren F1 ni takde nilainya di sisi Allah kalau tak digunakan ke jalanNya...

Kereta secanggih Mclaren F1 ni pun takde nilainya di sisi Allah kalau tak digunakan ke jalanNya...

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

at-Taubah ayat 111


About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

6 responses »

  1. Salam.. syukran kepada bro inksensei sbb sudi ziarah blog ana dan diharap agar sihat selalu.. syukran juga atas kata2 semangat yang diberikan utk ana terus berusaha memperbaiki penulisan artikel blog ana. Artikel bro inksensei juga begitu mantap dengan cetusan idea yang luar biasa.. Kim salam dengan Wafie…🙂

    • inksensei says:

      w’salam bro. kita semua adalah manusia-manusia yg sedang belajar dari ilmu & pengalaman. moga semuanya dimanfaatkan sebaiknya.
      =)

  2. Yusri says:

    Salam… apa kabar cikgu?? lama tak dengar crita.. Dengar dah balik semenanjung.. tak sempat nak ambil tau sebelum ni.. Semoga berbahagia di sana..

  3. muslimah_80 says:

    Manfaatkan kenderaan sebaik2nya ….

  4. syukrans says:

    Penamaan calon di tawau…huhuhu….dapat ayam panggang free dalam perjalanan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s