dipetik dari Abu Nuha Corner http://abunuha.wordpress.com/

 IMG_5794

Satu himpunan aman bagi membantah kerajaan China terhadap pembunuhan umat Islam di Xinjiang telah diadakan di perkarangan Masjid Bandaran Kota Kinabalu, tengahari tadi selesai solat fardhu Jumaat.

Himpunan itu diketuai oleh Lahirul Latigu selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan Abd Hamid Abu Bakar (YDP PAS Putatan) bersama kira-kira 100 ahli mereka, menarik perhatian 400 jamaah yang selesai menunaikan solat di masjid berkenaan.

Turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Abd Razak Jamil dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Annuar Ali. Himpunan berkenaan berakhir pada 1.30 petang tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Berikut dipaparkan kenyataan yang diedarkan kepada media selepas himpunan berkenaan :

Kami merasa bimbang malah memandang berat akan perkembangan mutakhir yang berlaku di Xinjiang China di mana berlaku pergaduhan etnik antara kumpulan Han dan Uigur yang menyebabkan lebih 180 orang maut dan 1000 orang tercedera.

Kami juga ingin menegur kerajaan China dan sangat tidak bersetuju dengan tindakan keras yang diambil sehingga berlaku tragedi pembunuhan terhadap etnik Islam di Wilayah Xinjiang.

Media melaporkan Xinjiang ialah tempat bagi kaum Uigur yang mendakwa mereka didiskriminasi oleh kaum majoriti Han.

Rusuhan yang berlaku seperti yang disiarkan oleh media, pihak polis telah menangkap lebih 1434 kaum Uighur kerana mengadakan perhimpunan besar-besaran.

Kami mempersoalkan mengapakah ramai kaum Uighur yang beragama Islam ditangkap sedang tiada alasan yang munasabah.

Pihak polis juga bertindak ganas dengan memukul menggunakan belantan dan menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan tersebut.

Rusuhan dan pergaduhan etnik di kawasan pendudukan muslim dikhuatiri akan menyebabkan sentimen kebencian terhadap umat islam dan mengakibatkan krisis kemanusiaan yang berpanjangan.

Kami menegaskan bahawa hak asasi penduduk Islam Uighur di Wilayah autonomi Xinjiang, mestilah dijamin dan dilindungi semua pihak.

Justeru itu kami mengharapkan kerajaan China segera mengatasi dan menghentikan persengketaan yang berlaku dan menyeru semua pihak mencari jalan  untuk menyelesaikannya.

YDP PAS KAWASAN PUTATAN (ABDUL HAMID ABU BAKAR)

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH (LAHIRUL LATIGU)

IMG_5793

IMG_5832

 

IMG_5827

IMG_5825

IMG_5833

petikan di bawah dipetik dari blog PSS: http://siswazabah.blogspot.com/

PSS dan seluruh umat Islam dan pencinta kedamaian di Sabah mengutuk sekeras-kerasnya penindasan ke atas 9 juta penduduk suku etnik Uighur di Xianjang, China. Setelah berpuluh tahun diasak oleh ‘kaum pendatang’ Han dan dilayan seperti penceroboh di tempat sendiri, rusuhan Urumqi pada 5 Julai 2009, yang berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan cara kerajaan China mengendalikan kematian 2 orang pekerja kilang berbangsa Uighur di Guangdong, mengakibatkan 156 orang terbunuh dan 1080 cedera.

Penghapusan budaya Islam, larangan memasuki masjid bagi mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun dan golongan pelajar, perobohan bangunan tradisi Uighur yang mempunyai nilai estetika Islam atas alasan binaan tersebut tidak kukuh dan sebagainya adalah sebahagian rutin hidup yang dialami masyarakat Uighur di China. PSS peka dengan keadaan tersebut dan membantah sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan oleh mana-mana pihak terhadap mana-mana individu atas nama kemanusiaan sejagat. PSS juga mengecam sebarang bentuk diskriminasi dan pengabaian hak asasi oleh mana-mana badan. PSS sedar akan kemelut yang dihadapi oleh dunia Islam hari ini, samada pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Selatan Thailand yang mendapat tempat di dada akhbar mahupun kes-kes yang disembunyikan daripada pengetahuan umum seperti pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini di Germany tanggal 1 Julai 2009 yang lalu. PSS kesal dengan sikap sesetengah pihak yang masih meletakkan martabat dan kebebasan mengamalkan agama masing-masing di bawah tapak kaki golongan penguasa, sedangkan agama Islam membenarkan kebebasan beragama tanpa sebarang sekatan.

Justeru PSS berazam untuk terus mempertahankan Islam dan umat Islam di Sabah khususnya, dengan batang tubuh dan segala yang kami miliki, selain bertekad untuk terus membawa pemahaman tentang keadilan dan kesatuan yang dilaungkan oleh agama Islam kepada setiap pelusuk tempat, melewati sempadan agama, bahasa dan suku kaum. Islam Untuk Semua!

About inksensei

STAY ALiVE 2:154 is the official inksensei's blog & project.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s